Assalamualaikum..Salam Aidil Adha 1434H..
Sambung kisah perjalanan hari ketiga di Bangkok. Hari Sabtu. Weekend. Bila weekend, banyaklah floating market beroperasi di Bangkok ni. So, aktiviti hari ni, ke pasar terapung. Jom terjah..
Pasar terapung yang kami nak pergi ni bukanlah yang famous amos macam Damnoen Saduak atau Amphawa. Damnoen Saduak ialah tempat shooting filem James Bond 'the Man with the Golden Gun'. Kedua-dua floating market ni lokasinya jauh dari Bangkok. Selalunya tourist akan booking travel agent untuk pergi ke sini. Mengikut review, memang ramai pelancong asing dan tempatan pegi dua-dua floating market ni.
Pasar terapung yang kami nak pergi ni kecik je, namanya Khlong Lat Mayom. Banyak good review dari pelancong asing, .
Khlong Lat Mayom terletak di kawasan Bang Ramat di daerah Thonburi,
di sebelah barat-utara Bangkok.
Untuk ke sini, naik BTS Silom line ke stesen terakhir, stesen Wong Wian Yai, keluar Exit 2 dan ambil teksi di bawah. Sebenarnya Silom line ni ada sambungannya hingga ke stesen Talat Phlu, tapi kena tukar platform dan naik train lain. Sebab malas, naik teksi dari sini saja.
Tapi sebelum tu siapkan pelan lokasi seperti diatas sebab tak semua pemandu teksi yang tahu tempat ni. Kena cakap 'Talad Nam Khlong Lat Mayom'. Macam kami, pemandu teksi yang kedua baru tahu pasar terapung ni. Mengikut bloggers mat saleh, tambang teksi diantara THB100 to THB150.
Mula-mula pemandu teksi tu nak THB200, negotiate, dapatlah THB150. Dalam perjalanan, nampak beberapa buah stesen BTS sedang dibina. Jauh juga nak ke Khlong Lat Mayom, Pemandu teksi tu dah macam F1 driver, zup..zap..zup..zap, cilok sana, cilok sini..Alhamdulillah, selamat sampai..
 |
Pintu masuk ke pasar terapung | | |
Khlong Latmayom Floating Market cuma beroperasi di hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum, dari pukul 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Ianya beroperasi di khlong (terusan) dan seperti biasa, bangsal-bangsal kayu dibina di kedua-dua belah khlong. Floating market ni terbahagi dua, bahagian utara dan selatan.
Ketika kami sampai, masih awal lagi. Peniaga-peniaga masih lagi bersiap-siap, buka meja, susun barangan jualan. Ini ialah bahagian selatan floating market.
Bahagian selatan ni lebih besar dan macam-macam jualan ada, dari buahan-buahan, makanan, perabut, hinggalah ke pakaian. Jom layan foto di bahagian selatan.
 |
jambatan diatas ialah Jalan Bang Ramat |
Dibahagian utara, cuma ada jualan makanan.
 |
lemang Siam |
 |
gerai karipap kecik |
 |
gerai pad thai |
Ramai orang tempatan bersarapan di sini. Bercadang naik tour boat melawat kawasan sekitar tapi hanya beroperasi pukul 10 pagi. Sementara menunggu, ronda-ronda kawasan pasar ni sambil melihat-lihat apa yang boleh dibeli (untuk dimakan).
 |
pulut manis |
 |
pulut lagi - colourful |
 |
kuih-muih tradisional Thai |
 |
kuih apam |
 |
rebung - tiga peket THB100 |
 |
Gerai buah-buahan & sayuran |
 |
buah pisang, nona, mangga dan gac fruit |
 |
gac fruit @ fuk kao |
Mengikut maklumat, gac fruit ni hanya boleh didapati di floating market ni. Orang tempatan panggil fuk kao. Nak merasa, beli lah sebiji, THB60 sekilo. Nanti kita tengok macamana buahnya. Beli juga jusnya, not bad..ada rasa masin-masin sikit..
 |
gac fruit dan koranda with their juice - THB25 sebotol |
 |
buah koranda |
Buah koranda..mengimbau kenangan zaman sekolah rendah. Dulu arwah wan yang mengajar mengaji ada tanam pokok buah ni. Masa tu kami panggil buah berenda. Masam & kelat-kelat buahnya yang muda. Bila masak warna merah kehitaman, kuat anti-oksida. Rasa manis masam-masam sikit. Dah lama tak jumpa buah ni. Subhanallah, tak sangka terjumpa disini pula.
 |
dah takde kerja, snap je apa yang ada |
 |
kereta pun ada dijual disini - Toyota Vios model baru |
Dah habis meronda bahagian darat dua-dua belah, utara dan selatan pasar terapung ni, kembali ke tepi khlong untuk naik tour boat. Ingatkan nak naik boat berenjin macam dalam blog ytravel tu, tapi mamat tu panggil sampan, beria-ria suruh naik, kami pun naiklah sampan. Tambang THB20 seorang..dua ringgit je..OK, juga, penumpangnya hanya kami berdua saja.
Yang mendayung tu sorang wanita veteran, kesian lah pulak, tengok dia mendayung sorang-sorang, kami pun mendayung sama, bergilir-gilir, sebab ada satu saja kayu pendayung extra..exercise lengan..excited..
 |
memulakan perjalanan berperahu di khlong |
|
|
 |
close-up - peniaga makanan di dalam sampan |
 |
pokok fuk kao @ gac fruit - tanaman menjalar |
 |
berada di khlong yang lebih besar |
Masa berada di khlong yang besar ni, suspens juga, dahlah tak pakai 'life jacket', tiba-tiba bot berenjin lalu di sebelah, sampan dah teroleng-oleng...hiss..merbahaya betul untuk perahu-perahu kecil..
 |
menuju ke satu tempat |
 |
ke kebun teratai |
 |
0hh..teratai, bunga indah |
 |
mengelilingi kebun teratai |
 |
kedai runcit di tepi khlong |
 |
pembersihan khlong |
 |
mengambil pokok-pokok teratai |
 |
bergerak pulang |
 |
semakin dekat | | |
Semasa menghampiri ke tempat naik tadi, ramailah pulak pelancong lain yang snap gambar kami dalam perahu. Suasana di floating market dah bertambah sibuk. Kami pun bergerak pulang. Nak balik ke stesen BTS, jangan risau, teksi banyak lalu lalang di Jalan Bang Ramat. Balik naik teksi bermeter, tambang hanya THB120.
 |
stesen BTS Wong Wian Yai |
Overall, Khlong Lat Mayom floating market is worth a visit. Lebih local, tiada tourist trap. Suasana kampung dan kehijauan menambah keunikan pasar terapung yang memenangi Thailand Tourism Award of Community-based tourism pada tahun 2007.