Thursday, 25 September 2014

Japan : Day 1 - Nagoya (Part 2)

Sambung perjalanan di Nagoya.  Dah beli one-day pass, destinasi pertama ialah Masjid Nagoya.

Nak ke masjid, naik subway Higashiyama, turun di Honjin station, dua station je dari Nagoya station. Keluar exit 3, ikut main road ke kanan.

Lokasi Masjid Nagoya
Honjin station - atasnya ada terminal bas
Kami ambik exit 4 dulu sebab nak lunch di Turkish Taste, tapi tutup pula. 

Takde rezeki makan di sini
Kemudian turun balik ke stesen (sebab takut sesat), ambik pula exit 3 untuk ke masjid. Berjalan menyusuri main road ni, terpesona melihat kawasan sekitar yang bersih di sana-sini. Semasa jalan kaki ni, kena berhati-hati dengan penunggang basikal yang tiba-tiba muncul di tepi anda.

jalanraya, siarkaki yang bersih
Di Jepun, ada disediakan lorong-lorong khas untuk penunggang basikal, akan jumpa pelbagai penunggang basikal, dari pekerja pejabat, suri rumah, budak sekolah, dll. Enviromental friendly..sistem pemanduan dan jalanraya di Jepun sama macam di Malaysia, driver sebelah kanan, senang nak comprehend..

Masjid Nagoya letaknya sebelah kanan jalan raya ni..di celah bangunan..Alhamdulillah, dah sampai. Semasa kami sampai, ada seorang muslimat Indonesia pun sampai juga, dia suruh kami masuk ikut pintu sebelah kiri, naik ke tingkat satu..dan beritahu ada tempat wuduk di atas..

Masjid Nagoya
ruang solat muslimah - cantik carpetnya
Di ruang solat muslimat, ada dua lagi wanita Indonesia sedang menunggu untuk solat Zohor berjemaah. Rupa-rupanya waktu Zohor masuk pukul 11.30 pagi, tapi solat berjemaah hanya dilakukan pada pukul 12.30 tengahari.

Gembira berjumpa saudara seakidah di rumah Allah..nama mereka Shanti, Ika dan Mia. Mereka semua tinggal di Nagoya. Mia berkahwin dengan orang Jepun. Mereka beritahu malam ni ada kuliah ilmu di masjid ni selepas Maghrib, kemudian ada jamuan makan.

solat berjemaah dah bermula - tengok dlm CCTV
solat jemaah muslimah
view dari ruang solat muslimah - first time tengok wayar elektrik mcm tu
lokasi Masjid Nagoya di antara dua bangunan
Selepas solat, mereka mengajak kami makan siang di restoran halal dekat kawasan masjid. Alhamdulillah, takde rezeki makan di Turkish Taste, makan di sini pun OK juga, asalkan halalan toyyibban..

lorong menuju ke restoran halal
rumah Jepun yang kecil lagi cute
ini restorannya - Gandhaara Restaurant
Kecil je restorannya..muslimah Indonesia ni beritahu kari di sini yang paling sedap..tapi kami order nasi beriyani ayam..lapar nasi..

nasi beriyani, roti naan & kuah kari dan salad
Mia dan Ika order roti naan dan kuah kari dan bagi kami cuba rasa kari Jepun..hmm..lebih susu dari kari, rasa karinya tidak begitu terserlah, very mild..kari sudah popular di Jepun, banyak kali juga jumpa curryhouse Jepun semasa di sini..

Selepas makan, mereka mengajak kami naik kereta kawan mereka, muslimah Indonesia juga, beria-ria nak menghantar kami ke Noritake Garden. Kami menolak, tapi mereka bersungguh-sungguh mengajak, pening macam ni..nak tak nak, naik jugalah, nasib baik MPV..muatlah tujuh orang semuanya plus one budak..Alhamdulillah, mereka berkata bersilaturrahim itu indah..ya bagus sekali..

Kami diturunkan di depan Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology..rasa malas pulak nak masuk..just ambik gambar saja..

Toyota Museum

Kemudian berjalan ke arah Noritake Garden...ada banyak entrance, kami masuk ikut north entrance, agak jauh juga berjalan dari Toyota Museum..

North Entrance


Masuk ke garden ni free, tapi nak masuk ke craft centre kena bayar 500yen. Ada muzium, cafe and galeri. Noritake ni porcelain Jepun, yang popular di Malaysia ialah pinggan mangkuknya..harga ribu-riban..tengok je lah..



Cuaca masa ni sangat panas, ada anak sungai yang dingin airnya..




Tak berlama-lama di sini, kami pun dah tak larat, berjalan ke Kameshima station, ambik Higashiyama line ke Nagoya station. Ambik beg dan berjalan ke hotel. Hotel dekat je dengan station, landmarknya Exit 2 subway station.

Nagoya Ekimae Montblanc Hotel
Untuk satu malam di Nagoya, booking hotel ni via Agoda..ambik small double room (yang paling murah - RM330 per night without b/fast..huhu)..sleeping beauty..full hotel facilities..

 
bilik air yang moden
yg penting ada ni..remote control bidet
Lastly, only in Japan..penutup manhole in Nagoya..



To be continued..

Tuesday, 23 September 2014

Japan: Day 1 - Nagoya (Part 1)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat mendarat di tanahair pagi Ahad lepas. Lapan hari mengembara di negara Jepun, the land of the rising sun, memang best..nak abadikan pengalaman ini untuk kenangan dan juga untuk panduan di masa depan..



Untuk trip ni, fly in to Chubu, Nagoya and fly back via Haneda, Tokyo. Naik Air Asia dgn total airfare - RM1,028.45. Lepas raya, beli Japan Rail (JR) Pass di Bangunan Amoda, dapat harga RM932.

Tiket pergi dibeli dalam bulan Januari lagi, kemudian rancang-rancang perjalanan secara kasar, baru beli tiket balik dalam bulan Mac, selepas kakak saya balik dari umrah. Dalam bulan Mac juga settle booking semua hotel. Gigih betul, bersemangat nak gi Jepun, 6 bulan buat itinerary, buat research..Lama juga nak tunggu trip to realise, lebih kurang lapan bulan gitu, orang lain dah pergi berhanami, bersakura-san, bersushi, bershinkansen, kami  memendam rasa..huhu..counting months...sabar, sabar...

At last, hari yang ditunggu sekian lama dahpun tiba, bergeraklah ke KLIA2 malam 12 September. Flight pukul 00:45, pukul 7.30++ mlm, dah check-in (sebab malas nak kehulu kehilir dengan beg besar)...sekali, masa tunggu nak boarding, ada announcement nama kami berdua, suruh pergi verify boarding pass kat kaunter gate berlepas...entahlah, mungkin check-in awal sangat kot..tak dapat boarding pass yang kertas keras tu...huhu..

six and a half hours to go


Alhamdulillah, selamat mendarat di Chubu Centrair International Airport, Nagoya..pukul 8.20 pagi waktu tempatan...


Alhamdulillah, proses immigration sekejap je, then pi collect beg, freshen up, kemudian bergerak ke Access Plaza untuk ambil sky train ke Nagoya station. Skytrain ni under Meitetsu line, so Japan Rail Pass memang tak cover. JR Pass pun kena di activate di JR station di Nagoya city.


Laluan ke Access Plaza
Information Centre
Kami beli first class car ticket yang berharga 1,230 yen, dapat dua tiket ni. Untuk masuk ke platform, tiket yang kecik je di slot in ke dalam tiang dan akan keluar balik di hujung tiang. Jangan lupa ambik balik tiket kecik ni..

Dalam tiket, dah ada nombor koc dan no. tempat duduk, so tunggu di koc yang betul..

no. koc ada ditulis diatas pintu kaca di depan pintu train
Train dah sampai, wahh..teruja betul nak naik train di Jepun ni..nampak pekerja-pekerja membersihkan koc..siap pusing-pusing kerusi..canggih-canggih..


Tiket yang besar diletak begini untuk conductor check...tak tahu sebenarnya, tiru passenger Jepun buat..hihi..


Train bergerak laju, mengambil masa 28 minit ke Nagoya station..sampai di station, blur sekejap..ramainya manusia, bergerak ke sana-sini, dari setiap penjuru..ambik nafass...nasib baik sebelum fly ke sini, dah study map Nagoya station ni, study macam nak ambik exam, so tahu yang train ni berhenti di Meitetsu station yang bersambung dengan JR station..so ikut je signboard JR, end up keluar bangunan dan masuk ke JR station..

Masuk je entrance JR, nampak coin lockers, tapi bila check, locker yg besar semuanya dah taken up.  Alhamdulillah, ada seorang pakcik pekerja JR, nampak kami dok melilau cari locker, dia pun bagi isyarat yang locker penuh, dia suruh kami ikut dia pergi ke locker di tempat lain..kena pulak menempuh main entrance JR station yang penuh dengan ribuan manusia..

Tambahan pula hari Isnin ialah cuti umum di Jepun, ramai sungguh yang nak balik kampung, cuti tiga hari..dengan shopping complex Takashimaya pun dekat situ juga..



Dapat juga meloloskan diri, ikut pakcik tu, turun ke basement, ada banyak locker, dekat Exit 11 subway Sakura-dori, dekat dengan basement B1 & B2 Takashimaya..Alhamdulillah..ambik satu locker dgn harga 700yen..

Kira-kira duit syiling tak cukup pula, duit syiling 500yen takleh masuk..tanya kat satu couple Jepun ni, yang lelaki bersikap gentlemen, siap naik atas, tolong tukar duit..Alhamdulillah..arigato gonzaimas..

locker tempat simpan beg
Masalah beg dah settled..sekarang nak activate JR pass pula, dah pukul 10.00++, kena activate di JR office. JR office ni letaknya diantara silver clock tower and gold clock tower, two famous landmarks in Nagoya JR station.


silver clock tower
gold clock tower

JR @ Takashimaya
Hisho 'flight' monument and spiral building
Beli JR pass untuk tujuh hari, pass activate keesokan harinya..hari Ahad,14 September. Lagipun di Nagoya, JR pass sangat limited. Subway, bas dan train semua tak dicover oleh JR pass. Memang plan untuk stay satu malam di Nagoya untuk tunggu activate JR pass hari Ahad.

Untuk bergerak di Nagoya, kami beli weekend eco pass yang berharga 600yen, one-day pass untuk subway, city bus dan sight-seeing bus (Me-guru).


beli di ticket machine
Dah ada one-day pass, jom kita ronda-ronda Nagoya city, ada enam line subway, tapi yang sempat guna cuma tiga saja..



Nak ke mana kita? moh beli kain..haha..

Itinerary pertama, let's check out Masjid Nagoya ..bersambung.

Tuesday, 16 September 2014

Salam dari Japan


Assalamualaikum..konichiwa..moshi moshi..bersiaran dari Osaka, Japan. Alhamdulillah..

In shaa Allah, akan pulang ke tanahair pada hari Ahad, 21 September.

Till then, selamat bercuti dan selamat Hari Malaysia. 

Wassalam.