Friday, 8 April 2016

Mana Nasi??

Kes kempunan nak makan Nasi Bamboo yang femes di Sungai Klah, Sungkai...kes terlajak perahu kereta, malas nak buat u-turn...akhirnya, terjumpa di Bakar Station @ Sunway Putra Mall..

nasi dalam buluh

Alang-alang dah ke Sungai Klah, moh kita cari TRAP...bukan perangkap, tapi onsen the Malaysian style..Taman Rekreasi Air Panas...


snap photo, tanda dah sampai sini
tak masuk, sebab singgah sini on the way balik ke KL
pakaian tak sesuai utk bermandi-manda, nak berendam
will come again, entah bila??

Masuk felda ni mengimbau kenangan balik kampung...arwah atuk nenek belah mak, peneroka felda di Selama, Perak..Felda Ijok..


Sekarang dah takde, tiada generasi kedua yang tinggal di felda, semua dah immigrate ke bandar, rumah di felda pun dah disewa pada orang lain...cuma pak long saja yg ikut jejak langkah tinggal di felda, tapi felda di Pahang...

Entah bila nak balik tanah rancangan...ada memori daun pisang di sini..kisah ambik daun pisang tepi jalan (entah pokok siapa) tuk buat payung, berlari dlm hujan, nak balik rumah....aarghh..zaman kanak-kanak ribena....

Sunday, 3 April 2016

Thai Millennium @ Maju Junction

Bila tiba lunch hour, soalan yg selalu ada diminda - nak makan apa? nak makan kat mana?..well, sejak ada foodpark by Parkson di Maju Junction, pilihan tempat makan sudah bertambah.. 


Di food court, ada pelbagai pilihan - western, hotplate & wok, claypot, yong tau foo, mamak stall, fried rice and thai. Masakan thai @ Thai Millennium memang terbaik.


Yang best yang pernah dimakan di sini - Khanom Jeen Nam Ya Pla (Thai laksa served with creamy Thai fish curry) dan Khanom Jeen Khaeng Khiaw Wan Kaw (Thai laksa served with Thai green curry chicken). Harga RM6.90.

Pertama kali makan laksa Thai and I'm loving it. Entahlah, sebab tak pernah makan kat tempat lain, rasa yang ni yang terbaik..


Thai laksa dengan kuah kari hijau ayam

 banyak sungguh ulam-ulamannya

 siap utk dimakan

The verdict: Memang marvellous, simply the best..kari hijau yang pekat, lemak berkrim ditambah sambal belacan yang enak - mcm makan laksa Johor

Laksa Thai dengan kuah kari ikan
 
ulaman yang sama ditambah dengan ikan kering yang rangup
 
Rasa sama sebab kuah kari hijau cuma yg ni kari ikan. Memang sedap. Sangat berbaloi dengan harganya.

kanan: Tauhu Yat Sai (stuffed tauhu with chicken), yang kiri tu tatau nama apa, macam sedap je..boleh la try nanti..
 
Lain-lain masakan pun ada di sini - ketiau goreng, Khao Kruk Kapi (nasi goreng belacan)..mostly masakan memang sedap..highly recommended. 

*Untuk perhatian: Parkson Maju Junction sudah tiada, sudah tutup*

Saturday, 26 March 2016

Muzium Muzik

Haritu berkesempatan ke Muzium Muzik. Haritu ialah hari bekerja..hihi. Tujuan utama nak pergi Pejabat Tanah di Rumah Persekutuan, sebab parking penuh, terpaksa parking di bawah Dataran Merdeka.

Muzium ni lokasinya betul-betul on the way  ke Rumah Persekutuan, corner lot, keluar je dari bawah tanah, mesti nampak punya. So, selepas urusan di Rumah Persekutuan, sebelum masuk bawah tanah, singgah sini dulu.
 
Muzium Muzik

Dalam entry Jejak Warisan KL : Heritage Buildings, muzium ni baru je dibuka tapi tak masuk pulak time tu. Jom kita tengok..masuk adalah percuma..


Kawasan pameran semuanya di tingkat bawah. Menarik juga.




 Ada macam-macam alat-alat muzik pelbagai bangsa di Malaysia.


kordo = tali, fon=bunyi
kordofon = alat muzik yang mengeluarkan bunyi 
dari tali yang diregang

 alat muzik kaum India

alat muzik kaum-kaum di Sarawak

 
Rebana Ubi semasa Sukan Komanwel tahun 1998

alat-alat muzik Nobat

 kabaret Buluh Inn
takde apa sebenarnya - pintu je


Snap-snap gambar, baca sikit-sikit, dalam 10 minit dah habis tour of Muzium Muzik. Kecik je muziumnya, tapi penuh maklumat. Highly recommended.