Selesai sesi membeli-belah, balik hotel, berehat sekejap sebab cuaca panas sangat. Pukul 4.00, keluar balik, memulakan aktiviti ronda-ronda kotaraya Ho Chi Minh.
route berjalan kaki
Dari hotel, berjalan menyusuri Le Loi hingga ke Nguyen Hue, dataran yang ada tugu pakcik Ho Chi Minh.
Akhirnya, adalah seorang pakcik naik motor ni kesian tengok kami berdua dok temangu-mangu berdiri tepi jalan, dengan rela hati bantu melintas jalan..haha..memang seriau betullah melintas, bunyi hon bertalu-talu. Depa hon tu bukanlah marah, ada yang bagi warning, ada yang suruh jalan. Alhamdulillah, berjaya akhirnya. Terimakasih betullah pada pakcik yang baik hati tu..cam on, uncle.
tugu Ho Chi Minh
dibelakangnya bangunan City Hall
cantik kawasan dataran ni
di sebelah kiri Rex Hotel
di sebelah kanan Vincom Eden Centre/Union Square
Ramai tourists dan locals di kawasan ni, berjalan-jalan menghirup udara petang di sepanjang dataran hingga ke Sungai Saigon.
Saigon Tourist Information Centre
di depannya yg ada tulisan 'JICA' tu ialah stesen metro
underground dalam pembinaan
underground dalam pembinaan
Union Square
cantik bangunan colonial ni
Berjalan menuju ke Sungai Saigon. Disepanjang dataran ada pameran projek infrastruktur yang telah dan akan dijalankan di seluruh bandar Ho Chi Minh.
pameran town planning
Bitexco Financial Tower and National Treasury building
Berjaya menyeberang di jalan utama ni, walaupun penuh dengan motosikal, sebab ada lampu isyarat..hehe..di Ho Chi Minh, sangat kurang lampu isyarat, kalau nak melintas jalan, pepandailah..crossing the road like a local, dengan motosikal yang menderu-deru...
Berjalan menyusuri Sungai Saigon hingga ke kawasan pokok-pokok bonsai.
Sampai di tugu General Tran Hung Dao, berlatar-belakang Vietcombank-Bonday Tower, bangunan pejabat 35-tingkat yang direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects. Huh! international..setaraf KLCC..
pokok bonsai di tepi Sungai Saigon
Sampai di tugu General Tran Hung Dao, berlatar-belakang Vietcombank-Bonday Tower, bangunan pejabat 35-tingkat yang direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects. Huh! international..setaraf KLCC..
tugu General Tran Hung Dao
Nak melintas jalan besar di sini memang mencabar. Lampu isyarat takde. Tak berjaya melintas atas usaha sendiri, hihi..baru letak sebelah kaki, dah kecut perut tengok motosikal yang macam semut, bak kata JM. Akhirnya, adalah seorang pakcik naik motor ni kesian tengok kami berdua dok temangu-mangu berdiri tepi jalan, dengan rela hati bantu melintas jalan..haha..memang seriau betullah melintas, bunyi hon bertalu-talu. Depa hon tu bukanlah marah, ada yang bagi warning, ada yang suruh jalan. Alhamdulillah, berjaya akhirnya. Terimakasih betullah pada pakcik yang baik hati tu..cam on, uncle.
Dah melintas jalan utama, masuk ke Hai Ba Trung Street dan belok kiri ke Dong Du. Di Dong Du Street ni ada Masjid Jamek India Muslim. Di jalan ni juga ada Restoran Halal@Saigon, milik orang Malaysia. Betul-betul berdepan dengan masjid dan Restoran D'Nyonya, satu lagi restoran halal di Ho Chi Minh.
Dinner di Restoran Halal@Saigon. Tuanpunya orang Perlis kot, sebab banyak masakan Perlis je.
Indian Jamia Muslim Mosque
Restoran D'Nyonya
Restoran Halal@Saigon
Dinner di Restoran Halal@Saigon. Tuanpunya orang Perlis kot, sebab banyak masakan Perlis je.
masakan Perlis yang ada di sini
dekorasi restoran
My sister order pho dan saya order nasi goreng ikan masin.
nasi goreng ikan masin Malaysian style
Sedap masakannya, macam makan kat Malaysia..tapi di sini mahal sikitlah, ada service tax lagi. Nasi goreng harga VND109,000, pho tu pula VND89,000, sebelum tax..huhu..Restoran Amin juga yang murah..
Dah makan, masuk ke perkarangan masjid. Nampak pula penjual kuih guna motosikal ni, macam sedap je..kami pun sibuk-sibuk tanya. Tiba-tiba penjual tu suruh ambik sikit, untuk rasa. Ada dua jenis kuih, yang atas bingka ubi kayu, yang bawah tu karipap 4 segi.
Kami menolak, kesian pulak, kuih yang nak dijual, dibagi rasa. Tapi penjual tu beria-ria suruh rasa, dia siap cubit sikit kuih karipap dan bingka ubi kayu, kemudian hulur kat kami, so kenalah ambik..terharunya..
Dua2 sedap...karipap inti sayur. Beli sebiji karipap, VND20,000. Besar betul karipap. Penjual tu beritahu lepas solat Isyak, dia akan ke pasar malam Ben Thanh, berjualan di sana. Sesiapa yang terjumpa penjual kuih ni di Ho Chi Minh, silalah beli ya..recommended..memang sedap kuih bingka dan karipap tu..
Dah habis beli karipap, berjalan balik hotel, menyusuri Dong Khoi Street, jalan yang happening di Ho Chi Minh city, kiranya macam Jalan Bukit Bintang kat KL, banyak hotel dan kedai-kedai yang high-end.
Berjalan balik lalu depan Hotel Continental Saigon, Parkson dan Union Square, masuk Le Thanh Ton. Nampak Taka Plaza, malas nak singgah.
Sampai di Ben Thanh market, ronda-ronda pasar malam pula. Setiap malam selepas 6 petang, ada pasar malam di dua-dua jalan di tepi Ben Thanh. Murah jugalah barang-barang jualan di sini.
End of Day 1.

Dong Khoi Street
Saigon Opera House
Hotel Continental Saigon