Sunday, 16 June 2013

South Korea: Day 5 - Ronda-ronda Kotaraya Seoul

Selepas diturunkan di depan City Hall station, kami pun apalagi, buka peta..tourist le katakan.

nun jauh di sana - City Hall building yang lama dan baru
My sis memang dah awal-awal lagi planning nak gi ke Lotte Duty Free, nak buat market survey, katanya, survey harga handbag..ikut jelah. Sebenarnya malas nak gi shopping-shopping complex, kat KL pun banyak, tapi nak tengok juga high-class shopping complex di Seoul ni macamana..OK jom, moh kite pegi window shopping..

Lotte - hotel, duty free & department store
 
penyambut tetamu di Lotte

Penyambut tetamu ni setiap kali kereta masuk, mesti tunduk sambil cakap Anyeonghaseyo dan dengan suara yang manis lemak merdu bagi arahan untuk ke parking lot..tak sanggup den, dengan kasut tumit tingginya..

Masuk ke dalam Duty Free, environment macam di Pavillion, KLCC sahaja, semuanya branded item, tak tahu lah yang original ke, atau Korean made, mahal2, salesgirlnya pulak tak pandai cakap English, tunjuk harga dalam calculator saja..selepas pergi ke restroom, kami pun keluar. Planning nak balik ke GH, jalan-jalan mengikut langkah kaki, nak cari teksi, tiba-tiba ternampak ada banyak khemah di padang depan City Hall. Curiosity kills the cat, apalagi singgah, menyebok-nyebokkan diri..

City Hall - glass building, yang warna coklat bangunan lama
Bila hampir, tak tahu event apa, tengok majoriti warna kuning..perhimpunan 'BERSIH' kot, haha...ataupun promosi Digi..hehe..Ada tanya kat meja pendaftaran, mereka pun tak faham English, biarlah whatever event, yang penting warna kuning..


Dah dekat City Hall, wajiblah singgah ke bangunannya. Bangunan yang lama dah jadi library, yang baru..fuyoo, canggih dan moden senibinanya, all glass cladding..green building..

main entrance
dalam bangunan
ku lihat hijau
dihadapan bangunan City Hall lama
Jalan lagi..tengok dalam map, dah dekat dengan Gwanghamun Square, mesti pergi ni. Paksa my sis pergi,..yelah, dah dekat. Tengok-tengok sampai ke sini dulu, Gyeonggyecheon Stream, dah masuk tiga kali ke sungai ni, tapi bahagian ni lagi menarik. Ada banyak lanterns sebab ada Lantern Festival.

berehat untuk makan bekalan - strawberi & ceri tomato saja
Lantern festival

Bila tengok view macam ni, dalam hati dah planning, malam ni mesti datang sini lagi, nak tengok view malam pula. Lagipun hari ni (May 19) ialah hari terakhir untuk lantern festival ni.  Jalan lagi sambil snap-snap gambar kotaraya Seoul yang cantik..daebak..Alhamdulillah, cuaca sangat baik..enjoy the good weather with Seoulites and other tourists..


kawasan spiral
Ada street exhibition mengenai Korean War. Korea Selatan mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang membantu..bendera Malaysia memang takde lah, sebab Malaysia tak wujud lagi pada tahun 1950 - 1953..masih dijajah..

thank you
Singgah beli keledek rebus disirami air gula dan jagung rebus untuk lunch. Duduk tepi jalan, makan keledek rebus.  Dari jauh dah nampak Gwanghamun Square.

patung Admiral Yi-Sun Shin dan King Sejong the Great
King Sejong ialah raja ke-4 di zaman Dinasti Joseon, yang mencipta abjad Hangul yang menjadi tulisan rasmi negara Korea. Cerita mengenai penciptaan Hangul ni boleh ditonton di dalam kdrama 'Deep Rooted Tree', best ceritanya..Admiral Yi-Sun Shin pula terkenal kerana menyelamatkan Korea dari serangan tentera Jepun di zaman Dinasti Joseon..

Kami dah tak jadi balik ke GH. Sambung menyusuri sebelah kiri pula, jalanraya yang besar, berada di denyut nadi kotaraya Seoul..lalu di depan Deoksugung Palace..

Seoul city skyline
Singgah di Dongwha Duty Free pula...ikut my sister le ni..market survey lagi.

2nd duty free yang disinggah
Saya cuma tengok-tengok sekejap, kemudian keluar, makan jagung rebus yang beli tadi, rasa macam pulut, tak crunchy. Di sini my sis beli handbag dan purse, leret kredit kad le, bior le dia, menyumbang kepada ekonomi Korea Selatan..tapi barang belian kena ambik kat airport masa nak balik nanti, di sini cuma untuk rakyat Korea Selatan saja..

Dah tak larat nak jalan, tahan teksi di depan Koreana Hotel, untuk ke Namdaemun Market, kali-4 ni, nak beli t-shirt untuk adik-beradik pula kat ahjussi 1Malaysia tu..dia yang beritahu hari Ahad, market buka pukul 4.00 petang hingga malam...

road mural
Beli kebab di sini, harga dah naik. Dulu tengok dalam blog orang lain harga KRW3,000 sekarang KRW4,000..barang naik..


Naik teksi balik ke GH, sekarang main naik teksi saja (yang dekat2 je)..kalau dikira lebih kurang sama tambangnya kalau naik subway, minus the hassle..naik/turun tangga, jalan jauh lagi..

Pukul 7.00 malam, keluar naik teksi ke Gyeonggyecheon Stream, untuk kali ke-4 (last ni)..bercahaya semua lanterns..


Turun ke bahagian bawah...ada tempat untuk bersedekah tapi kena campak duit dalam sungai ni, kalau hanyut duit tu (boleh hanyut ke??), wallahua'lam..kira dah berniat..so make sure campak ke tempat yang betul..


sedekah jariah
Duit-duit ni dikumpul untuk membantu mereka yang memerlukan.  Banyak juga dapat..

hasil campakan
Kemudian jalan-jalan di kawasan sekitar..ternampak butik ni..untuk mereka yang bernama Ida..


Ida - namamu terpampang di Seoul
Singgah beli waffle di Waffle Bant..sedap banget..Belgium waffle..

Sedap sungguh
Kemudian jalan kaki ke arah City Hall, singgah beli instant rice di 7-E (makan lagi)..dari jauh dah dengar PA system yang bingit, suara orang menjerit lagi kuat..ada konsert rupanya kat tempat yang ada event kuning petang tadi..
Konsert di Seoul

Punyalah ramai manusia, tua muda, kanak-kanak, ada yang terkinja-kinja menari, ada yang duduk bersila..jangan ditanya group apa, band apa..tak tahu, dah tentu bukan kumpulan Super Junior atau Big Bang..hihi..

Kami pun decided nak balik GH dengan berjalan kaki menyusuri Euljiro-ro sambil melihat neon-neon kotaraya Seoul di bawah bulan purnama, Subhanallah..end of Day 5.

Friday, 14 June 2013

South Korea : Day 5 - DeMilitarized Zone (DMZ)

Assalamualaikum...entry untuk hari ke-5. Untuk itinerary hari ni, kami booking tour separuh hari ke DeMilitarised Zone (DMZ) - to explore the excitement of silence (gitu taglinenya). Inform receptionist di GH, dia pun telefon tour agent ke DMZ. Tour agent datang ketuk pintu bilik pukul 7.45 pagi, untuk ke pusat pengumpulan, dalam group kami, semuanya ada 17 orang tourists, mostly dari US dan Singapore, termasuk kami berdua dari Malaysia. Fee untuk separuh hari ialah KRW46,000 seorang dan mesti bawa pasport. Tepat pukul 8.00 pagi, off we go.

DMZ ialah kawasan berkecuali dalam jarak 2km daripada sempadan di kedua-dua belah Korea Utara dan Korea Selatan. Ia merupakan kawasan yang paling 'heavily-guarded' di dunia. Ada dua kawasan yang boleh dilawati oleh pelancong iaitu di Paju dan Panmunjeom. Tour kami cuma di kawasan Paju.

DMZ area (source: wikipedia)
Nak melawat Panmunjeom sangat strict, kena apply sekurang-kurangnya tiga hari sebelum hari lawatan, kena bagi salinan pasport dan tourists dari beberapa negara termasuk Malaysia (ada dalam brochures) akan di check (tak tau nak check apa). Sebab di Panmunjeom ada Joint Security Area (JSA) dimana tentera Korea Selatan dan Korea Utara, boleh nampak satu sama lain, sempadannya dekat sangat. Di beritahu oleh tour guide, rakyat Korea Selatan/Utara tidak dibenarkan melawat JSA, takut melompat sempadan.

Keadaan di Joint Security Area (JSA) di Panmunjeom adalah seperti dalam gambar-gambar dan fakta dibawah, yang diambil dari wikipedia:



"ROK (South Korea) soldiers standing guard at the JSA between the blue buildings. View from the south. All three face the North. The two ROK soldiers on either side are deliberately obscuring half of their bodies. This is both to offer a smaller target to DPRK troops, and to allow them to signal discreetly to the South if required"



Askar Korea Utara yang sedang menjaga sempadan di bahagian Korea Utara. Batang konkrit yang melintang itu ialah garisan sempadan. Sebelah sana dah kawasan Korea Selatan. Dekat benor..really tense situation.
                        

Askar Korea Selatan menjaga pintu ke bahagian Korea Utara di dalam bangunan. Askar Korea Selatan mesti memakai sunglasses untuk mengelak bertentang mata dengan askar Korea Utara bagi menghindari sebarang provokasi.

Memang interesting JSA ni. Tour fee pun dua kali ganda mahalnya and high risk. Kami diberitahu di Korea Selatan tidak dibenarkan melayari blog, website atau nak google apa-apa maklumat mengenai Korea Utara, nanti dianggap 'spy' Korea Utara, cyber polis boleh detect..kena interrogate..

OKlah, berbalik kepada tour kami tadi.  Di sepanjang perjalanan, tour guide Mr Han bercerita mengenai Perang Korea, empat tunnel dan sejarah Korea.  Ada yang bertanya, "apa yang dipelajari semasa dua tahun latihan ketenteraan?' Jawap Mr Han, "selain dari tebang pokok dan potong kayu, yang lain adalah rahsia"..haha..

Kami tiba di Imjingak Park untuk tour guide membeli tiket. Di Imjingak inilah tercetusnya Perang Korea pada tahun 1950. Kawasannya luas dan bersusun tour buses di parking lot. Disini ada banyak monuments berkaitan Perang Korea.


hot spot
Observation deck utk mengintai Korea Utara
locomotive yang ditembak oleh tentera NoKo
railway to nowhere

wall of memories - wishes for unification and peace


peace bell
Sila baca
tak ingat monumen apa
Kemudian tour bus kami dan beberapa tour buses yang lain mula bergerak ke utara dan beratur di check-point sebelum melintasi Unification Bridge, saat yang mendebarkan, sangat teruja... Di sini tentera South Korea akan naik ke dalam bas untuk check pasport, tapi untuk tour kami, Mr Han bagi senarai tourists, tentera tu cuma bercakap-cakap dengan Mr Han, kemudian bagi pelepasan. 

Tiba-tiba tour bus di depan buat de-tour, bus kami pun sama di atas arahan tentera yang berkawal..masa ni dah suspens dan berdebar-debar..ingatkan suruh balik ke Seoul ke apa...rupanya nak check sekali lagi. Sementara menunggu giliran, Mr Han checked internet, ada news mengatakan North Korea melancarkan short missile di bahagian timur..Ya Allah..lagi le mendebarkan, dapat teruskan ke tidak..Alhamdulillah, bas kami dilepaskan melintasi the Unification Bridge..

Kami melalui jalan raya yang sunyi tiada kenderaan, cuma ada bas-bas pelancong dan trak askar. Terdapat Unification Village, tetapi foreigners tidak dibenarkan melawat. Tempat yang dituju ialah the Third Infiltration Tunnel, yang dibina oleh tentera Korea Utara dan dijumpai oleh Korea Selatan pada tahun 1978, info dari Korean defectors.

Tunnel in panjangnya 1.7 kilometre dengan kecuraman 75 meter, tetapi tourists hanya boleh masuk setakat 300 meter++ sahaja. Nak masuk, barang-barang kena simpan di loker, kena pakai topi contractor, lenggang kangkung je masuk. Masa turun memang seronok, laju je, bila nak balik, ya ampun, rasa nak putus nyawa..kena mendaki, dahlah air minum takde, rasa nak pitam..yang tour guide asyik cakap "almost there, come on..almost there"..sweating all over..Alhamdulillah, sampai jua, can see the light at the end of the tunnel..hehe..sebenarnya takde apa sangat tunnel ni, cuma nak tengok the 2nd tunnel melalui satu tingkap kecik je..

Selepas tu pergi tengok dokumentari mengenai Perang Korea, dah habis dan masa untuk photoshoot, snap2 je mana yang sempat..

 

tourist spots in Paju selain DMZ
hot spot again
Nak tunggu clear takde orang kat photo hotspot ni memang lambat le, masa pun sangat terhad, tour guide dah menunggu, terpaksa le ambik gambar b*nt*t orang..kemudian kami ke Dora Observatory di Dorasan (Mount Dora)..bukan Dora the explorer ye..

Kawasan ini yang paling dekat dengan sempadan Korea Utara, ada teropong boleh tengok kawasan di Korea Utara, boleh nampak Propaganda Village dan tiang bendera yang kedua tertinggi di dunia. Di sini tak boleh ambil gambar selepas line kuning. Semua orang teruja sangat nak tengok Korea Utara yang penuh rahsia..now no more, kalau nak take a glimpse of Korea Utara, boleh tengok di sini. Enter at your own risk..hehe..


Contoh pemandangan di sempadan Korea Utara

End of Separation, beginning of Unification
Kemudian semua tour buses bergerak ke Dorasan stesen iaitu stesen keretapi terakhir di sempadan Korea Selatan. Di sini penumpang takde, yang ramai tourists dan juga askar. Dibina dengan harapan jika ada kesatuan dua buah negara ni, bolehlah guna stesen ni.

the last station sebelum ke Korea Utara
entrance ke platform - tiada penumpang, tourists je ada
Di sini boleh beli tiket KRW500 untuk masuk ke dalam stesen dan melihat trek keretapi.

station with no passengers
jom, 205km saja ke Pyeongyang
lengang
guard penjaga railway
to Pyeongyang, ada bran?
salinan pasport dah dicop
tiket dah ada..apa lagi, jom naik keretapi..
Laluan keretapi ke Pyeongyang
senarai nama penderma utk pembinaan stesen Dorasan
Berakhirlah tour separuh hari di DMZ, interesting. Sesiapa yang berminat, boleh sambung pergi ke War Memorial & Museum untuk lebih memahami Perang Korea dan sejarah Semenanjung Korea terbahagi kepada dua negara. Di utara negara komunis, yang selatan pula negara demokrasi.

Sebelum pulang, kami dibawa ke Korean Ginseng Centre di Hongdae area, untuk re-vitalise, re-energise, kata tour guide tapi sebenarnya untuk menjual, biasalah. Ada penerangan mengenai ginseng and dapat free drinks in a tiny cup. Red Korean ginseng yang paling bagus, better than 'tongkat ali', kata promoter tu, tapi bukan untuk export. Harganya mahal bebenor, KRW200,000++, takde dalam budget. Akhirnya, semua ahli tour group, tak beli pun.

Last pit stop - Korean Ginseng centre

Hongdae area
Kami semua kemudiannya diturunkan di hadapan Exit 8 stesen City Hall untuk meneruskan perjalanan masing-masing.