Wednesday, 21 August 2024

Restoran Hua Long Mee Tarik

Mee Tarik lagiii...hihi..

Restoran Hua Long Mee Tarik di PV128, Jalan Genting Klang...restoran baru, dulu pergi belum ada lagi..

the venue
 
 

 interior dalam restoran

Jom tengok menu

standard menu di restoran mee tarik
 
menu daging
 
my order - braised beef dao xiao noodles
diatas tu - organ dalaman lembu - paru, pedal berempah
 
mee dia lebar dan tebal..kenyang makan..
 
my sister order braised beef noodles
mee tarik biasa
 
minuman - chinese tea. order juga side snacks
 
sate kambing

fried dumplings

Jumlah bayaran RM57.30..oklah, reasonable harganya
 
Ini restoran mee tarik yang terkini yang saya dikunjungi, tak termasuk makan mee tarik di Asia City Cafe..yang tu dah banyak kali makan..
 
Di dalam blog ni, ada lagi 14 entry mengenai restoran mee tarik yang pernah saya kunjungi di Kuala Lumpur dan juga di Xi'an dan Beijing di China..
 
Jom lihat senarai..

1. 19 Ogos 2024 - Mee Tarik Mulanke Lan Zhou @ Sky Awani, Sentul
2. 31 Julai 2024 - Zhang Lala Mee Tarik @ Bukit Bintang
3. 22 Julai 2024 - Sunny Garden @ PV128, Jalan Genting Klang
4. 2 May 2023 - Restoran Lan Zhou Mee Tarik @ KLTS, Jalan Gombak
5. 7 Mac 2023 - Mee Tarik Warisan Asli @ Sogo KL
6. 27 Feb 2022 - Restoran Mee Tarik Kungfu Ramen @ Taman Melawati
7. 5 Nov 2021 - Restoran Chef Ma Mee Tarik @ Jalan Genting Klang
8. 22 Nov 2018 - Mi Tarik Silu @ Jalan TAR (dah tutup)
9. 20 Mac 2017 - China : Beijing - Sichahai & Olympic Park
10. 20 Disember 2016 - Xi'an - Finale
11. 15 Disember 2016 - Xi'an - Petang Jumaat di Muslim Quarter
12. 12 Disember 2016 - Xi'an - Muzium Qin Shi Huang & Mee Tarik
13. 23 Mei 2015 - Salam Noodles @ Cyberjaya
14. 30 Mac 2015 - Mee Xinjiang @ Mee Tarik Warisan Asli, PV128 (dah tutup)

Pertama kali makan mee tarik ialah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli di cawangan pertama mereka di Sungai Besi, sebelum tahun 2015. Pernah juga makan di cawangan mereka di Jalan Dang Wangi (dah tutup) dan di Bandar Baru Bangi..
 
Begitulah berjodohnya dengan mee tarik...dulu, kini dan selamanya InsyaAllah..tak pernah jemu..sekian..

WW #34 : Mudahnya berinfaq..

 Mudahnya bersedekah..guna apps je..

Lokasi : Menara Bank Islam, Jalan Perak, KL

kod QR masjid-masjid dan juga surau-surau
diseluruh Malaysia

sekolah agama, musolla sekolah, yayasan

Tuesday, 20 August 2024

Makan cendol & spagetti @ Nan & Co

Kisah tahun 2023..tak tahu samada gerai ni ada lagi ke tak, maklumlah sekarang ni majlis sedang agresif buat tindakan basmi kedai-kedai haram..hopefully ada lagi lah..

Gerai depan apartment Seri Menanti dan Sri Ara di Ara Damansara...gerai western yang sedap..Nan & Co namanya... 

redup suasana di dalam kehijauan
 
ada 2 gerai berkembar - Nan & Co dan Koopang
 
Koopang - gerai nasi campur

suasana dalam gerai
 
Selain makanan western, ada juga jual cendol, laksa & kuih muih

menu gerai cendol & laksa

cendol yang sedap

spagetti yang sedap

Kalau ada di Ara Damansara, bolehlah singgah di sini. Parking tepi jalan je, kalau kena saman, nasiblah kan...haha...