Friday, 2 September 2016

Oh bulan! Oh Nona!

Assalamualaikum...

Moon cake. Kuih bulan.


Kuih bulan ni client yang bagi, beli di King's Confectionary. 
ada cop halal by Jakim

 rasa sikit, inti perisa kopi, okla, tapi manis sangat
ada pelbagai inti kuih bulan - kacang merah, telur asin, biji teratai, kuaci 

Perayaan Kuih Bulan dirai oleh kaum Cina, dipertengahan bulan Ogos hingga akhir bulan September. Selalunya diraikan dengan Pesta Tanglung, di masa bulan mengambang

Terdapat banyak mitos dan kepercayaan mengenai kuih bulan. Diantaranya kuih bulan ni lambang perjuangan rakyat negara China sebab semasa perjuangan menumpaskan Dinasti Yuan, maklumat yg diselitkan di dalam kuih bulan. Kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

------------------------------------------

Buah nona! dah lama tak jumpa!


manis2 buah..

Thursday, 25 August 2016

Menjenguk kebun kecil

Setiap kali balik kampung, mak mesti mengajak kami pergi menjenguk kebun di Kpg Sungai Siput. Kampung ni tak jauh dari rumah kami, dekat dengan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah di Chandan Putri.  

Kampung ni dah semakin membangun selari dengan arus pembangunan disekitarnya..spillover effect..dah jadi kampung moden..tapi masih ada ciri-ciri tradisional...i like..

Tanah kebun ni takdelah besar mana, satu lot ada 3 penama, entah macamana boleh beli, teman pun tak tau, kawan-kawan kot. Masa tu teman sekolah lagi. Diantara hobi ayah teman, inilah, beli tanah sikit-sikit, tanah pertanian. The kampung style..

Kat atas tanah ni, ditanam pokok rambutan, manggis, durian, nangka, cempedak, pokok kelapa, pokok buluh. Dulu ada tanaman kontan..hehe..pokok bunga kantan. Dapatlah dijual hasilnya. Ayah juga bina sebuah rumah kecik, ada orang nak duduk, kami sewakan.

Sekarang, kebun ni dah statik, takde perubahan, takde peningkatan, cuma ada apa yang ditanam dulu-dulu je sebab tuannya pun dah tak larat nak usahakan 

 pokok buluh dah tua dan menjulang tinggi, dah banyak kali berjasa tuk buat lemang masa hari raya. Dibawah tu ditutupi oleh pokok kaduk

pokok nangka sedang berbuah lebat

 mak sedang buat galah

 mengait buah kelapa, teman try jugak, tak menjadi..huhu
Galah tu berat jg, terhoyong-hayang jadinya

 hasil kaitan - ada yang tua, ada yang muda
yang tua buat masak gulai, yang muda utk kuih-muih

 kelapa ditebuk tupai
the real one, not the peribahasa..hehe..

 pokok batawali yang pahit berdengung
mak jemur, kemudian blend, bubuh dalam kapsul
makan, buat ubat pelbagai penyakit 

  kaduk naik junjung
pucuk kaduk ni sedap dibuat kerabu

 mengait rambutan, cucu penyewa rumah bergayut kat bawah pokok
seronok benor dia, bermain dibawah pokok, teman tolong kutip buah
sambil snap2 photo

 kambing yang jinak, cute sungguh kambing ni


cucu penyewa rumah bermain dengan kambing
berani benor, dia punya 'pet' kot

 mengintai kambing makan rumput

  penyewa rumah buat kebun bendi kat tanah sebelah
dapat merasa, orang memberi kita merasa

 kebun getah

Dah beraktiviti di kebun, singgah restoran, untuk menghilangkan dahaga..

 
 kemudian ke pekan kuale, 


Sungai Kangsar mengalir lesu

 kedai jahit tepi, beli benang
 
Beginilah selalunya bila balik kampung, menjenguk ke kebun, mengutip hasil berbudi pada tanah...Alhamdulillah..

Monday, 22 August 2016

Google++

Assalamualaikum...salam hari Isnin..

Baru perasan perubahan dalam blogspot ni....Blogger profile dah diganti dengan Google+profile.

Google+ ni dah lama buat tapi jarang sangat guna sebab pakai nama lain. Nampaknya sekarang, nak tak nak kena guna juga, cannot escape anymore. Cuma belum connect sepenuhnya lagi, sebab tu takde new updates dalam my Google+..
 
Bagi blog yang baru saya follow, automatik imej Google+ macam ni yang keluar....jangan kata saya tak follow...huhu..bloggers support each other...kalau boleh nak follow semua my blog's followers tapi ada yang takde link...

Sekian, stay tuned...