Assalamualaikum..nihao...
Sapa suka makan durian? mesti ramai kan...raja buah ni..tak sangka popular di negara China, sampaikan dalam drama mereka pun ada disebut...
Selain Malaysia, negara Thailand dan Indonesia juga mengeksport buah durian ke negara China.
80 sen je selonggok..
Tergelak teman bila tengok pelakon China sebut buah durian. Yelah kan, buah yang sangat biasa dengan masyarakat kita. Dalam drama Melayu pun jarang ada dialog/scene tentang buah durian..ke ada? ke sebab teman jarang tengok drama Melayu sebab tu tak pernah come across...huhu..
"Durian" ialah diantara bahasa Melayu yang diterimapakai di peringkat antarabangsa..selain rambutan..
Jom tengok sedutan drama China Mainland yang ada mentioned tentang raja buah ni..mostly in a creative way..
1. Pizza Durian Cheese - drama You Are My Destiny
Dalam drama ni, heroin baru tahu dia mengandung, dia test pregnancy-kit kat tandas restoran ni..
Pada masa yang sama, seorang food vlogger tengah buat food review menu baru restoran tu iaitu piza keju durian...wahh cannot imagine durian + keju..haha...
vlogger tengah buat review
dia interview heroin - dah try ke piza durian keju
heroin bukannya sakit, dia tengah confuse sbb dia baru tahu yang dia pregnant
2. Nasi goreng - drama Prince of Tennis
Durian dalam nasi goreng? huhu...
Cara-cara memasak. Beria ayah Lu Xia ni explain.
Muka masing-masing dah cuak..
Tak lalu den. kalau pulut durian, boleh tahan lagi. Arwah ayah dulu suka makan durian dengan nasi. Kalau sambal tempoyak, gulai tempoyak ke, memang favourite, laju je suap...durian mentah memang no-no lah..
3. Drama My Love, Enlighten Me
Dalam drama ni, masa break-up, hero teringat-ingat kat heroin.
Salah satunya masa heroin beli buah durian. Dia tanya kat hero, boleh ke nak simpan durian dalam peti ais. Heroin saja mengusik hero sebab hero jenis yang strict, berdisplin, health-conscious, prim & proper..
aiyoo..mau berbau satu fridge..durian flavour..
So far, tiga drama China ni yang saya nonton yang ada sebut buah durian..mungkin ada lagi yang lain..hehe..
Entry santai di petang hari..