Tuesday, 29 May 2012

Toilet Yang Ceria

Assalamu'alaikum..salam ceria..

Tengahari tadi saya pergi ke satu jabatan kerajaan atas urusan kerja. Dimana? biarlah rahsia..hehe..Bila melangkah ke lorong untuk ke toilet di tingkat tersebut, alangkah terkejutnya melihat banyak sungguh hiasan, dari lorong sampai ke dalam toilet..hajat hati terencat sebentar, asyik membelek-belek sambil snap-snap gambar *nasib baik takde orang lain*

Inilah kali pertama tengok tandas dihias begitu meriah sekali. Rupa-rupanya ada pertandingan toilet tercantik antara jabatan-jabatan..

Ada pelan lagi..sila teliti sebelum masuk
Yang mana satu pilihan hati, sila buat keputusan 
Bagus, ada doa sebelum masuk tandas di tepi pintu masuk.
Ada juga doa keluar tandas.
Zon Ceria, ceria melangkah ke toilet
Di sudut kiri sinki, rimbunan hijau

Disudut kanan sinki, mak aii..besarnya pasu bunga

Tapi yang paling bagus di dalam toiletnya, bermacam-macam innovasi.  Sambil-sambil tu sempat juga snappy-snappy.. 

Ada lampu keselamatan..jikalau tiba-tiba 'blackout'
Loceng keselamatan..jangan tertekan jika overacting meneran..
penyangkut yang artistik
 
Ada kertas membalut..
siap ada wallpaper border bunga-bunga utk feature wall
semuanya kaler pink..women power


Akhir sekali, anda suka toilet tadi?? sila rate..
Janganlah bersedih, dah dapat award 'Toilet Terbaik'

OK, dah dapat idea untuk toilet interior design?     

Wednesday, 23 May 2012

Langkawi : Agro-wisata

Assalamu'alaikum...selamat malam..
- semoga kita sentiasa memperbanyakkan zikir dan munajat 
kepada Allah SWT di bulan Rejab yang mulia ini -


Minggu lepas telah bermusafir ke Pulau Langkawi, permata Kedah..pulau sumpahan lagenda Mahsuri.  Kali ketiga menjejakkan kaki kesini, setelah kali pertama di tahun 90an, kedua di tahun 2002 dan kini di tahun 2012, terlalu banyak perubahan, too commercialise..10 awesome years.. 

Namun, ada sesuatu di sini yang sudah lama ingin saya lawati iaitu the Buffalo Park di Kampung Nyior Chabang. Jom kita berwisata alam dan haiwan..back to nature..mari tengok apa yang ada di sini..expect the unexpected..

Untuk sampai ke Buffalo Park, terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang hanya boleh dilalui oleh kereta dan motorsikal sahaja, kalau buat rombongan Cik Kiah naik bas, memang tak lepas, jauh juga dari jalan besar..

Mula-mula akan jumpa Buffalo Park ni, ditepi jalan, cantik kawasannya, macam ranch kat oversea. Disini ada kandang kerbau dan kilang kecil membuat keju dan pelbagai produk dari susu kerbau.  Bayaran masuk RM3.00 untuk pelancong tempatan.  

Pintu masuk
Macam-macam aktiviti bersama kerbau
Kerbau pun ada salasilah

Kerbau untuk tunggangan
 
Selamba je adik ni, kami yang tak tahan bau ta*k kerbau, menyucuk-nyucuk hidung, terus lari keluar..tak tahan woo..

Yang ni sedap.. ais krim susu kerbau
Dadih susu kerbau ..RM2.00 sahaja
 
Ladang yang kedua terletak dibelakang Buffalo Park tadi. Friendly Farms yang dikerjakan oleh orang Itali yang berkahwin dengan wanita tempatan.  Masa kami datang, Michael dan isterinya tiada di Malaysia, balik kampung di Itali.


Friendly Farms..memang friendly

Ladang lembu dan kambing
keju mozarella

Proses memotong keju..free tasting

Pagi esok terus buat pizza guna Langkawi Cheese, not bad..international standard, locally made..belilah produk buatan Malaysia.

Wednesday, 16 May 2012

Kisah Lempeng Separuh

Assalamu'alaikum..bertemu kembali..

Q : Apa dibawah tudung saji transparent ni?
A : Lempeng kelapa yang tinggal separuh


Lempeng kelapa yang tinggal separuh ini membuat saya terharu, sedih, syahdu dan bermacam-macam  lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan, tergenang air-mata saya melihatnya..bukan sebab ianya tinggal separuh, tetapi ada lebih BESAR disebaliknya - lambang kasih-sayang seorang ibu yang sentiasa mengingati anaknya ketika mengunyah makanan..

Mak saya memasak lempeng kelapa untuk sarapan pagi dan ketika saya keluar ke pejabat, lempeng tu belum siap dimasak lagi.

Balik dari pejabat dan sampai di rumah pukul 9.30 malam, saya terus makan nasi. Intai-intai juga dalam tudung saji ni, apa kebendanya ni? Pelik benor rupanya..

"Tu tempek nyor pagi tadi.  Tinggai kat kamu sikit. Masak gula merah"  

*tempek nyor=lempeng kelapa

Dushh..tersentap hati saya, tiba-tiba tergenang air-mata..alamak, mak aku simpan sarapan pagi tadi sebab aku tak sempat makan..adehh, terharu...sampai begitu sekali ingatannya, sedangkan aku pun dah lupa.. 

Walaupun dah sejuk dan keras, lempeng kelapa tu, saya makan juga sampai habis, walaupun dah makan nasi dua pinggan...kiranya itu supper saya untuk malam tu..

---------------------------------------------------

Seringkali kita melihat orang-orang perempuan memang handal-handal dalam membungkus lebihan makanan seusai majlis-majlis, mereka ini sentiasa ingat anak-anak dan keluarga di rumah..ada yang memanjangkan sedekah pada jiran-jiran..

Adakah kita sentiasa mengingati ibu-bapa ketika makan makanan-makanan yang enak-enak, lazat-lazat?