Tuesday, 13 July 2021

Update kisah PKPD

Sambung entry Khemah dibelakang rumah...#PKPD..

PKPD mula hari Sabtu 03.07.21. Pagi Ahad dah langgar peraturan. Tetiba malamnya depa bubuh kawad besi di bawah tali kuning tu. Ramai yang bolos kot..termasuklah saya..haha..ambek ko..

kawad besi dibawah tali kuning
 
satu lagi khemah, untuk proses bantuan makanan
 
Dah seminggu terperuk dalam rumah, pagi Ahad baru ni, keluar nak beli barang. Baru tahu yang setingkat dengan rumah saya, 4 buah rumah yang ada tampal notis kuarantin, OMG..
kat ground floor ada 1 buah...
 
Kali ni ikut peraturan, pergi ke pos kawalan untuk lapor diri nak keluar kawasan.
 
lapor diri di sini
 
Kena tinggal kad pengenalan, depa bagi kad keluar masuk
 

 tengok petugas sibuk mengurus bantuan
 
 
 
Petang hari Ahad, dapat sekotak barang, depa letak tepi pintu
haritu ada orang ambik nama mak saya, ni termasuk dalam
kategori warga emas..Alhamdulillah..
 
beras & mi segera pun dapat..Alhamdulillah..
 
Semalam hari Isnin..ada pengumuman suruh semua penduduk buat swab test di blok sebelah..
bagi masa 1 jam je, maka beramai-ramai lah turun..
tetiba tak jadi, sebab ramai sangat belum habis test
 
pos kawalan di jalan masuk

bekalan barangan basah..ayam & ikan
tak jadi buat swab test, lapor diri kat sini, dapat seekor ayam
segan den, mak saya lah, nak juga pi ambik..haha..
tapi pakai mask takde lah segan sangat..hihi..

nampak dalam whatsapp group, kawasan rumah masuk rancangan MHI, ada lintas langsung..
harap berakhirlah PKPD ni seperti dijadualkan hari Jumaat ni..

#staysafe  #kitajagakita

Sunday, 11 July 2021

Royale Chulan Kuala Lumpur

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..

Dengar berita yang Hotel Istana dah nak ditamatkan operasi. Terkesan dengan pandemik Covid-19. Tak dapat bertahan lagi..

Kenangan di Hotel Istana..dalam entry Sua Sue Kemoning Istimewa Raja.

Kali ni nak review satu hotel resort di kota metropolis Kuala Lumpur.

Royale Chulan Kuala Lumpur.

Kenapa resort hotel? 

Sebab senibinanya ala-ala resort, senibina Melayu-Terengganu, dihiasi dengan ukiran kayu..

Hotel 5-bintang di Jalan Conlay ni ada dua pilihan, ada bilik hotel dan juga apartment servis. Jumlah kesemuanya ialah 402 bilik.

Jom tour hotel...suka interior pun Malay-inspired architecture..banyak kemasan kayu, ukiran kayu...

main entrance
 
lounge
 
reception
 
cafe
 
Laman Mahsuri
 
Jom tengok bilik hotel..semua ni ialah suite room..
 
cool..ada balcony..
 
jengok ke bawah 

swimming pool
 
 jom ke apartment servis

laluan ke bilik-bilik apartment
 
 
antara restoran yang ada di sini
 
TaiPing Chinese Restaurant & Bunga Emas
 
Jom keluar..ke tengah kawasan..
 
swimming pool

Royale Chulan Kuala Lumpur diantara hotel milik syarikat Bumiputra yang ada di tengah kotaraya. Semoga dapat bertahan..

Wednesday, 7 July 2021

Edisi Kenangan: 1901

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran dengan edisi kenangan sebelum berpindah ke pejabat baru.

Memandangkan keadaan sekarang ni, tak tahulah bila boleh masuk pejabat semula. Entah2 masuk pejabat untuk kemas barang je, kemudian terus masuk pejabat baru..hehe..

Edisi kenangan kali ni ialah outlet fastfood 1901 di Wisma FGV, Jalan Raja Laut. Outlet jual sosej, juga dipanggil 'hotdog'. Ada ke yang pernah beli? Pernah makan hotdog jenama ni?

Dulu femes fast food ni, lepas tu senyap, sekarang muncul semula..sejak tahun lepas..syarikat Bumiputra..

di sudut bangunan
photo ni diambil pada bulan Mac 2021
harap-harap masih wujud lagi
 
tempat membeli
 
macam-macam jenis - harga RM7.00  & RM8.00
 
coney hotdog

Sedap juga, tapi biasalah tak kejap perut makan ni berbanding makan nasi. Buat minum petang bolehlah kan..atau yang nak makan something yang ringan..

Kalau ikut perancangannya, September nanti dah boleh ucap selamat tinggal kat kawasan ni, InshaaAllah..ooo..dah tak lama lagi..sayonara..