Thursday, 16 January 2025

Kunming, China - Meronda Shopping Complex

 Masih lagi di hari pertama di Kunming...hari yang panjang..

Selepas solat, keluar lagi meronda...kali ni depan hotel je...

Ada 2 shopping complex yang gempak, nampak happening sangat..

di simpang jalan utama & jalan depan hotel
jalan depan hotel ni namanya Yanhe Road
Jalan utama ialah Dongfeng West Road
 
traffic jam di Dongfeng West Road
orang balik kerja, masa ni pukul 7.51mlm
 
 
Wang Fujing retail mall
 
perghh...tingginya open-air escalator..
 
sayup tengok kat bawah
 
first time tengok kedai alienware
jual alat-alat gaming, Dell punya
 
Kitaorang just ronda-ronda, jalan-jalan melihat kawasan
luas betul shopping complexnya, bersambung dengan
Shun Cheng retail mall
 
deko cendawan..
daerah Yunnan mmg terkenal dengan cendawan
 

 Shun Cheng retail mall
 
 
Wang Fujing
 
Gerai-gerai jual souvenirs
  
Takde beli apa2, cuma jalan-jalan menikmati suasana malam di Kunming
balik hotel, kemas beg, esok kena check out awal pagi..
nak ke Lijiang naik keretapi..

Kunming, China - Old Street (Part 2)

Sambung kisah jalan-jalan di Kunming Old Street..

Terjumpa beberapa kedai halal di sini....

 

 kedai jual daging grill

jual penkek

jual sate kambing, ranting kayu tu untuk cucuk daging kambing

Berjalan balik menuju ke arah metro station, ternampak gerai-gerai comel ni..

cantik gerai macam ni, tapi malas lak nak pi riki2..
 
kawaiiii..
 
kami lalu di sini otw ke metro station
singgah kat satu gerai jual sikat kayu
 
Dah sampai di Wuyi Road station..
 
banyaknya e-bike untuk kegunaan awam
 
dah pukul 6.05 petang, masa untuk makan malam. Cadang nak makan di tepi Masjid Shuncheng, banyak pilihan..
 
serem tengok nama kedai
adakah haiwan melompat itu menu utama? 
kalau di sini, mungkin juga 
 
Dah sampai di tepi Masjid Shuncheng, cuma kedai ni je yang buka malam-malam
 
kedai grill-grill
 
oo..ada goreng-goreng juga..Alhamdulillah..
 
pelbagai menu goreng-goreng
 
kami order nasi goreng daging dan juga pilih cucuk-cucuk untuk dibakar
 
pelbagai ramuan dan herba dalam 4 tin tu
 
kita bakor
 
nasi goreng daging...enak banget...
 

grill daging, tauhu & sayur kobis cina
 
Alhamdulillah, nikmatnya dinner 
 
on the way ke hotel, lalu depan kedai kuih-muih
 
 singgah beli roti ni untuk breakfast esok pagi
 
ini tak tau kuih apa
 
view kawasan old street daripada hotel
dekat je dengan hotel, seberang jalan besar
 
Balik hotel, berehat dan solat, sebelum keluar semula, menikmati suasana malam
meronda lagi...malam masih muda.. .

Wednesday, 15 January 2025