Rabu, 23 Oktober 2024
Aktiviti hari ni ialah ke Jade Dragon Snow Mountain National Park, ke utara Lijiang old town. Juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain. Kawasan ni ialah tarikan utama di Lijiang.
Sebenarnya, dah booking dan bayar tour pakej di Trip.com. Tapi seminggu sebelum berangkat, dapat notis yang Glacier Park Jade Dragon Snow Mountain ditutup seminggu untuk kerja-kerja pembaikan..huhu. kena pulak dengan tarikh kami di sana. Takpelah, takde rezeki. Kita beli tiket Impression of Lijiang di Trip.com..
So, kita jalan sendiri-sendiri je lah...pukul 7.15 pagi, dah keluar hotel..
suasana pagi
menghampiri jalan besar, pandang kebelakang,
ada budak-budak berjalan menuju ke sekolah
Kami decided naik teksi je ke sana. Dekat jalan masuk ni, ada je teksi sedang menunggu. Nego dengan driver teksi, dapat tambang 120yuan.
Jauh perjalanannya..bila hampir nak masuk kawasan national park, ada pompuan² berdiri tepi jalan. Depa pegang mesin pengimbas kad dan QR code. Disini kena bayar 100yuan untuk bayaran masuk national park. Boleh bayar guna Alipay..
Dari tempat bayar tadi, ingatkan dah dekat...rupanya jauh lagi...haha...
Alhamdulillah, akhirnya tibalah di Ganhaizi Tourist Centre, tempat parking dan ada beberapa bangunan besar. Kawasannya sangatlah luas. Tak tahu nak tuju kemana, ikut je flow orang ramai. Depa masuk bangunan ni, kami pun ikut masuk..
kaunter beli tiket ada di tingkat bawah
Dah sampai di sini, jomlah kita beli tiket naik cable car. Walaupun Glacier Park ditutup, ada 2 lagi pilihan iaitu Yunshanping (Spruce Meadow) dan Yak Meadow.
Ada sorang pakcik staff yang baik hati bawa kami ke kaunter tiket. Kami pilih cable car yang dekat iaitu Spruce Meadow. Harga tiket 60yuan. Bila tengok tiket, giliran kami pukul 12.30 tengahari...waduh, lama banget mau nunggu. Sedangkan tiket untuk Impression of Lijiang pukul 1.20 tengahari, ngakk sempat kalau mau berlarian antara dua tempat ni..
Pakcik tu cakap takpe, boleh gi Spruce Meadow belah petang. Dia pun tulis jam pukul 3.30 petang di belakang tiket. Dia kata pergi dulu Blue Moon Lake, kendian balik sini semula dan selepas habis Impression of Lijiang, pergi naik cable car ke Spruce Meadow.
Alhamdulillah, kami pun setuju dengan cadangan dia..jom naik ke atas untuk tunggu shuttle bus ke Blue Moon Lake. Sebab dah beli tiket cable car Spruce Meadow, tak perlu lagi beli tiket ke Blue Moon Lake. Kalau nak gi Blue Moon Lake saja, harga tiket 20yuan.
Perjalanan dari Ganhaizi ke stesen cable car Spruce Meadow lebih kurang 15 minit. Blue Moon Lake ni dekat dengan stesen cable car Spruce Meadow. Shuttle bus berhenti di sini. Kami beratur bersama-sama dengan mereka yang nak naik cable car untuk masuk ke kawasan parking buggy untuk ke Blue Moon Lake. Naik buggy ke Blue Moon Lake lebih kurang 5 minit.
Blue Moon Lake
">
ramai pelancong..kelihatan Yulong Snow Mountain dilitupi awan
dah habis ronda-ronda kawasan, tibalah masa nak balik semula ke stesen cable car. Bila tanya, rupanya buggy tu pergi ke satu tempat lain, kena beli tiket lagi. Pekerja tu cakap kalau nak balik ke stesen cable car, kena daki bukit dan berjalan kaki, dekat je..perghh, ni pakej hiking sekali..tinggi gak bukitnya..
Kami pun start mendaki bukit...ada pasangan pengantin buat photoshoot atas bukit ni. Walaupun penat, tapi view diatas ni memang awesome..
berhenti rehat
Sambung berjalan kaki ke cable car station
Sebenarnya, nak gi Blue Moon Lake, boleh naik shuttle bus je, takyah naik buggy. Selepas berhenti di stesen cable car Yunshaiping, bas akan terus ke satu lagi bus stop on the way balik ke Ganhaizi. Bus stop tu ialah untuk pergi ke Blue Moon Lake. Nak balik ke Ganhaizi, tunggu di bus stop tu sahaja, tak perlu ke stesen cable car Yunshaiping. Tak habis buat research...hehe..
Oklah, dah sampai di Ganhaizi. Jam pukul 11.24 pagi. Lama lagi nak tunggu Impression of Lijiang.
kawasan kedai, nampak ada KFC
singgah KFC, beli kentang putar, alas perut
Sementara tunggu Impression of Lijiang, kita masuk Museum of Glacier
Bergerak ke tempat Impression of Lijiang
harga tiket : RM109.065 per pax
Venue untuk Impression of Lijiang ialah panggung terbuka berlatarbelakangkan Jade Dragon Snow Mountain
Impression of Lijiang is a cultural show which demonstrates the traditions
and lifestyle of local Naxi, Yi and Bai ethnics of the area. The show gathers about 500 of the local
ethnic Naxi, Bai, and Yi people and other ethnic groups from nearby towns and
villages to participate in the performances. They dress in their ethnic
costumes and accessories to perform the singing and dancing, as well as
horseback riding and drumming and other activities.
Performance dalam bahasa Mandarin tapi ada penerangan dalam bahasa Inggeris. Menarik juga persembahan ni cuma cuaca tidak bersahabat, dekat nak habis, hujan turun dengan lebatnya..
Ada satu lagi aktiviti iaitu naik cable car ke Yunshanping (Spruce Meadow). Masa ni dah macam malas nak gi, tapi memandangkan dah beli tiket, on je lahh..tunggu shuttle bus..
Waktu petang tak ramai yang naik cable car. Sampai di atas, kena bayar untuk naik buggy untuk jalan-jalan di sekitar Spruce Meadow..di sini banyak pokok-pokok pines...malas lak nak berlama-lama diatas, just beli jagung bakar, makan jagung sambil tengok hutan dan gunung..hujan turun, langsung takde mood nak ambik gambar..
Spruce Meadow is a huge lawn hidden in the original spruce forest, with an elevation of 3,240 meters.Spruce Meadow is located at the lower right of the main peak of Yulong Snow Mountain (Jade Dragon Snow Mountain)
Sampai di Ganhaizi Tourist Centre, tengok ada teksi sedang menunggu. Driver perempuan. Dia guna meter, tambang lebih kurang 120 yuan ke Lijiang nan-men (south gate)..
Sampai di south gate, kita cari kedai makan halal...
Baik² ya orang kat sana. Sy entah bila nak sampai, mungkin tak akan sampai kot. Baca cerita Nohas pun dah cukup seronok seperti berada di sana.
ReplyDeleteunik batu tu...
ReplyDeletetenang je pemandangan waktu pagi, org masih belum keluar agaknya
terpukau tengok tasik yang bertingkat2 tu...buatan @ semulajadi?
ReplyDeleteNohas berkomunikasi dengan pakcik kat tempat tiket tu dalam bahasa Cina atau Inggeris ya?
ReplyDeleteBukan tak habis research tau, kadang memang tak terjumpa info tu masa kita buat research 😅
Lepas terkena atau dah susah payah, eh…baru jumpa. Tapi takpelah, semuanya jadi satu kenangan travel.