Tuesday, 30 December 2014

Al-Amar dan Al Baik

Assalamualaikum...

Al-Amar dan Al-Baik..siapakah mereka? atau apakah bendanya? soalan kedua tu lebih relevan..Al-Amar dan Al-Baik, dua-dua restoran, satu sidewalk cafe, satu lagi fast food outlet..dimana? di Bukit Bintang...yuhuu..Bukit Bintang lagi..annual trip ke sini atas urusan kerja..

Jalan-jalan depan Farenheit88, nampak cafe ni ada jual ais krim Turki..teruja, singgah, beli..


Mahal jugalah, kalau ikut standard ais-krim di Malaysia ni..nak merasa, beli jugalah..perisa durian pun ada..only in Malaysia, not in Turki..hihi..


Street cafe ni namanya Al-Amar...suci murni namanya..teringat 'amar makruf, nahi mungkar'..tapi yang tak bestnya, ada pulak benda-benda ni..


Tu dia, happy hours uolls....ada betul-betul tepi list perisa ais-krim tadi, cam mana boleh tak nampak, mood dah ke laut...hissh..I am not happy, I am confused..nak cancel order, mamat tu dah cedok ais krim, nak tak nak, bayar jugalah..nak buang rasa sayang pulak. Al-Amar, Al-Amar..misleading betul..ingatkan kat Jepun je, restoran halal ada jual minuman keras untuk menaikkan jualan, menarik pelanggan...entah, don't know what to say...

Hati dah tawar, walaupun ais-krim tu manis...ceriakan hati dengan Hello Kitty ni..

you make my day
Lunch hour...bab nak makan sorang-sorang ni memang syahdu sikit..jom cari port yang tak ramai orang..pandang kanan, pandang kiri, pandang atasss..yeayy..nampak logo ayam di tingkat satu...nama pun baik-baik je..Albaik..macam menarik, jom try..halalan toyibban..


Albaik ni di tingkat satu, di sebelah Wolo hotel @ Tous Les Jours cafe. Bawahnya kedai jual beg, handphone, kebanyakannya dijaga oleh bangsa asing @ Bangla..
 

Keluar je dari lif, terus masuk restoran, ada tiga orang pekerja, duduk main handphone, takde customer, tanya dulu 'dah buka ke?'..mereka cakap 'dah'..order set ayam goreng..

Sementara tunggu, baca suratkhabar dulu..suratkhabar Al-Atheer..

dia cakap Arab lahh
Ada dua versi..English and Arab..

sedapnya..
OK, makanan dah siap..macam ni setnya..




The verdict: OKlah..macam makan ayam goreng & kentang goreng kat rumah je (kat rumah pun lagi sedap)...takde berperisa langsung, simple macam tu je..spice up, babe, spice up..sosnya bolehlah..thousand island & garlic sauce..

Nak bersaing dengan KFC, memang jauh bezanya..tapi bolehlah sebagai alternatif..company dari Timur Tengah "the founding members are of Saudis, Jordanian and Egyptian business men, well diversified experienced and diversified in several businesses"..

Boleh mencuba di Al baik..Al-Amar, no no..

Sunday, 21 December 2014

Will It Snow For Christmas?

Assalamualaikum..salam hujung minggu..

Festive season is just around the corner...dekorasi Krismas menghiasi shopping complex..yang paling hip and grand..sudah tentulah di Pavillion KL..
 
 
Mengikut kepercayaan agama Kristian, Krismas disambut setiap tahun pada 25 Disember bagi meraikan kelahiran Nabi Isa a.s.  Bulan Disember ialah musim sejuk (winter time).
cakk!!
it's snowing!
Bagaimana pandangan Islam mengenai kelahiran Nabi Isa a.s.? Sudah tentulah kita merujuk kepada kitab Al-Quran, mukjizat Nabi Muhamad SAW..

Dalam Surah Maryam, ayat 23 hingga 25 menceritakan saat-saat kelahiran Nabi Isa as. 

Ayat 23: Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, maka ia berkata: "Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan".

Ayat 24: Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah. "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. 

Ayat 25: Dan goyanglah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu."

Tahukah anda mengapa ayat ini dijadikan hujah bahawa Al-Quran adalah fakta yang tepat dalam membuktikan saat kelahiran Nabi Isa AS? Ini adalah kerana Al-Quran telah menceritakan secara jelas bahawa ketika Nabi Isa AS dilahirkan, pohon kurma sedang berbuah.  Sebagaimana yang kita tahu, pohon kurm berbuah pada musim panas (summer time).
- petikan dari buku Mereka Bertanya Tentang Islam Anda Menjawab oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Wednesday, 17 December 2014

Lanca di Jepun & Penang

Assalamualaikum..semoga readers semua sihat sentiasa..

Story tentang lanca. Lanca ni apa ye? 

Menurut wikipedia Bahasa Melayu, lanca merujuk kepada kenderaan penumpang dua roda yang ditarik oleh manusia. Ia digunakan secara meluas semasa dahulu di China dan mudah juga didapati di Malaysia sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (tiga negeri Selat).

Bagaimanapun dengan pengenalan basikal, kenderaan ditarik manusia beransur-ansur digantikan dengan basikal yang dipasang pada kerangka dan kemudiannya dikenali sebagai beca. Dalam loghat Hokkien, perkataan beca bererti 'pedati kuda'.
------------------------------------------------------

Semasa trip ke Jepun, banyak kali terjumpa lanca ni, masa pergi Penang pun ada jumpa, tapi di Penang, lanca tak bergerak. Ada beberapa tempat di Jepun yang kita boleh jumpa lanca ni, sebagai tarikan pelancong. Ditarik oleh pemuda-pemuda yang gagah, yang berotot sasa.

Takayama


Kurashiki, Okayama
Bikan Historical Area
 Higashiyama, Kyoto
di persimpangan Chawan-zaka & Gojo-zaka
on the way to Yasaka Shrine

Arashiyama, Kyoto
 


 Asakusa, Tokyo


Di Penang pula..

Lebuh Campbell
 Penang Peranakan Mansion

Zaman berubah, kenderaan pun berubah..