Friday, 26 February 2016

CNY Celebration 2016

Hari Jumaat lepas ada acara jamuan di office sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sebelum jamuan, ada Lion Dance..lion nya warna pink..menarik..


Di reception area

Kemudian lions masuk office.. 

menuju ke bilik big bos

Selesai lion dance, acara jamuan bermula dengan menggaul 'Yee Sang'..
 
Yee Sang ni salad ikan & sayur-sayuran + sos. Wikipedia describe Yee Sang  'a Teochew-style raw fish salad. It usually consists of strips of raw fish (sometimes salmon), mixed with shredded vegetables and a variety of sauces and condiments, among other ingredients'.
 

Makanan - nasi lemak Tangling, mee kari, sate, roti jala, kuih-muih & buah-buahan

Round 1 - mee kari yang sedap

Yang best kali ni, semua staff dapat ang pau dari Director's wife..xie xie..

Till then, have a nice weekend.

Sunday, 21 February 2016

Kerana Jokkmokk

dua malam aku jadi tukang perabut..hehe..tukanglah sangat. 

Setakat pasang meja dan kerusi ikut manual yang dibagi, sonang gitu tapi stress juga.  

Inilah akibatnya beli perabut IKEA. Ikut citarasa my sister lah ni..asyik, asyik IKEA. Seperti biasalah, perabut IKEA style 'ready-to-assemble'. Kalau saya, lebih senang beli di kedai perabut biasa, order, bayar, balik rumah, tunggu lori datang hantar barang, terus boleh guna.

Nak kelainan, nak design yg moden, so Ahad lepas, ke IKEA Cheras. Misi mencari meja makan..

customer-friendly, takyah nak tolak troli hingga ke kereta
cuma tunggu kenderaan di sini untuk loading barang2 belian 

masih lagi mood CNY

Jalan-jalan di IKEA memang ralit tengok furniture display..salah satu yang ni..tema black & white..


Trademark IKEA ialah warna-warna perabutnya yang polos atau 'nude' colours seperti hitam, putih, beige, warna-warna asli..yang tahan sepanjang zaman..timeless..

Misi mencari meja makan pun bermula..campur, tolak, darab, bahagi..akhirnya ambik yang ni..Jokkmokk...satu meja dan 4 kerusi. Cari kat gudang, semuanya diisi dalam satu kotak, bayar dan terus dibawa pulang.  Sebenarnya, IKEA ada servis hantar ke rumah, tapi memandangkan esok semuanya kerja. takde sapa kat rumah, so bawa balik sendiri..

Nak mengangkat kotak ke tingkat satu, memang hazab..tapi Alhamdulilah, dapat diharungi jua..

Isnin malam, lepas balik kerja, mulalah aktiviti bertukang..my sister dah start pasang meja..

buku manual dan segala mak nenek skru

meja dah siap dipasang

so, sekarang tinggal pasang kerusi pulak....buka buku manual, ada step-by-step instruction..pengalaman pertama pasang kerusi sendiri..

manual

komponen kerusi
cara-cara memasang skru untuk tempat duduk

kerusi dah siap, nak pasang skru kat tempat duduk

gaya pro..hehe..poyo

berjaya..semuanya dah dipasang skru
bolehlah tukar profession lepas ni..hehe..

Pasang satu kerusi tu je..hihi..sebab stress. Malam Selasa sambung baiik. 

Akhirnya..Jokkmokk..
ala-ala countryside Sweden..hehe..

Fuhh..lega..dah siap. So siapa-siapa yang datang ke rumah saya, silalah duduk diatas kerusi hasil pertukangan tangan, tulang empat kerat saya ni ya. Handle with care, ok. Bagi mereka yang macam tak berapa nak confident, bolehlah bersila di atas karpet..hihi..  

Till then, enjoy your Sunday..

Saturday, 13 February 2016

Kudap-kudapan

Assalamualaikum...

Weekend again..

cerita tentang makanan lagi. Kali ni kudap-kudapan pulak.Jom tengok kudap-kudapan yang *drooling* ni, banyak dijual di shopping complex.. 

Mr Chizu

Mr Chizu jual signature kek keju yang begitu lembut sekali - melt in the mouth, not in the hands
 
Kek keju ada tiga perisa - teh hijau, chocolate dan original

sebelum dimakan, panaskan di oven/microwave...hmm...tak sempat..
terus ngap.. 

 nyum, nyum..

Cinnabon

pelbagai jenis bun - chocolate, vanilla

Auntie Anne

pelbagai jenis pretzel

Churros @ Kulcats Bario, TTDI
 
Dan yang ni, beberapa kali dah pergi Akubekam TTDI, asyik menjeling je, tak tahan, so at last, order juga..

6 pieces @ RM10

permintaan ramai - terpaksa menunggu

ada sos pencicah

yang mana satu pilihan hati...semuanya sedap..
selamat bercuti di hujung minggu