Masih lagi di pekan kecil Arashiyama. Keluar saja dari Bamboo Forest, terserempak dengan penarik lanca ni di lorong depan cafe..
 |
bestnya naik lanca |
Jom jalan-jalan menyusuri jalan utama pekan Arashiyama..environment yang menarik. Di sepanjang jalan, banyak roadside cafe dan kedai-kedai kecil menjual souvenirs dan kraftangan Jepun. Kedai-kedainya lebih kepada boutique shops - bangunan setingkat dan dua tingkat and traditional design..menambah lagi keunikan pekan Arashiyama..
 |
jalan utama |
Kami berjalan ke arah selatan untuk ke jambatan kayu yang menjadi mercu tanda pekan Arashiyama iaitu Togetsu-kyo Bridge. Menurut maklumat, jambatan ni dah berusia 400 tahun..lamanya..
 |
penarik lanca |
 |
Sakurabiyori - kedai payung dan beg kecil |
 |
entrance ke Tenryu-ji Temple |
 |
kedai souvenirs lagi |
 |
suasana depan Arashiyama station |
Jalan sampai stesen keretapi Arashiyama. Stesen ni untuk keretapi Keifuku Electric Railroad.
 |
Arashiyama station |
Masa ni ada pertunjukan Japanese silk untuk kimono di stesen ni..banyaknya kain..cantik-cantik pula tu design dan colournya..
 |
geram tengok kain-kain ni |
 |
deretan kain-kain ditepi trek keretapi |
 |
retro train |
Dah habis snap-snap gambar di stesen ni, bergerak semula ke jalan besar.
 |
ada juga Ogawa coffee, ingatkan urut badan je |
 |
breaking the rule..hehe |
Akhirnya sampai di simpang jalan ni..jalan terus menuju ke Togetsu-kyo Bridge..
 |
simpang jalan utama |
 |
Togetsu-kyo (Moon Crossing Bridge) berlatarbelakang Arashiyama Mountain |
Duduk di bangku batu di tepi Sungai Katsura, menghilangkan dahaga dan lenguh-lenguh kaki sambil people-watching. Ada photoshoot geisha kecil ni.
 |
the smiling 'geisha' |
Dan yang membawa anjing bersiar-siar..
 |
I don't want to touch a dog..walaupun dog ni kiut giler |
Masa untuk bergerak pulang..masuk sekejap di Akogareya..kedai kraftangan Jepun..window-shopping je..
 |
souvenir shop |
Nak balik ke JR Saga-Arashiyama station, ikut short-cut, masuk tepi kedai kipas Jepun ni..ternampak signboard kecil diletak di dinding kedai semasa berjalan ke Togetsu-kyo..
 |
kedai kipas Jepun |
 |
lalu tepi kedai ni |
Lalu kawasan perumahan, ikut signage JR..end up di trek keretapi..
 |
kena lintas trek keretapi |
 |
mari melintas trek keretapi |
 |
kain-kain sutera sampai ke sini |
 |
lintasan keretapi, ini utk pejalan kaki dan basikal - pemandangan biasa di Jepun |
Teruskan perjalanan sampai ke jalan besar dan jalan lagi ke arah timur.
 |
centralised parking - sebelah kiri tu flat kos rendah..hehe..
foldable gate tu nampak kemas.. |
Yang menarik di sini, takde kereta parking tepi-tepi jalan, semua parking di centralised car park, untuk kedai-kedai dan juga rumah-rumah di sepanjang jalan ni..
 |
Pension House - Mind Games |
Pension House ni alternatif kepada hotel, hostel, BnB dan ryokan, macam guesthouse juga.
A pension is a type of guest house or boarding house. This term is typically used in Continental European countries, in areas of North Africa and the Middle East that formerly had large European expatriate populations, and in some parts of South America such as Brazil and Paraguay. Pensions can also be found in South Korea and Japan. In contrast to bed and breakfasts, pensions typically do not only offer breakfast, but also lunch, dinner and sometimes even tea.
Rather than paying for the room and each meal separately, guests select
a plan which either comprises overnight accommodation, breakfast, lunch
and dinner (full pension) or the preceding minus the lunch (half pension) - source: Wikipedia
 |
berselirat wayar-wayar - ada yang dicucuk ke tanah |
 |
dah sampai di hujung jalan, lepas ni jalan ke arah utara pula |
Kedai disebelah kiri ni ialah kedai runcit. Di kaki lima, di luar kedai ada diletak barang-barang jualan..bawang tu besar-besar saiznya..
 |
jualan di kaki lima |
 |
kedai buku |
 |
suasana pekan kecil Arashiyama - garmbar yg pertama tu ada pokok pisang di sebelah kanan |
Jatuh cinta dengan pekan kecil Arashiyama, menarik dan sangat laid-back.
 |
laluan yang diambil di Arashiyama |
 |
masih lagi guna aerial TV tulang ikan |
Menunggu keretapi di JR Saga-Arashiyama station untuk ke destinasi seterusnya..kembali ke zaman Edo..