Wednesday, 23 July 2014

Kemenangan Hakiki

Assalamualaikum..

Beberapa hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Perginya Ramadhan bermakna syaitan yang dibelenggu akan dilepaskan. Akan bersatulah syaitan dan nafsu kembali untuk memerangi manusia agar tunduk pada kemahuannya.

Hari raya merupakan saat yang paling strategik bagi syaitan memasang perangkap untuk menjerumuskan manusia ke dalam Neraka kerana di hari ini banyak umpan-umpan yang syaitan boleh gunakan untuk tawanan manusia.  Dengan TV, kuih-muih, pergaulan bebas lelaki perempuan, dedah aurat dan berhias-hias, mempamerkan kehebatan peralatan rumah, leka berhari raya hingga lupa sembahyang dan lalai mengingati Allah kerana sibuk berhari raya dan bersuka-ria.

Oleh itu pada hari ini perlu banyak persediaan dan kekuatan untuk menentang syaitan.  Syaitan takut pada kalimah-kalimah Allah. Maka sebutlah nama Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya syaitan tidak boleh tunggu lama dalam diri kita.  Tundukkan nafsu dengan menginsafi bahawa di tengah-tengah kita bersiap-siap dengan kuih-muih, baju baru dan hidangan yang lazat-lazat di hari raya, ada orang yang tidak dapat merasa semua itu.

Anak-anak yatim dan fakir miskin jangan dilupakan.  Mereka juga punya hati dan perasaan untuk bergembira dan menikmati sesuatu yang baik di Hari Raya.  Berilah perhatian pada orang yang tidak bernasib baik ini.  Allah SWT sengaja hendak menguji kita untuk lihat apakah kita sensitif pada saudara kita sesama Muslim. Sesiapa yang dapat menggembirakan saudaranya dan berjaya menyampaikan hajat orang maka Allah akan tunaikan hajatnya 70 kali ganda.

Hari Raya bukanlah hari kemerdekaan atau hari kemenangan yang hakiki. Kemerdekaan atau kemenangan yang sebenar hanya ada di Akhirat.  Orang yang merdeka adalah orang yang apabila dijalankan pengadilan ke atas dirinya maka Allah putuskan tempatnya di Syurga.  Itulah kemenangan dan kemerdekaan yang boleh dirayakan serta dibanggakan. Selain dari itu, belum tentu ada kemenangan dan kemerdekaan dan belum ada jaminan selamat untuknya.

Di waktu orang dunia bergembira menyambut hari raya, ahli-ahli kubur bersedih hati.  Tempoh untuk mereka dibebaskan dari seksa kubur telah berakhir bila mentari Syawal muncul.  Maknanya mereka akan kembali diazab sekiranya mereka orang-orang yang banyak dosa.  Kembali bertemu malaikat Mungkar dan Nakir yang akan membelasah tubuh badan mereka hingga terbenam ke perut bumi.  Api, ular akan memenuhi kubur mereka.  Alangkah deritanya mereka.

Tapi ini akan jadi lebih derita dan menyeksakan sekiranya pada hari raya itu anak-anak yang ditinggalkan sedang buat maksiat.  Didunia anak-anak terloncat-loncat menari, sedangkan di kubur mak bapak sedang bergelut dengan malaikat Mungkar dan Nakir.  Dosa-dosa anak akan terus mengalir ke dalam kubur ibubapanya kerana dimasa  di dunia dulu, dia tidak mendidik anak-anak untuk mengenal Allah.  Maka makin azablah penghuni kubur di ketika mana penghuni dunia sedang berpesta gembira.

Sebaliknya jadikanlah suara takbir, tasbih dan tahmid di hari raya itu dapat memberi ketenangan dan kenyamanan pada penghuni kubur.  Tenang kerana anak-anak dan kaum keluarga membesarkan Allah.  Buat ibadah di hari raya di mana penghuni kubur boleh tumpang sama pahalanya.  Terlepaslah mereka dari azab kubur dan boleh mereka turut bergembira di hari raya. 

Sumber:  Risalah Qariyah Ramadan 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Wednesday, 16 July 2014

Singapore - Day 4 : The End

Assalamualaikum..terakhir utk kembara di Singapore..

Hari ni Isnin 23/6, hari terakhir di Singapore. Check-out hotel pukul 12 noon, flight pula dah kena re-schedule dari pukul 2.30 ke 4.30 petang..lama tu nak kena tunggu..

Tourist Pass dah expired. Semalam dah berkira-kira nak beli Ez-link saja di 7-E, tapi stored money cuma $5, kena top-up, at least $10, tak jadi...so, untuk hari ni, decided beli Tourist Pass for one day. Keluar pukul 8.30 pagi, nak beli di Aljunied stn, pukul 12 baru Ticket Office buka. Tanya kat adik di kaunter, dia cakap Ticket Office yang ada di buka sekarang di Raffles Place stn...guna duit syiling yang ada, beli tiket MRT...

Naik MRT time orang nak pergi kerja, memanglah padat..dah selesai segala urusan (return 3-day pass, beli one-day pass)..on the spot decision, alang-alang dah sampai Raffles Place, moh pegi Merlion Park sekali lagi..kali ni view waktu siang pula..

office buildings at Battery Road
CIMB Bank
Fullerton Hotel
jambatan


Tak ramai tourist waktu ni..dah habis snap-snap photo..tunggu bas depan Fullerton Hotel. Nak ke mana? Pasar Geylang Serai lagi...memandangkan flight balik pukul 4 petang, kenalah makan heavy sikit..sarapan pun belum lagi..brunch terus..

Sekali terlepas bus stop daa..kena juga turun depan Paya Lebar stn..haha..sebenarnya naik bas sebab nak elak jalan kaki dari station ni ..tapi takpe, jalan sikit ke Sims Avenue untuk naik bas lain..jumpa masjid ni..Masjid Wak Tanjong..

ustazah ni dah lama tak nampak di TV Malaysia
Dah sampai di pasar Geylang Serai..kali ni suasana lengang..gerai pun banyak yang tutup..


Kali ni saya makan set nasi sambal goreng, harga $4.00, ada nasi putih, sambal sotong, bergedil, paru goreng dan sayur kacang + tempe..ni kira set biasa, my sister makan nasi padang...kemudian try laksa kerang pula..$3.00, tudia taugeh dia..berakar umbi..semua sedapp..

Dah makan, jalan-jalan di Joo Chiat Road..Restoran Hjh Maimunah ni famous di sini..


Kemudian naik bas balik ke hotel, check-out and off to airport by MRT...

Sebelum naik ke departure hall, return dulu Tourist Pass, dapat balik deposit $10. Di departure hall, cari signboard untuk certify GST refund, certify saja, duit hanya boleh diambil selepas immigration counter..

tempat certify GST refund

Selepas check-in dan luggage drop, snap-snap gambar kat luar ni dulu sebelum masuk ke immigration..walaupun waktu berlepas lama lagi, tapi nak duduk di luar ni macam bosan pula...tak banyak kedai di luar ni..

Lepas je immigration counter, pergi ambik duit refund GST, tak banyak $10 je...kemudian jalan-jalan tengok apa yang ada..memang bestlah Changi Airport ni..macam-macam aktiviti ada to kill time..ni bahagian F..naik ke tingkat atas...ke roof terrace..ada Sunflower Garden..


ada juga bunga tahi ayam
 Boleh skodeng kapal terbang..


Masuk ke dalam, ada tempat duduk-duduk, boleh juga kalau nak tidur..


Ada juga movie theatre, lepak tengok movie sekejap..sekali best pulak movie ni, tunggu sampai habis..

movie theatre
 

Turun ke bawah untuk pergi solat, tengok ada orkid garden dan koi pond...layan ambik gambar..



Ada juga aktiviti menekap guna pensel kapur warna..untuk budak-budak tapi orang dewasa pun boleh join juga..


Bergerak ke prayer room di kawasan E..kebetulan gate berlepas untuk Tigerair pun di sini juga..tengok di sini ada garden lagi..lagi cantik..bouquets of flowers in glass sculpture..menarik..



Prayer room ni memang user-friendly..tempat wuduk di sebelah saja..sangat selesa..

 
Ada juga meditation room..


OK, masa untuk pulang ke tanahair..

The journey ends here..

Singapore - Day 3 : Bugis Junction, Clarke Quay & Singapore Swing

Assalamualaikum..

Balik dari jungle-trekking, berhibernasi dalam bilik hotel. Cuaca panas diluar, pukul 3.00 lebih, baru keluar. Kali ni naik bas je, dari Geylang Road terus ke Victoria Street. Ternampak masjid ni, Malabar Muslim Jama-Ath Mosque atau Masjid Malabar...blue-tiled masjid..



Destinasi utama petang ni ialah Clarke Quay. Masa balik tadi, ternampak suasana meriah di kawasan Singapore River, dengan bangunan yang tingkapnya colourful..tapi sebelum tu cari makan dulu..

Turun di bus stop depan Bugis Junction..
Bugis Village and Bugis Junction
Logo CapitaMall ni dan juga CapitaLand memang banyak nampak di bangunan2 di Singapore..one of the main players in REIT..CapitaLand REIT..

bangunan tatau nama
Masuk Bugis Junction ni..jalan-jalan nak cari makan, masuk Food Republic, tapi macam tak berapa yakin..nampak Yoogane - Korean outlet for fried rice...lastly, decided pergi ke kawasan Arab Street...makan di Restoran Minang, ketika azan Asar berkumandang dari Masjid Sultan..

Masa nak bayar, ada pulak scene seorang pelanggan ni naik angin kat waiter di restoran tu..marah-marah di khalayak ramai..macam nak bertumbuk lagaknya..nasib baik ada orang yang menenangkan..

Lepas makan, naik bas di North Bridge Road..di belakang Masjid Sultan..terlepas bas stop ke Clarke Quay, turun di Cross Street..jalan ke arah utara..lalu di Nankin Street...penempatan awal pendatang dari negara China..


Sampai di Boat Quay dan Elgin Bridge..di sini dulu kawasan perniagaan utama di Singapore..


Lokasi Elgin Bridge tu sebenarnya lokasi jambatan pertama yang dibina pada tahun 1823 merentasi Singapore River yang dipanggil Presentment Bridge.

Berjalan menyusuri Singapore River menuju ke Clarke Quay..dari jauh dah terdengar suara orang menjerit-jerit..rupa-rupanya mereka naik buaian gergasi..Singapore Swing..


Disini ada tempat untuk naik the river cruise. Takde buat apa-apa aktiviti, cuma duduk-duduk, people-watching, tengok air sungai mengalir lesu...



MICA Building - bangunan bertingkap colourful
tempat utk kunci mangga
Tak berlama-lama di sini, turun ke MRT station dalam Promenade ni, menuju ke Farrer Park stn, nak ke Mustapha Centre sekali lagi sebab ada pulak tambahan kiriman dari adik-beradik..berkorban mengharungi lautan manusia..

Depan Mustapha Centre ni ada Hindu temple dan kebetulan hari tu ada upacara keagamaan, (tengok berita dalam TV..ada menteri datang rasmikan di kawasan Little India)..maka ramailah penganut Hindu berada di kawasan ini..amma..appa..ayoyo..memang wrong timinglah time ni...apa nak buek..go head, gostan lah..

Selepas berjaya meloloskan diri dari lautan manusia itu tadi, terus balik hotel. Singgah dinner di restoran mamak depan Aljunied station, Mufiz Restaurant. 

Dekat kawasan lapang depan station tu, ramailah pulak yang duduk bersantai-santai..di bawah bulan purnama..bersembang-sembang..berkelah pun ada, kebanyakannya warga asing..biarlah..asal mereka bahagia..

Dah kenyang, balik hotel and zzzz..