Alhamduiillah, hari minggu lepas, hari untuk bersosial. Hari Sabtu, pergi kenduri, hari Ahad ada jamuan raya..
Kenduri kahwin
Majlis kenduri anak sahabat kakak di Biznaz Insya Hall di Viva Shopping Centre, Jalan Loke Yew, KL.
Pertama kali jejak kaki di sini
pelamin dan kumpulan muzik
nasi hujan panas
sesuai dengan cuaca di KL, pagi ke tengahari panas petang hujan
Diluar dewan pula, ada pelbagai juadah sampingan
ada cucur udang kuah kacang, laksa, mihun sup kemudian ada spagetti olio-oglio
ada ais-krim dan hipster coffee - Nipoh Coffee
Alhamdulillah, sedap-sedap juadah yang disediakan
Jamuan raya
Jamuan raya anjuran PAS Wilayah Persekutuan di tapak pasar malam Taman Dato' Senu. Majlis secara rasmi bermula pukul 11 pagi.
masih menyiapkan hiasan gerai
Berkonsepkan gerai-gerai, pelbagai makanan disediakan. Ada nasi beriani, gulai kawah, kari kambing, laksa, sup kedai Sururi yang femes, lemang/rendang, nasi impit, kuah lodeh, cendol dan minuman.
gerai nasi beriani
air kathira, air vanilla strawberi, air sunquick
dan air soya
YB Putrajaya & isteri sudi hadir
Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir, habis semua makanan yang disajikan sebelum pukul 3.00 petang. Sedap-sedap makanan yang disajikan..
Tak lama kemudian, hujan pun turun selepas selesai majlis, menyejukkan suasana untuk para petugas berkemas-kemas..Alhamdulillah..