Friday, 11 February 2022

Bakso Beranak @ Warung Sidomulyo

Cuti hari Khamis minggu lepas, cadang nak jumpa kawan di Kampung Sungai Mulia, Gombak.

Cari lokasi di Google map. Biasalah kan, bila scroll map tu, akan muncul disana sini icon sudu & garpu (lambang tempat makan). Kita pun riki-riki lah tempat makan kat kampung tu..ternampak kedai makan Sidomulyo ni..

Baca review ada jual bakso, mi ayam, ayam penyet..makanan dari seberang..

Tak jadi jumpa kawan sebab dia kerja, jom singgah kedai makan Sidomulyo..sudi mampir...

Kedai makan Sidomulyo

Tricky juga nak mencari kedai makan ni. Maklumlah, jalan dalam kampung, lorong-lorong kecik je, seriau juga kalau berselisih dengan kenderaan lain..

Macam-macam bakso ada - bakso mercun, valcano, beranak
ok, nak try bakso beranak

Jom kita masuk duduk. Kedai makan depan rumah.  Ada dua pilihan. Nak duduk di meja atau lesehan (makan bersila)..pilih makan dimeja aja..

tempat lesehan
 
Yang dipesan sudah tiba
 
sebiji bakso beranak. Yang senyum tu bekas air minuman
 
menunggu masa

dah beranak. ada tiga empat biji telur puyuh dan juga tauhu
 
ada mee juga, macam mee segera
 
the verdict: enak juga dong baksonya..cuma sup dia banyak bahan perasa..
kalau supnya macam sup utara, perghh..lagi mantop..
 
harga : bakso - RM12.00
 
Bolehlah..recommended !

Thursday, 10 February 2022

Kenali Adiguru Kraf Malaysia

Salam semua..

Masa check folder My Pictures, rupanya ada lagi gambar di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay. Gambar tahun 2020.

Jomlah buat satu entry.

Masa tu ada pameran Adiguru Kraf (Master Craftmen). Tak pasti samada pameran kekal atau sementara, kena pi check. Pengetahuan am tentang Adiguru Kraf, artis yang mahir dalam bidang seni kraftangan.

Entry lain tentang Kraftangan Malaysia, boleh jenguk entry ni..

Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Kompleks Kraf Kuala Lumpur Part 2
Kompleks Kraf KL : Revisited
Ribu-Ribu
 
60 adiguru telah diikhtiraf
 
 Adiguru Ishak bin Kassim
 
cemerlang dalam bidang ayaman rotan
menggabungkan corak tradsisional, komtemporari dan geometri
seperti corak Mata Punai, Tulang Belud, Sisik Ikan
Heksagon & Oktagon
 
Adiguru Che Isa bin Che Samat
 
mahir membuat serunai
dan juga peralatan muzik lain seperti rebab, gong, gedombak
gendang ibu dan anak, geduk dan watak wayang kulit
 
Adiguru Jamawid bin Haji Soh
 
 
 pembuat parang Bajau

parang Bajau
hasil kreativiti beliau dapat dilhat pada ulu parang
 
Adiguru Hajah Habibah binti Zikri
 
penenun songket
ni songket ke batik..entahlah..

Adiguru Norhaiza bin Noordin

 
ukiran kayu
 
Adiguru Zulkafly bin Pandak Bedin
 
pembuatan seramik
 
bekas seramik

 
 Ramai sebenarnya adiguru dalam pameran ni. cuma ambik gambar ni saja.
 
cantik-cantik hasil kerja adiguru

Wednesday, 9 February 2022

Terbiar sepi...

ditelan arus teknologi..

 

Mesin fax

sejak ada emel dan kemudian whatsapp, Google drive, dah hilang fungsi mesin faksimili ni..lama-kelamaan akan jadi scrap..

ahkak pun tak ingat, bila kali terakhir guna fax ni..masih ada lagi disini
jadi perhiasan pejabat..

 Mesin taip manual @ Typewriter 

Yang ni pun sama, dah terdampar sepi. Tiada lagi yang guna. Dulu ada juga steno guna untuk taip sampul surat. Nampaknya akan sama riwayat dengan mesin fax.

Benda-benda yang pernah berjasa kepada kita, sekarang dilupakan

sekarang zaman digital, selamat tinggal zaman analog 

life goes on