Salam Jumaat..
Yeayy..entri terakhir untuk aktiviti di sebelah barat Muslim Quarter, lepas ni bersiaran dari sebelah timur pulak..
Yeayy..entri terakhir untuk aktiviti di sebelah barat Muslim Quarter, lepas ni bersiaran dari sebelah timur pulak..
Dah habis ziarah Masjid Daxuexixiang, ronda-ronda kawasan di luar masjid...
My sister pergi ke kedai muslimah jual tudung di sebelah kiri masjid. Sedang tawar-menawar serkup kepala. Saya pula melihat-lihat bakeri Muslim, menjamu mata..
yummy, yummy!!
Shi Zi Bing - kuih pisang kaki
kuih yang mesti dicuba di Xi'an - sedap sangat
tapi beli di gerai makcik di Guangji Street, ada 5 jenis inti
kuih yang mesti dicuba di Xi'an - sedap sangat
tapi beli di gerai makcik di Guangji Street, ada 5 jenis inti
dibelakangnya tu, yang dalam kotak ialah buah pisang kaki kering
Sapa2 yang selalu nonton drama Korea mesti familiar dengan buah pisang kaki kering ni kan. Dalam kdrama sageuk, selalunya kalau nak bunuh orang secara halus, depa akan letak racun kaler putih atas buah pisang kaki kering ni, seperti citer Rooftop Prince, sebab buah ni keluarkan gula berwarna putih bila kering. Dalam citer Empress Ki, emperor yg cute tu suka makan buah pisang kaki..persimmon, persimmon..
Dah habis meronda di Daxuexi Xiang, bergerak ke arah hotel, jom cari makan tengahari pula.
entah apa benda atas bumbung tu
suasana kedai-kedai
adik penjual ayam bakar..rugi tak beli, mcm sedap jer
Singgah di satu restoran, nampak ada mee, tapi tak reti nak order. Tunjuk kat orang yang tengah makan, nak macam tu juga. Nasib baik depa faham..hihi..
Inilah makan tengahari kami, makanan yang femes di Xi'an - Yang Rou Pao Mo.
Inilah makan tengahari kami, makanan yang femes di Xi'an - Yang Rou Pao Mo.
Yang Rou Pao Mo
sup kambing + mee putih + roti putih
sup kambing + mee putih + roti putih
yang ni mee dia besar mcm laksa, roti keras tu dicarik kecik-kecik dengan tangan dimasukkan ke dalam sup..bawang putih jeruk tu rasa manis
harga - 27 yuan
harga - 27 yuan
Rasanya, oklah, cuma sup kambing tu ada bau sikit. Sepatutnya kena tambah kicap dan cili yang disediakan atas meja, baru sedap kot. Lepas habis makan, baru nampak orang tempatan makan macam tu...bubuh kicap dan cili..huhu..
Dah makan, sambung berjalan lagi, ikut lorong depan hotel. Jalan terus, ke arah utara, ke Xichang E Alley. My sister tak ikut, dia sakit perut, balik hotel.
Masjid di Xichang E Alley |
depan tu ada tulisan 'Ahli Sunah Wal Jamaah' dalam tulisan jawi
tak dapat masuk, dikunci
pakcik jual serbuk cili
kedai jual kacang, mamat tu boleh cakap English
singgah beli 6 peket kacang - 5 yuan
singgah beli 6 peket kacang - 5 yuan
OK, habis dah ronda-ronda JJCM di kawasan ni. Enam masjid dapat dijejaki, Alhamdulillah.
Balik hotel, berehat sekejap dan check out. Nak check-in di Hotel #2 pulak. Cadang tu nak naik tuk-tuk tapi biasalah depa kurang faham English, dah tunjuk hotel voucher yang ada tulisan Cina pun masih tak tau. So, tarik je lah beg ke MYFO Wan Shun Yuan Inn di Beiyuanmen. Bergerak ke timur!!

Takdelah segan sangat, selamba je, tengok ramai juga yang tarik beg..huhu. Sempat lagi singgah kedai, beli kacang walnut dan pisang kaki kering. Masuk je Xiyang Shi Street..ramai betul umat manusia..
Batu giling serbuk cili- buat chili flakes
Sampai di hujung Xiyang Shi Street, belok kiri, akan jumpa Lianhu Tourist Information Centre di sebelah kiri. Masa ni dah lost, tak nampak signboard hotel MYFO dalam tulisan rumi, yang ada dalam tulisan Cina je.
tanya kat tourist centre ni, disuruh masuk entrance kecik di seberang jalan
Lokasi MYFO Wan Shun Yuan Inn betul-betul depan tourist centre ni
Hotel MYFO di belakang gerai ni
cer teka, gerai kanan tu jual apa?..hehe
jual buah nangka dan buah durian..tak sangka ada buah durian di sini
Kami pun tarik beg, ke seberang jalan, nak masuk lorong kecik tu. Tetiba sorang amoy datang kejar, rupa-rupanya penjaga reception. Dia dok jaga gerai jual asam-asam.
Bagi hotel voucher kat dia, dia baca sekejap, kemudian pergi ambik kunci bilik dan ajak kitaorang ke hotel, nak tunjuk bilik. Mula-mula dapat bilik di tingkat 2. Cakap kat dia, boleh tak tukar ke bilik bawah, tak larat nak angkat beg berat (takde lif). Dia ok, dapat tukar ke bilik di tingkat bawah..Alhamdulillah..yahuu..

bersambung..
Happy weekend...selamat bercuti sekolah...
Happy weekend...selamat bercuti sekolah...