Monday, 27 January 2025

Lijiang, China : Cantiknya Lijiang Old Town (Part 2)

Sambung kisah jalan-jalan di Old Town Lijiang..

Dari Sifang Square, berjalan ikut signage, tak tahu nama jalan, ikut kaki melangkah, tetiba ternampak kedai kecil, menjual buah-buahan..jom singgah beli buah..

buah-buahan yang dijual, ada buah biasa, 
ada yang first time jumpa
 
buah ni tatau nama apa
rasa dan rupa dalam dia macam timun
 
yang ni buah jujube, pernah makan di Malaysia
 
Lupa pulak nak ambik gambar buah-buahan yang dibeli
semuanya buah yang dipotong..buat bekal.. 
 
ternampak sekumpulan gadis berpakaian etnik
membawa bakul berisi bunga dibelakang bahu
 
dihiasi bunga-bungaan
 
kawasan yang bersih
 
tempat gantung kertas ucapan, blur gambarnya
 
 Alhamdulillah, dah sampai di Giant Waterwheels, landmark Old Town Lijiang
 
Giant waterwheels
 
dua orang tourist berpakaian etnik
 
Giant waterwheels dan North Gate
 
Dah tak larat nak jalan, rehat sebentar makan buah. Lepas ni nak cari kedai makan.
 
gadis-gadis tengah prepare untuk jual bunga
lambat pula nak start, kami gerak dulu
 
berjalan ke arah utara, untuk keluar dari kawasan old town
 
singgah kedai buah ni pula
 
Ada buah yang pelik rupanya, baru pertama kali jumpa
 
macam buah hutan, rasa masam-masam sikit

buah ni rasa tawar je, makan isi dalam dia

bergerak lagi, cari restoran halal di sepanjang jalan besar, ada dua restoran
satu restoran biasa yang jual mi tarik, kebab, nasi goreng
 satu lagi restoran hotpot cendawan
 
tengok gambar, oo..kedai mi tarik..

 Nak mencoba yang lain pula, specialty Yunnan

Jom ke restoran hotpot cendawan..
 
bersambung..

Sunday, 26 January 2025

27 Rejab : Memperingati Peristiwa Agung - Israk Mikraj

 Assalamualaikum..Salam 27 Rejab 1446H..


Perjalanan Israk dan Mikraj Rasullullah SAW memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dalam kehidupan kerana azab Allah SWT amat pedih bagi mereka yang menderhaka kepadaNya.

Friday, 24 January 2025

Lijiang, China : Cantiknya Lijiang Old Town (Part 1)

 Meronda Lijiang Old Town.

Kawasan ni banyak lorong-lorong kecil, sungai-sungai dan jambatan batu
dihiasi dengan pokok-pokok bunga, pokok-pokok hijau
 
 

Jalan besar depan hotel

tenang je, tak ramai orang, masa ni pukul 3.30 petang
 
Kawasan hotel sedikit off dari kawasan komersil utama sebab tu tak ramai pelancong lalu-lalang 
di sini..kawasan ni lebih tenang..banyak juga kedai dan hotel di sepanjang jalan 

jengok ke dalam kawasan hotel ni, suka tengok banyak pokok bunga
 
cantikkkk
 
Masuk ke kawasan komersil yang havoc dan ramai pelancong
 

entrance ke lorong
 
Tujuan kami nak ke arah utara, nak ke market square (Sifang Square) dan Big Waterwheel yang jadi landmark Old Town Lijiang. Jom jalan lagi sambil tu snap gambar-gambar kedai yang cantik di sepanjang jalan
 
small market square

local with pakaian etnik Naxi

cantik kawasan ni

tourist pakai baju etnik
 
Di sini boleh sewa baju tradisional etnik untuk photoshoot
siap dengan make up dan headgear..keren banget!!
 
Ok jumpa signage ni

moh ke kanan
 
Xinyi Street ni ada kedai di kiri-kanan 
 
kedai dim sum daripada radish

ubi yakon buat dim sum

kedai souvenir - tanglung, poskad, buku
 
Ikut signboard, tersesat entah kemana, tapi ok je
jumpa tempat cantik, jumpa sungai dan jambatan
sungai kecik
 
kawasan cantik dan popular di sini
pokok-pokok bunga di tepi sungai

anak sungai 
 
lawa betul tempat ni
 
 
tourist melaram dengan baju etnik
 

kawasan yang banyak bunga

Dah puas snap2 gambar disini, jom sambung jalan...nak ke Sifang Square..

depa panggil 'Square Market'

 
Sifang Square
 
Dah sampai di Sifang Square, lepak2 dulu di sini, menghilang lelah
kemudian sambung berjalan, nak pi cari Giant Waterwheels..
 
 bersambung..