Monday, 16 June 2014

The Final: England vs Spain

Assalamualaikum..

Entry ni tiada kaitan dengan World Cup, whatsoever..nehi, nehi.. 

Tapi dua-dua negara ni ada di World Cup..Spain sebagai juara bertahan, England pula, entahlah.. tapi England mempunyai banyak football club yang world famous..MU, Liverpool, Arsenal, Chelsea..Aston Villa (huhuhu)..banyak lagilah.. 

Persamaan dua negara ni, England dan Spain masih mengamalkan sistem beraja..royal family England memang famous..dari Ratu Elizabeth hingga ke Prince William..tapi royal family Spain..kurang maklumat sikit..tapi mereka ni among the famous royal family in Europe..

Baru-baru ni King of Spain, King Juan Carlos 1 buat pengumuman, nak serah takhta kepada anaknya, Prince Felipe, baguskan raja macam ni, umur dia sekarang ni 76 tahun, baiklah berehat, bagi pada orang muda memerintah pulak..

Masa ni, tersebar luaslah gambar Princess Letizia Ortiz, isteri kepada Prince Felipe yang bakal ditabalkan menjadi Raja Spain yang baru..mulalah ramai yang bandingkan Princess Letizia dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton..tentang fashionnya, pemilihan wardrobe..

Diantara princess-princess in the world, dua ni yang OK....jom jadi paparazzi..

Princess-soon-to-be Queen

Letizia ni dulunya seorang wartawan...ada ijazah dan master dalam bidang kewartawanan..pernah melaporkan dari Iraq dan Ground Zero selepas 9/11. Pemilihan pakaian, kebanyakan dari Spanish born Mango dan Zara..


Letizia bersama suaminya Prince Felipe, bakal raja Spain yang baru
Spain's Royal Family semasa melawat King Juan Carlos di hospital
source: hello magazine



England 
the Duchess of Cambridge - Kate Middleton

alahai - sweetnya Kate
Duchess of Cambridge ni mempunyai ijazah di dalam History of Art dari University of St Andrews, Scotland. Semenjak berkahwin, Kate menjadi buruan paparazzi dan sudah tentunya, pemilihan pakaian menjadi bualan pengkritik fesyen dunia..the 'Kate Middleton effect'..pemilihan pakaiannya kebanyakan dari pereka-pereka fesyen British..

the happy family

Di Malaysia pun ada ramai princess yang menarik..dan yang menjadi pilihan pertama sudah semestinyalah dari negeri teman..DYMM Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim...


Membaca biodata Tuanku Zara..wow...First Class Degree in Chemical Engineering from Nottingham University and top student award for final year project...sama macam Princess Letizia, Tuanku Zara juga dahulu menjawat beberapa jawatan penting dan yang terakhir ialah Pengarah Urusan..

bersama suami tercinta

Apa-apa pun, semua isteri-isteri ialah permaisuri kan..permaisuri di hati sang suami

- entry santai di hari Isnin -







Saturday, 14 June 2014

Mari Memasak Nasi Mandy

Assalamualaikum..ahlan wa sahlan..semoga all readers sihat2 belaka..dah makan ke belum? Jom makan nasi arab...

Fenomena nasi arab ni dah lama melanda Lembah Klang..macam2 restoran Arab, Lubnan, Egypt, Yaman, ada di KL ni..diantara banyak2 nasi dari timur tengah ni, saya lebih suka nasi mandy..not too heavy dgn rempah ratusnya..just nice...dah try banyak restoran, sekarang nak cuba masak sendiri pula..betul ke? macam tak percaya je...percayalahh..

Langkah pertama, dapatkan sekotak benda ni di pasaran..hehe..saya beli ni dengan kawan sepejabat, membantu sahabat yang nak berniaga kecil-kecilan..




Tak mahal harganya ..RM15.00 sekotak..ada macam2 brand di pasaran..

Langkah kedua, keluarkan isi kandungnya..dah ada beras dan rempah ratusnya..


Baca dengan teliti instruction di belakang kotak..sediakan apa2 yang takde seperti bawang putih, besar, ayam, tomato puree (saya guna tomato sos saja)..
 


perap ayam
nasi sudah masak
ayam panggang
sos harrah - terlebih air
sedia untuk dimakan
Satu je kurang, salad takde. Sebab tak plan dan ingat2 lupa arahan belakang kotak, pergi kedai cuma beli ayam, tomato dan cili hijau saja, terlupa beli timun. Jadilah, untuk makan sendiri..

The verdict
Senang, cepat dan sedap dimakan..kalau ikut betul2 arahan, InsyaAllah, jadi seperti nasi mandy yang dijual di restoran2 di luar sana..

OKlah, untuk mereka yang ingin menjimatkan masa..nak lagi cepat, beli je kat kedai..macam ni..

nasi maqlubah kambing timbus

Tuesday, 10 June 2014

Kesenian Rakyat

Assalamualaikum...

Pagi tadi hujan lebat..Alhamdulillah, nampaknya fenomena el-nino belum start lagi..me masa tu berada di Federal Highway..on the way to PJ city..to be exact to bangunan MBPJ...nak masuk ke parking, dari jauh nampak suasana meriah..dengan banner, bunting..bendera..event apa pulak ni??



rupa-rupanya ada Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014.....pada 20 hingga 22 Jun..lokasinya di sekitar kawasan pusat bandar Seksyen 52 PJ..depan bangunan MBPJ saja..


tema untuk tahun ni Kesenian Rakyat - Folklore Festival...dengan penyertaan daripada 14 negara dan juga negeri-negeri di Malaysia..


Penuh bahagian depan Bangunan MBPJ dengan bunting..gempak habis promosi..


Kawasan hijau Laman MBPJ juga penuh dengan promosi



Promosi disepanjang jalan utama


Ada banyak acara-acara menarik..diantaranya..

hadiah menarik - basikal lipat, aksesori basikal, hamper

ada juga travel fair..

Moh gi beramai-ramai..