Tuesday, 10 August 2021

Salam Maal Hijrah 1443H

 Selamat datang Tahun Baru Hijrah 1443


 Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti

Sunday, 8 August 2021

10 Chinese Drama genre ''Time Travel''

Nihao..

drama review again..kali ni genre kegemaran saya..'time-travel'. 

Kisah orang yang hidup di zaman sekarang (kurun ke-21) tercampak ke zaman dahulu kala. Majoriti drama yang ditonton, female lead yang selalu time travel. Samada heroin masuk ke dalam badan gadis yang hidup di zaman dulu atau jadi diri sendiri. 

Suka tengok heroin yang badass, strong head, bijak, yang dapat menghadapi masalah semasa hidup di zaman dulu dan mencari jalan untuk kembali ke zaman sekarang.

Jom tengok 10 drama China Mainland yang bertema time-travel..

1. Bu Bu Jing Xin (Scarlet Heart) (2011)

Drama genre time travel yang pertama ditonton. Dah lama tengok sebelum remake oleh produksi Korea Selatan. Kisah heroin yang tercampak ke  zaman Qing Dynasty yang rajanya ketika itu ialah Maharaja Kangxi. Dalam drama ni, dia masuk ke dalam badan Maertai Ruoxi, anak seorang general.

 

Heroine terlibat dengan percintaan diantara Putera 4 and Putera 8 dan juga perebutan takhta oleh putera-putera Maharaja Kangxi. Dengan pengetahuan mengenai sejarah Qing Dynasty, dia dapat survive di zaman ni.

Drama ni ada Season 2. Cerita di zaman moden pula. Lanjutan kisah cinta heroin dengan Putera 4. Dua-dua season tak habis tengok, entah macam bosan jalan ceritanya. Season 2 lagilah slow pace. Lebih suka versi Korea Selatan, lebih menarik plot ceritanya.

Season 1 : 35 episod
Season 2 : 39 episod


2. Dreaming Back to Qing Dynasty (2019)

Produksi yang sama dengan drama Scarlet Heart. Kisah heroin, Qiang Wei, seorang arkitek muda yang sangat berminat dengan senibina Kota Larangan (Forbidden City). Pada satu hari, dia kena pergi pinjam buku di perpustakaan Forbidden City. Masa nak keluar, hari dah gelap, sebab di musim sejuk, pukul 5 petang dah gelap. Dia sesat dalam Forbidden City dan terjumpa dengan seorang nenek. Nenek tu bagi dia satu tanglung lama untuk dia guna cari jalan keluar.

Setiap kali dia nyalakan tanglung lama tu di rumahnya, akan muncul Putera ke-13 Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing. Putera ke-13 ni hidup 300 tahun yang lalu. Setiap kali Putera ke-13 tidur, dia akan bermimpi time travel ke zaman sekarang (kurun ke-21) dan muncul di rumah heroine. Putera ke13 selalu tolong heroine mengenai selok-belok bangunan di Forbidden City. Heroin dan Putera ke-13 saling jatuh cinta.

Pada satu hari, satu fenomena luarbiasa berlaku yang menyebabkan heroin tercampak ke Dinasti Qing dan masuk ke dalam badan Yalaerta Ming Wei, anak seorang pembesar. Dia terpilih dalam acara pengumpulan gadis-gadis untuk dijadikan isteri/gundik/dayang di istana Forbidden City. Di sini, dia bertemu semula dengan Putera ke-13 dan anak-anak Maharaja Kangxi yang lain. Dia berkahwin dengan Putera ke-13. Heroine terlibat dengan kancah politik istana dan juga komplot jahat kakak tiri dia.

Tak habis tengok, langkau terus ke episod akhir. Kiranya happy ending jugalah, heroin dapat kembali ke zaman moden. Semasa travel, dia berjumpa dengan lelaki seiras Putera-13.

Jumlah episod : 40

 

3. Palace : The Lock Heart Jade (2011)

Drama ke-3 time travel ke Dinasti Qing. Kisah lebih kurang sama dengan drama Scarlet Heart. Heroine terlibat dengan percintaan Putera-4 dan Putera-8 serta perebutan takhta diantara putera-putera Maharaja Kangxi. Tapi dalam drama ni heroin jadi diri sendiri, tak masuk dalam badan orang lain. Heroin tiba-tiba jatuh dari langit  semasa acara nyanyian di zaman Dinasti Qing. Semua orang pelik tengok dia.

Heroin guna kepandaian dia untuk survive, sampaikan dia diculik dan dipaksa  jadi dayang/penasihat kepada gundik Maharaja. Plot cerita best tapi malas nak sambung tengok sebab drama lama, tak berapa berkenan tengok pakaian, setting..haha...

Jumlah episod : 39


4. Oh! My Emperor (2018)

 

Drama mengisahkan seorang doktor pelatih bernama Luo Fei Fei yang merawat seorang penyanyi muda. Penyanyi tersebut jemput Fei Fei ke konsert dia. On the way ke konsert, Fei Fei kemalangan dan pada masa yang sama berlaku perubahan meteor. Fei Fei tetiba muncul di Kingdom Huang Dao Guo yang diperintah secara bergilir mengikut 12 bintang zodiak. Emperor ketika itu ialah Beitang Yi dibawah zodiak Capricorn. Muka Beitang Yi ni sama dengan penyanyi muda yang dirawat oleh Fei Fei. Plot cerita macam mengarut je, tengok 2 -3 episod, tak sambung tengok...ada season 2 juga..

Season 1 : 21 episod
Season 2 : 21 episod


5. Cinderella Chef (2018)

 

Drama mengisahkan heroine, seorang chef yang tercampak ke zaman dulu melalui time machine yang dicipta oleh pelanggan dia. Dia masuk ke dalam badan perempuan bernama Lady Ye yang diculik oleh sekumpulan penjahat (bandit). Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang pengintip raja yang menyamar sebagai adik ketua penjahat. Tak habis menonton. Tak sukalah tengok watak heroine, nak kekalkan fesyen seksi zaman moden dan asyik melawan cakap suami dia..
 
Jumlah episod : 56

 

6. The Eternal Love 1, 2 & 3

 

Drama ni tengok season 1 & 2 je, yang season 3 tak habis menonton. Pasangan yg sama dalam drama You Are My Destiny (Fated to Love You).
 
Drama mengisahkan heroin, Xiao Tan, seorang ejen hartanah, yang kembali ke zaman dulu dan masuk ke dalam badan anak seorang pembesar kerajaan bernama Tan Er semasa Tan Er nak bunuh diri sebab kena kahwin dengan Lian Cheng, Putera ke-8. Tan Er sebenarnya bercinta dengan Yi Huai, abang Lian Cheng. 
 
Disebabkan hal ni, Tan Er ada dua personaliti, satu watak perempuan yang lemah lembut (Tan Er) dan satu lagi perempuan yang aktif, periang dan berani (Xiao Tan). Bila Tan Er/Xiao Tan bercakap bohong/menipu, personaliti mereka bertukar. Suami dan dayang Tan Er jadi keliru dan pening kepala dengan Tan Er. 
 
Xiao Tan berusaha untuk balik semula ke zaman moden dengan mencari katil lama yang dia berbaring semasa dia masuk kedalam badan Tan Er. Menarik juga drama ni..Season 2 pula kisah hero & heroine di zaman moden tapi sekejap je, kemudian balik semula ke zaman dulu. Season 3 pula hero tak ingat heroine. Heroine pula kena cari jalan untuk pulihkan ingatan hero. Season ni tak habis menonton..
 
Season 1 : 24 episod
Season 2 : 30 episod
Season 3 : 30 episod 
 

7. To Get Her (2019)

Drama mengisahkan hero, seorang penyanyi, yang tersangkut dalam video game genre zaman dulu. Teman wanita dia terpaksa masuk ke dalam game tersebut untuk menyelamatkan dia dan bawa dia keluar dari game dan kembali ke zaman sekarang. 

Dalam game, mereka jadi suami isteri, Third Prince dan Third Prince Consort. Tetapi hero tak ingat siapa dia sebenarnya selepas jatuh dari kuda. Heroine yang terpaksa mencari jalan supaya hero jadi King iaitu syarat untuk mereka kembali ke zaman moden. Best juga plot drama ni, hero berjaya kembali tetapi heroine tak sempat balik. Hero masuk semula dalam game untuk selamatkan heroine.

Jumlah episod : 30


8. The Romance of Tiger & Rose (2020)

Drama mengisahkan heroine, seorang penulis skrip drama, yang ada isu dengan hero drama yang dia tulis. Hero tak nak berlakon ikut skrip yang dia tulis. Heroine offer untuk tulis semula skrip. Semasa menulis semula, heroine terlelap, kemudian masuk ke dalam drama yang dia tulis, sebagai Third Princess. Kalau ikut skrip asal yang dia tulis, Third Princess akan mati dibunuh oleh hero dalam episod ketiga. Heroine berusaha untuk menyelamatkan diri dia dan juga hero dengan mengubah plot cerita. Menarik juga drama tapi tak habis menonton.

Jumlah episod : 24


9. Unique Lady (2019)

 

Drama mengisahkan heroine yang kembali ke zaman dulu melalui dating simulator game. Dia kena cari cinta sejati untuk kembali semula ke zaman sekarang. Dia berjumpa dengan beberapa lelaki yang gagah perkasa daripada bodyguard diraja, pakar pemain pedang, orang kaya dan putera raja. Ada sambungan ke zaman moden. Tak habis menonton..
 
Part 1 : 12 episod
Part 2 : 12 episod

10. My Heroic Husband (2021)


Drama mengisahkan hero, seorang ahli perniagaan yang kembali ke zaman dulu dan masuk ke dalam badan seorang ahli akademik (scholar) yang miskin yang akan berkahwin dengan seorang wanita yang ada perniagaan kain. Dia menjadi house husband (matrilocal). Tapi berbekalkan kemahiran dia sebagai ahli perniagaan, dia kemudiannya menolong business isteri dia dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka. 
 
Drama ni kelakar, rupanya ramai lelaki yang jadi 'house husband', siap ada akademi latihan untuk suami-suami yang duduk dirumah. Hero kemudiannya terlibat dengan urusan negara bila kawasan mereka kena serang dengan musuh. Dalam drama ni, hero macam suka je tinggal di zaman ni, takde usaha nak kembali ke zaman sekarang. Ke ada, entahlah belum habis menonton, takde mood nak sambung..kebanyakan pelakon dari drama Joy of Life.
 
Jumlah episod : 36 
 
 
Ada drama yang best, ada yang ntah apa-apa plot ceritanya, tapi kebanyakannya tak habis ditonton..haha..kecuali the Eternal Love 1 & 2 dan To Get Her.

Bolehlah try tengok, tapi drama China ni memang banyak episodnya..memang cepat bosan jadinya..

Friday, 6 August 2021

Ratu Musang...si hitam manis pun ada..

Salam Jumaat

dah tak dapat menahan..baca dalam blog Ako..

teruih pi cari..

Durian Tekka @ Musang Queen
 
Nikmatnya, durian tekka ni, seperti yang digambarkan
lemak manis, isi tebal, biji kecil, halus isinya
puas hati, dah jadi my feveret
 
Dah lama tak makan manggis
beli manggis juga
 
putih bersih isinya
 
 Jom buat ujian
depa kata kalau nak tau berapa ulas isi manggis 
tengok dekat tamput kat bawahnya
 
dari kiri - tujuh, lima, enam tampuk
 
ambik yang lima tampuk
 
betul..ada lima ulas dalamnya
Subhanallah..Allah Maha Pencipta..

 Musim buah-buahan tempatan dah semakin hampir melabuhkan tirai...

buah langsat yang last kan..

enjoy it sementara ada..wallahu'alam..