Monday, 17 November 2014

Japan : Day 8 - The End

Terakhir di Jepun, malam ni dah nak fly balik Malaysia..

Sampai di stesen Shinjuku. Mula-mula ingat nak jalan-jalan di Shinjuku dulu, nak gi Tokyo Metropolitan Government building, boleh view Tokyo city from above. Tapi macam malas pulak, tak jadi.

Ambil Chuo main line ke arah Tokyo station, turun di stesen Kanda, kemudian ambil Yamanote line ke stesen Ueno. Hari ni memang guna JR pass sepenuhnya..


Keluar exit 5, untuk ke Ameyoko shopping street, tempat shopping di bawah trek keretapi. Ala-ala Petaling Street, tapi PS dah ada bumbung, Ameyoko open-air. Hari hujan renyai-renyai.

Ameyoko
Ada dua lorong dengan bangunan kurus di tengah-tengahnya. Masuk yang kiri dulu, tengok banyak kedai-kedai baju, kedai makan.



Jumpa gerai jual buah potong, sangat tempting, mostly 100yen, cuma buah rock melon 200yen..beli buah, makan kat situ juga, tengok ramai yang beli buah-buahan ni..sangat juicy..lupa nak snap gambar..pinjam gambar dari www.dannychoo.com..thanks..


source: dannychoo
Dah makan buah, cari lak kedai halal, menurut maklumat, ada banyak kedai-kedai Muslim di sini..jalan lagi..Alhamdulillah, jumpa kedai Doner Kebab ni..



Singgah makan kebab di sini pula..di Jepun, jumpa tiga jenis kebab - Doner, Saray dan Mega kebab..semuanya sedap..

Dah kenyang, berjalan balik ke Ueno station untuk ke destinasi seterusnya, sesi ukur jalan..haha..ke Akihabara..syurga otaku, anime dan manga Jepun ni..walaupun kureng minat, tapi tempat ni famous, kena juga jejakkan kaki..lagipun Akihabara berada dalam laluan Yamanote line..mari belasah JR pass habis-habisan...

Dah sampai di stesen JR Akihabara, tak susah nak cari exit..dah terpampang exit ke Akihabara Electric Town..dari jauh dah nampak..



Keluar dari bangunan, ada busker perempuan ni..sedap dia nyanyi untuk kutip derma agaknya..ramai yang berkerumun..siap tepuk-tepuk tangan..


berjalan menuju ke jalan utama

Dah sampai di jalan utama

sales girl


Jalan kaki sampai ke stesen subway Suehirocho, mula-mula jalan sebelah kanan, kemudian jalan sebelah kiri pula..

sejarah asal-usul Suehirocho - 'unending prosperity'


Berpatah balik ke JR station





penunggang motosikal yang sabar menunggu orangramai melintas


lori promosi Tokyo Mx

 

On the way back to JR Akihabara station, nampak Gundam Cafe ni, ramai juga orang beratur di luarnya..


Time to leave Tokyo..from JR Akihabara, take Yamanote line to Simbashi station..ambil beg and off to Hamamatsucho station using Yamanote line juga..then, take Tokyo monorail to Haneda International Airport..this monorail is covered by JR pass..terakhir guna JR pass..

dah sampai di Haneda Airport

kaunter untuk bag drop
Haneda Airport ni cantik..ala-ala KLIA..hihi..di tingkat satu, ada Edo Marketplace..meh kita kill time ronda-ronda Haneda Airport..flight time pukul 11.45 malam..

Edo Marketplace

Edo Marketplace




Ada juga kapalterbang Hello Kitty

masuk juga sini, original Hello Kitty products

 
Flight path & plane simulation

Jumpa resto ni, macam lambang proton je..nama pun lebih kurang sama..

Tengok menu yang display tu, macam menarik je, lantas masuk dan order yang ni..

spaghetti with prawn and cheese

Dinner for tonite, sebab dalam flight tak order makanan..

Time to leave Japan..huhu..
Time to fly..I'm going home tonight..
----------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, selesai entry pengembaraan selama 8 hari 7 malam di Jepun..menjejakkan kaki di sembilan bandar/bandaraya dan lima pekan kecil :

Bandar/Bandaraya:
Nagoya, Osaka, Hakata (transit), Nagasaki, Hiroshima, Okayama (transit), Kobe, Kyoto dan Tokyo.

Pekan :
Takayama, Kurashiki, Arashiyama, Nara dan Kawaguchiko

The verdict: 
Alhamdulillah, puas hati..walaupun tak dapat  bersakura-san, berhanami atau bergambar dengan daun kaler merah-kuning tapi dapat melihat sendiri negara Jepun yang cantik dan bersih serta budaya orang Jepun, Alhamdulillah..

Jumlah perbelanjaan (untuk seorang)

Sebelum berangkat

Flight tiket : RM1,028.45
Penginapan : RM811.65
JR pass : RM932.00
Jumlah: RM2,772.10

Perbelanjaan di Jepun

Transportation: RM560.27
One-day pass - Nagoya & Tokyo
Skytrain from airport - Nagoya
Bas - Shirakawa-go & Nara
Tram - Nagasaki
Sagano Romantic train - Arashiyama, Kyoto
Teksi - Kobe & Kyoto
ICOCA card - Osaka/Kyoto/Kobe/Hiroshima
Shuttle bus - Tokyo
Subway - Tokyo (Toei subway)
Fujikyu train - Tokyo
Sight-seeing bas - Kawaguchiko

Makan/minumRM395.00
Coin-locker : RM73.80
Entrance fee : RM86.00
Lain-lain (FM/Tshirt/dll): RM420.00
Jumlah: RM1,535.07

Jumlah keseluruhan: RM4,307.17 (exchange rate: 100yen = RM3.07)

Arigato gonzaimas for reading..Japan..endless discovery..

Thursday, 13 November 2014

Japan : Day 8 - Mount Fuji @ Kawaguchiko

Assalamualaikum..baru dapat nak sambung kisah di hari terakhir di Jepun. Masih lagi di Kawaguchiko, menatap Mount Fuji sepuas-puasnya walaupun puncaknya ditutupi oleh awan gemawan..cuaca mendung ketika ni dan rasa sejuk mencengkam jari jemari.

Masih lagi di bus stop No. 20, di tepi tasik Kawaguchiko.

Gunung, tasik dan bunga - indah sungguh ciptaanMu

Jalan utama di Kawaguchiko

Sunnyside Resort

awan mula bergerak melitupi Mount Fuji

the lone fisherman

Dari bus stop No. 20, kami bergerak ke arah bus stop yang terakhir, No. 22 dengan berjalan kaki menyusuri tasik yang luas ni.

Berjalan kaki dalam cuaca sejuk memang best..tak terasa letih sambil tu snap gambar-gambar rumah yang ada di sepanjang jalan, semuanya mengadap Mount Fuji..the best view...

di persimpangan jalan

Bestnya dapat rumah macam ni..view Mount Fuji

 Kanak-kanak sekolah sedang bersukan

 menghampiri bus stop No. 22, awan sudah membuat gelang di Mount Fuji

 bus stop terakhir - Natural Living Center

 Mount Fuji dah hampir tidak kelihatan

 Information center and souvenir shop

 model Mount Fuji

rumah lagi
Dah puas bergambar di sini, tengok bas pun dah sampai naik bas balik ke stesen. On the way, turun di sini, Mount Kachi Kachi Ropeway.








Dibawahnya ada outlet Fujiyama Cookies ni, tak masuk pun..just tunggu bas di sini.

 
Bas dah sampai, moh le kita naik. Mula-mula tu nak stop dekat park tak jauh dari stesen tapi dah tak larat, terus saja ke stesen. Dekat tiga jam juga merayau-rayau di Kawaguchiko, dari pukul 9.30 pagi hingga ke 12.30 tengahari..

balik ke stesen

Ada jualan buah-buahan

Beli tiket keretapi ke stesen Otsuki, naik local train. Nampak keretapi ni di platform, keretapi yang penuh dengan gambar Thomas & friends.

Keretapi Thomas & friends

Nampak pula keretapi berwarna merah bata ni, parking di platform. Ada tulis Fuji Tozan Densha..ini rapid train ke Otsuki..menarik keretapi ni tapi cuma beroperasi one round trip on weekdays dan two round trips on weekends dari stesen Otsuki..mari skodeng ikut tingkap..

ada dining area dalam keretapi Fuji Tozan Densha ni

Maklumat dari internet: "This train is designed by Eiji Mitooka who designed many express trains of JR Kyushu. This train gives you very nostalgic atmosphere and traditional culture of Japan".  

Ooo..patutlah keretapi Limited Kamome ke Nagasaki tu cantik-cantik belaka..ada designer rupanya..

interior Fuji Tozan Densha (source:jprail.com)
Keretapi warna putih di platform sebelahnya, yang ada gambar comical Mount Fuji tu ialah Limited Express 'Fujisan Tokkyu'..keretapi ni pun menarik juga..meh layan gambar, curik dari internet..dari www.jprail.com...

 dah macam ruang tamu kat rumah..
siap ada alas meja tu yang tak tahan tu

ada lounge..with huge glass windows

Nak tunggu train rapid dan limted express memang time nya lama lagi, so marilah kita naik local train je..yang mana satuu??..haha..yang ada gambar Thomas & friends tu..semua orang dewasa tersenyum simpul masuk keretapi ni... 

Kanak-kanak sudah semestinya lah riang gembira..bising..bingit suasana..dengan budak-budak berlari ke sana ke mari, ada yang menangis berebut nak duduk di kerusi yang ada muka Thomas tu..dah macam ikut rombongan kanak-kanak tadika je..hehe..letih mak bapak nak melayan..

penuh dengan Thomas & friends sampai ke siling

Ada ke yang teringin duduk di seat yang kanan tu?? hehe..
meh layan the child in us..

Dalam masa sejam, sampai di stesen Otsuki, kena tunggu di platform 1 untuk ambil train Limited Express Kaiji ke stesen Shinjuku..


jambatan melintas trek keretapi di stesen Otsuki

Bersambung - untuk saat-saat terakhir di Jepun..