Wednesday, 23 May 2012

Langkawi : Agro-wisata

Assalamu'alaikum...selamat malam..
- semoga kita sentiasa memperbanyakkan zikir dan munajat 
kepada Allah SWT di bulan Rejab yang mulia ini -


Minggu lepas telah bermusafir ke Pulau Langkawi, permata Kedah..pulau sumpahan lagenda Mahsuri.  Kali ketiga menjejakkan kaki kesini, setelah kali pertama di tahun 90an, kedua di tahun 2002 dan kini di tahun 2012, terlalu banyak perubahan, too commercialise..10 awesome years.. 

Namun, ada sesuatu di sini yang sudah lama ingin saya lawati iaitu the Buffalo Park di Kampung Nyior Chabang. Jom kita berwisata alam dan haiwan..back to nature..mari tengok apa yang ada di sini..expect the unexpected..

Untuk sampai ke Buffalo Park, terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang hanya boleh dilalui oleh kereta dan motorsikal sahaja, kalau buat rombongan Cik Kiah naik bas, memang tak lepas, jauh juga dari jalan besar..

Mula-mula akan jumpa Buffalo Park ni, ditepi jalan, cantik kawasannya, macam ranch kat oversea. Disini ada kandang kerbau dan kilang kecil membuat keju dan pelbagai produk dari susu kerbau.  Bayaran masuk RM3.00 untuk pelancong tempatan.  

Pintu masuk
Macam-macam aktiviti bersama kerbau
Kerbau pun ada salasilah

Kerbau untuk tunggangan
 
Selamba je adik ni, kami yang tak tahan bau ta*k kerbau, menyucuk-nyucuk hidung, terus lari keluar..tak tahan woo..

Yang ni sedap.. ais krim susu kerbau
Dadih susu kerbau ..RM2.00 sahaja
 
Ladang yang kedua terletak dibelakang Buffalo Park tadi. Friendly Farms yang dikerjakan oleh orang Itali yang berkahwin dengan wanita tempatan.  Masa kami datang, Michael dan isterinya tiada di Malaysia, balik kampung di Itali.


Friendly Farms..memang friendly

Ladang lembu dan kambing
keju mozarella

Proses memotong keju..free tasting

Pagi esok terus buat pizza guna Langkawi Cheese, not bad..international standard, locally made..belilah produk buatan Malaysia.

Wednesday, 16 May 2012

Kisah Lempeng Separuh

Assalamu'alaikum..bertemu kembali..

Q : Apa dibawah tudung saji transparent ni?
A : Lempeng kelapa yang tinggal separuh


Lempeng kelapa yang tinggal separuh ini membuat saya terharu, sedih, syahdu dan bermacam-macam  lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan, tergenang air-mata saya melihatnya..bukan sebab ianya tinggal separuh, tetapi ada lebih BESAR disebaliknya - lambang kasih-sayang seorang ibu yang sentiasa mengingati anaknya ketika mengunyah makanan..

Mak saya memasak lempeng kelapa untuk sarapan pagi dan ketika saya keluar ke pejabat, lempeng tu belum siap dimasak lagi.

Balik dari pejabat dan sampai di rumah pukul 9.30 malam, saya terus makan nasi. Intai-intai juga dalam tudung saji ni, apa kebendanya ni? Pelik benor rupanya..

"Tu tempek nyor pagi tadi.  Tinggai kat kamu sikit. Masak gula merah"  

*tempek nyor=lempeng kelapa

Dushh..tersentap hati saya, tiba-tiba tergenang air-mata..alamak, mak aku simpan sarapan pagi tadi sebab aku tak sempat makan..adehh, terharu...sampai begitu sekali ingatannya, sedangkan aku pun dah lupa.. 

Walaupun dah sejuk dan keras, lempeng kelapa tu, saya makan juga sampai habis, walaupun dah makan nasi dua pinggan...kiranya itu supper saya untuk malam tu..

---------------------------------------------------

Seringkali kita melihat orang-orang perempuan memang handal-handal dalam membungkus lebihan makanan seusai majlis-majlis, mereka ini sentiasa ingat anak-anak dan keluarga di rumah..ada yang memanjangkan sedekah pada jiran-jiran..

Adakah kita sentiasa mengingati ibu-bapa ketika makan makanan-makanan yang enak-enak, lazat-lazat?

Saturday, 12 May 2012

Restart-revamp-rebrand..

Apa yang nak direstart? revamp? rebrand ni?  Blogs and blogging..baru nak memotivasikan diri untuk aktif semula...semoga dapat istiqomah..

Mula-mula sibuk nak berblog pada Julai 2008..berjanji sama Kerabat Keramat, nak buat blog. Memang bersemangat masa tu, blog is like a baby, setiap hari kena belai, tukar layout lah, tukar template le, insert tu, insert ni..godek sana, godek sini...berjam-jam cari template yang best-best di internet..install adverts..nuffnang le, google le...kongsi-kongsi ilmu macamana nak letak link, nak upload photo, video, animasi..satu proses pembelajaran untuk celik IT..

Kerabat Keramat laju (baca: banyak idea), entry dah banyak, saya belum pun mencapai angka 100...kura-kura dengan arnab...Dari belasan entry (2008) naik ke puluhan (2009), kemudian merudum ke belasan balik di tahun 2010, tahun 2011 paling kurang, less than 10...the rate of diminishing return..

Nawaitu untuk berblog ni sebenarnya untuk mencari tabung akhirat dengan menulis apa-apa sahaja tentang ilmu yang menjurus kearah itu, mengambil peringatan dari perkara kedua dari hadis Rasulullah SAW berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi  faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati. 

Tapi nampaknya telah tersasar jauh, walaupun ada sikit-sikit menyelitkan entry-entry seperti ini - tapi sebenarnya lebih banyak menulis hal-hal keduniaan, maklumlah, ilmu sedikit didada tapi kalau nak, boleh berusaha, hendak seribu daya..

Walau apapun genre penulisan, sematkan etika dalam menulis and juga memberi komen:

1) Jangan menghina/mencaci/berkata-kata kesat
2) Jangan menyebarkan fitnah..selidik dahulu informasi yang diterima.
3) Jangan mendedahkan aib orang lain
4) Menghormati tuan rumah (blog) - jangan buat macam blog komuniti, blog sendiri  

Alam cyber ini adalah dunia tanpa sempadan.  Sesiapa pun boleh masuk, blogwalking dan berselindung di sebalik kuncikata 'anonymous'. Kata-kata tanpa suara ni kadang-kadang lebih merbahaya..kadang-kadang mengundang salah tanggapan orang lain, peringatan untuk diri sendiri. Yang baik dari Allah SWT, segala kelemahan dari diri saya sendiri.  Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.

- saya suka blogwalking -

Thursday, 10 May 2012

Teşekkür Ederim

Assalamu’alaikum..

kembali bersiaran, setelah internet di block oleh Maxis.. sebabnya tak confirmkan personal data, maklumlah baru sebulan subscribe Maxis broadband, bertukor dari P1.com…alasannya Customer Service dia call, saya tak jawab, takut saya yang subscribe tapi orang yang guna..penyayang juga Maxis, really touched with your concern..tapi menambahkan stress je..

Lupakan saja cerita duka, sekarang nak cerita tentang ilif dari Turkiye. TEŞEKKÜR EDERIM or terima kasih or thank you or syukran jazilan..xie xie..kepada Yong Halima Moh Kembara kerana bersusah-payah mencari ilif untuk saya..very very late order, dah ditutup, gatei tangan tulis-tulis nak jugak, mencoba nasib. Sepeket kacang hazelnut dipos bersama..segar dari ladang di Kampung Derebi..leziz..

ilif, hazelnut dan sekeping nota

Ilif (pengosok badan) dikait dari bulu kambing biri-biri ni, rasa sayang pulak nak guna, kombinasi kaler yang menarik, hijau dan cream..kalau hijau dan putih, lagi sayang nak guna, nak letak dalam frame je…haha..*matilah dicop 'fanatik'..


close-up, ehh, dah bertuko kaler...teknik pencahayaan yg betul
Kemas dan berseni..teringat pada hasil kaitan teman dulu, jauh panggang dari api..malu teman nak tunjuk..jangan tak percaya teman dulu pernah belajar mengait jarum satu (crochet)..yang jarum dua tu (knitting) tak reti teman, terkial-kial, otak kanan dan otak kiri bercelaru..

Jengg, jeng, jeng...my unfinished masterpiece..inilah yang pertama dan terakhir, gamaknya..

haha..diatas kembang, dibawah nampaknya menguncup..silap kiraan..




Janganlah ditanya bila tarikh kejadian benda ni, teman pun dah lupa..mungkin 10, 15 tahun yang lalu..nak sambung balik? Hmm..dah lupa, tak save teknik kaitan didalam hard disk memori...

Sekarang ni ramai dah tak guna kaitan bulu kambing ni buat alas meja, chair back..old skool, katanya..

Baa baa black sheep, have you any wool?
Yes, sir, yes, sir, three bags full..

Friday, 27 April 2012

Kompleks perniagaan yang straight ni....................

membosankan juga..sebenarnya..

Cuti baru-baru ni, pergi check out Publika, di Solaris Dutamas.  Sebenarnya dah lama nak gi, nampak dari luar, macam gempak je. Lokasi, dekat Istana Negara yang baru.  Berdepan dengan Duta Tropika, di Taman Sri Hartamas..

Disebabkan kerja di bidang hartanah ni kena selalu update dengan pembinaan2 baru, tak kiralah bangunan pejabat, shopping complex, kawasan perumahan termasuklah highways, kubur, dllSemuanya akan affect nilai aka harga hartanah. Lagipun, banker selalu tanya, klien pun tanya, kena tahu dan ambik tahu..baru boleh story kat klien..

Publika ni sebenarnya cuma kedai-kedai dua tingkat, diatasnya ruang pejabat. Sama design dengan Solaris Mon't Kiara, kira adik-beradik, cuma lokasi saja berbeza. 

Design yang straight line, sebenarnya untuk maksimum visibility to the shoppers..retail psychology..supaya semua kedai-kedai berada di lokasi yang dapat dilihat oleh pengunjung, sama rata semua, tiada yang tersorok, tersembunyi..kena intai-intai, baru jumpa..



tapi ianya sebenarnya boring juga..rasa macam exercise untuk saie saja..jalan straight, patah balik, check hand-out. Setiap division ada kod warna, yang biru seperti diatas, central division, merah untuk east point. Jalan-jalan, jamu mata..ada musang king, ada raja kunyit..

lukisan di dinding
lembu emas mana lak sesat kat sini?
Jangan mengata retail complex ni..




Tapi design macam ni kiranya timeless..contohnya seperti Kompleks PKNS Shah Alam, tak lapuk dek hujan. Lagipun maintenance dan cleaning pun mudah..

Kompleks PKNS Shah Alam
  
Atau suka yang design circular..macam ini..

SACC Mall Shah Alam



Akhir kalam, apa-apalah, asalkan ada pitih..itu yang penting..design macamana pun..disposable income juga numero uno.

Friday, 13 April 2012

Biarlah Mereka Berkumpul di Istana baru.......

Kita pergi ke istana negara lama..pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14,11 April yang lalu. Bersama-sama pelancong-pelancong asing, menyaksikan istana negara lama yang sunyi. Jika di negara luar, kita gembira bergambar di depan pintu pagar istana, seperti Buckingham Palace, Imperial Palace, di sini kita gembira melihat pelancong asing bergambar riang gembira di depan Istana Negara..


Pintu masuk utama ke istana negara lama



Berteduh di wakaf, di sebelah istana, jadilahh..


Kenangan di tahun 2003 di laman istana negara lama di Majlis Jamuan Teh
semasa Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong ke-12

Ingat nak ambil gambar candid, tiba-tiba ada pulak yang posing baik, janganlah ditanya siapa mereka ni, saya pun tak tahu..semua sedang menunggu YDA lalu di karpet merah itu..

Berita baik..

Ada pameran start minggu depan..jom beramai-ramai, masuk istana..

SEBELUM ke istana negara, kami singgah menjamu selera di gerai ikan bakar Jalan Bellamy, di belakang istana, famous ikan bakar ni di KL..

Jalan Istana, masih relevan lagikah?


Lunch like a king..cencaru & pari bakar shj


Surau depan gerai Seri Menanti


Selalu ditunggu dua kali setahun, menjelang hari raya, disini pejabatnya..

Daulat Tuanku..raja dan rakyat berpisah tiada..

Saturday, 31 March 2012

Party@17th Floor

Semalam hari Jumaat, 30 Mac 2012, ada birthday party untuk staff yang sambut hari lahir di dalam bulan Januari, Februari dan Mac. Dah lama tak buat jamuan-jamuan untuk staff, sekali-sekala to unwind, stress kerja..


Senator Dato Rahim sedang baca senarai staff yg sambut birthday


sabar menanti, foodies on display



two cakes & satay



the end

Friday, 30 March 2012

Catatan Perjalanan di era 90an

Entry ini sekadar untuk rekod, tiada niat apa-apa, no hidden agenda..

Pasport lama ni dah berusia 22 tahun rupanya, expired tahun 1995, kemudian di renew sehingga tahun 2000..


Masih teringat lagi, pada pagi 6 Januari 1990, selepas subuh, aku dan ayah ke stesen bas, naik bas express pergi ke Ipoh untuk buat pasport ni, berhenti di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, sekarang ni dipanggil Ipoh lama (old town gitu). Tak ramai orang berurusan di kaunter Jabatan Imigresen, yelah zaman dulu lagipun dekat Ipoh pulak, tak ramai orang yang nak pergi oversea kot..

Selepas urusan selesai, sementara tunggu pasport siap, pergi ngeteh...masa ni order teh ais..ayah siap sound, pepagi minum ais, lemah badan (Dato Aziz Satar pun bagi petua yang sama)..dahaga maa, dapat minum ais memang heaven..masa tu bebudak2 lagi..bebudak? budak mentah baru nak kenal dunia..

Tak dinafikan paspot ni banyak sungguh kenangannya, rasa sayang nak buang, InsyaAllah, mungkin akan simpan sampai mati (grotesque punya statement)..menyelak helaian mukasuratnya (walaupun tak banyak dicop) ibarat menyelak memori kehidupan seorang aku..boleh buat bedtime story book sambil buat cross reference dengan album-album gambar lama.. ibarat irama dan lagu..

Rupa-rupanya aku keluar negara cuma dalam tahun 90an..bila berubah ke zaman milinenium..tahun 2000, tak diperbaharui walaupun ada lagi satu space lagi for renewal..maknanya aku tak keluar negara, paspot bercip pun baru buat haritu masa nak ke Bali....2004-2006 were turbulence years, 2007-2008 zaman kebangkitan semula..what an experience..a bitter one, swallowed hard..

Oh ya.. ada sekali keluar negara pada tahun 2002, tapi guna pasport lain..huh, pasport lain?? nantilah lain kali cerita…

Menurut pasport (bahasa buku teks), pertama kali aku keluar negara ialah pada 1 Mac 1990, ke Singapura. Rombongan sekolah , lawatan sambil belajar. Tu yang kelam-kabut buat pasport , sebenarnya boleh ambil visa sehari, tapi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah buat pasport, untuk kesenangan di kemudian hari…

Sebelum ke destinasi seterusnya, sekitar bulan Mei/Jun 1990, ada sekali keluar negara tapi ni tak tercatat di dalam pasport. Secara haram, ya..masuk secara haram ke sempadan Thailand. Selepas selesai kursus BTN di Kelantan dulu, ya, pernah hadiri kursus BTN..bukan sekali, tapi dua kali..hehe....Bukan secara haram sebenarnya, tapi Golok masa tu rasanya kawasan berkecuali..takde pasport pun takpe, guna IC sahaja. Memang tak bawa pasport, tak plan pun..Bunuh waktu, sementara tunggu bas malam..Masih teringat kata-kata kawan di tepi Sungai Golok..sebelah sana tu dah kira oversea lah..macamana boleh sampai ke sana, dah terlupa..

Pada 19 September 1990, bermulalah perjalanan seorang aku, berkelana ke negara penjajah, menuntut ilmu. The main purpose of doing this passport..Pertama kali naik kapal terbang, flight yang kira panjang juga - 13 jam from Subang Airport to Heathrow London..walaupun kelas economy, tapi at least Malaysia Airlines, selesa juga..kawan dapat Business Class sebab dressing dia kelass…tapi dia cakap tak best sebab takde kawan nak berhoray-horay, aeroplane tu Business Class dia tingkat atas..kami di kelas economy ni dah macam rumah sendiri..berjimba-jimba..

Pada 10 Julai 1991, aku balik ke Malaysia during summer holiday. London-Karachi-Subang sebab naik Pakistan Airlines. Macam naik bas, bisingnya tuhan saja yang tau, dengan bau kari, tapi makan best, nasi pilau/beriyani. Transit kat airport Karachi, naik plane lain ke Malaysia. Pakai gamble je balik, flight tiket balik ke London tak beli lagi. Masa tu mana ada internet, flight tiket kena beli kat travel agent.

Bila difikir-fikirkan balik, buat apalah balik Malaysia, lebih baik tour Europe ke, tour UK ke tapi masa tu takde kawan-kawan yang sekepala, semua fikir kumpul duit, nak balik Malaysia, nak kata homesick, takde la sangat. Ramai yang balik, aku pun ikut balik. Pengaruh kawan, sebenarnya boring giler duduk rumah sorang-sorang masa cuti summer.

Balik Malaysia, melilau cari travel agent nak beli tiket balik. Kawan beritau tiket Royal Brunei airlines murah juga, dia beli kat satu travel agent di Jalan Kampung Attap. Aku pun try juga, Alhamdulillah dapat, siap boleh bayar dua kali lagi..mungkin tengok muka aku yang kudus ni..hehe..

17 September 1991, aku berlepas ke Changi Airport Singapore dengan Singapore Airlines, sebabnya Royal Brunei Airlines tak mendarat di Subang, kena ambik di Changi Airport. Ini kira perjalanan solo aku yang pertama dengan flight yang panjang sikit, Subang-Changi-Dubai-London. Dalam flight ni, aku duduk sebelah perempuan Filipino. Dia cakap dia nak kerja jadi orang gaji di Dubai, dia turun di Dubai (macam bas le pulak), dua-dua seat aku conquer sorang-sorang sampai London. Masa transit di Dubai, aku turun juga jalan-jalan di airportnya, ada dua student Malaysia dok sibuk beli kacang pistachio, kacang cerdik..murah katanya..ye lah kot, tapi aku tak beli pun..

27 Julai 1992, aku dengan resminya meninggalkan negara itu dan selamat mendarat di Subang Airport pada 28 Julai 1992. Masa ni balik berdua dengan kawan serumah tapi dalam flight, ramai juga student Malaysia yang lain. Bermulalah kehidupan seorang aku untuk mencari pekerjaan di tanah air tercinta.

1 – 3 Oktober 1993, aku ke Phuket Island dengan rombongan pejabat. Memang seronok sebab penajaan penuh oleh bos-bos. Masa ni hurrah-hurrah sampai terlupa makan ayam yang tak disembelih..made in Thailand..insaf..

2 – 3 September 1996, ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja. Baru tahu yang nak ke Malaysia Timur pun kena guna pasport. Sebenarnya boleh guna IC je, tapi menurut bos, better bawa pasport, nanti kena beratur panjang di kaunter yang guna IC. Alang-alang ada pasport, baiklah digunakan.

10 September 1997, aku pergi menunaikan umrah bersama kawan-kawan. Disebabkan naik Royal Brunei Airlines, transit semalam di Bandar Seri Begawan sebelum bertolak ke Jeddah, Arab Saudi. Sempat melawat Muzium Diraja dan Masjid Jamek. Balik pun begitu juga, transit di Bandar Seri Begawan, sempat juga pergi Jerudong Park. Sampai di Subang Airport pada 27 September 1997.

Oh ya, Februari 2002, Alhamdulillah telah terpilih menjadi tetamu Allah di musim haji, tapi yang ni guna pasport lain..pasport haji..Yang best, dapat naik Saudi Airlines dari KLIA terus ke Madinah, smooth journey..hassle-free compared to landing in Jeddah..

Sikit sahaja pergi oversea..tapi Alhamdulillah, perjalanan yang memberi pengalaman yang sukar diungkap dengan perkataan - PRICELESS. Zaman sekarang ni pergi oversea ni dah tak heran, tambahan pula ada internet dan Air Asia, now everybody can fly..

Wednesday, 29 February 2012

Tahun Baru, Hobi Lama

Setelah hampir dua bulan on 'silent mode', baru nak bermula dengan first entry di tahun 2012. Biar lambat, asal ada..

February, March..bulan yang sibuk dengan mesyuarat agong persatuan2. Sebagai 'setia' berusaha, macam-macam tugas menanti, nak update laporan aktiviti tahunan, nak update senarai AJK, prepare dokumen for submission to Registrar of Society, nak kejar pengerusi & pemeriksa kira-kira for their signatures..huh..

Tapi yang paling best, hantar notis mesyuarat pada ahli2..hantar guna tradisional postage..pergi pejabat pos Medan Tuanku, beli setem..ada setem terbaru..kempen anti-dadah..


Setem bentuk tiga segi, terbaru di pasaran....Ya Kepada Kehidupan, Tidak Kepada Dadah


surat kepada ahli


Sentiasa teruja tengok setem yang pelik-pelik ni.. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, hobi mengumpul setem..hobi yang sungguh pasif, bila dapat setem oversea, rasa gembira sangat..tiap-tiap hari tengok album, susun ikut negeri, negara..ikut design..



Album setem yang dah banyak berjasa

Setem-setem negeriku



Setem tigasegi sebelum merdeka - masih lagi Tanah Melayu




Dalam kenangan, not happily ever after but till death do us apart (yang ni benar)

Masa dapat setem ni, rasa best sangat, maklumlah the late Lady D sangat popular masa tu sebab nak kahwin dengan anak raja..fashion rambut dia menjadi ikutan ramai..


Membuka album setem, melihat-lihat setem-setem lama umpama satu terapi minda sambil hati bertanya siapakah designer setem-setem ini..an unanswered question..

Friday, 23 December 2011

Enchanting Bali

Kami meninggalkan kawasan Ubud dan bergerak ke kawasan bandar iaitu Kuta melalui highway di tepi pantai. Ada highway rupanya. Kami ke Krishna Mall untuk shopping souvenirs dari Bali. Tempat yang complete untuk shopping souvenir, bilang pemandu pelancong kami. Apalagi, shopping spree..fridge magnets, keychain, yang pertama dicari sebagai souvenirs untuk sahabat handai.

Ada kemudahan musolla, Krabat Kramat sempat solat berjemaah dengan tourists (suami-isteri) dari Indonesia. Suaminya jadi imam. Musolla cuma satu sahaja, tiada tempat khas untuk wanita, tiada penghadang pula. Kami kiranya bernasib baik kerana tidak ramai yang solat lagi ketika itu. Sebaik sahaja melangkah keluar untuk sambung shopping semula, segerombolan pelancong Indonesia mula
masuk ke surau untuk solat. Alhamdulillah.

Pukul 2.00 petang, kami dibawa ke sebuah warong murah di Kuta untuk makan tengahari. Warong yang menyajikan masakan tanpa MSG, kegemaran pelancong-pelancong asing. Majoriti yang makan di kedai ini ketika kami sampai ialah mat saleh, tapi takdelah murah sangat..Masakan OK, macam di rumah sebab takde MSG. Dapatlah merasa nasi beras Bali yang ditanam di lereng-lereng bukit, macam beras pulut hitam. Tasteless but good for your health..

Minuman - coke dan teh botol

Harga RM6.50 - RM7.00 untuk makanan sahaja ye..

Aktiviti seterusnya ke Uluwatu. Perjalanan ke Uluwatu yang terletak di selatan pulau Bali agak perlahan sedikit kerana trafik yang banyak, macet teruk juga. Nak masuk kawasan temple Uluwatu, dinasihatkan tidak membawa handbag, cuma bawa kamera sahaja kerana banyak monyet-monyet berkeliaran. Monyet-monyet ini pintar mencuri barang-barang.
Monyet-monyet sedang bersantai

Tiada apa yang menarik di sini cuma kawasannya yang tinggi mengadap laut
menghidangkan pemandangan yang indah. Disini terkenal dengan pertunjukan Tarian Kecak tetapi memandangkan kami sudah menyaksikannya semalam di Batubulan, kami terus bergerak ke Jimbaran Bay untuk melihat ‘sunset’.


Didalam perjalanan, kami singgah di Blue Point, tempat yang terkenal untuk ‘surfing’. Tidak langsung ke pantainya kerana sudah tidak larat untuk turun naik tangga yang memang curam. Nampak juga Padang-Padang Beach, salah satu lokasi filem Eat Pray Love. Terus bergerak ke Jimbaran Bay dan sempat menikmati sunset di tepi pantai dan seafood untuk dinner.

Sunset di remang-remang senja

seafood, seafood

Akhirnya, aktiviti membeli-belah di Pekan Kuta ketika malam mula menjelang. Bermula di Hard Rock Café di akhiri di Matahari Mall. Seperti biasa membeli-belah souvenirs untuk diri-sendiri dan juga saudara-mara dan sahabat-handai.
Suasana malam di Pekan Kuta

Lebihkurang pukul 10.00 malam, kami ‘check-in’ di Hotel Grand Shanti di Denpasar. Hotelnya ada dua bangunan berasingan. Kami bernasib baik kerana bangunan yang didiami ada kemudahan lif berbanding dengan bangunan yang satu lagi, di seberang jalan. Cuma ada tangga, ya ampun.


The Grand Shanti Hotel

Keesokan paginya, seperti biasa, aktiviti 'morning walk' selepas breakfast. Denpasar, ibu negeri Bali, mula sibuk di pagi hari dengan deruan motosikal dan skuter. Rupa-rupanya the Grand Santhi ini terletak di kawasan komersil dengan beberapa bank-bank utama dan shopping mall. Ada Matahari Mall, Denpasar Junction..err..kembar Maju Junction kot..hehe.

Morning walk di Denpasar

Denpasar Junction

Selepas ‘check-out’ dan sebelum berangkat ke airport, kami dibawa untuk ‘city tour’ di dalam MPV sahaja. Banyak juga tempat menarik disini, ada masjid di tengah-tengah pusat bandar. Hmmm..nampak gayanya kena datang lagi..InsyaAllah.

* credit to Krabat Kramat and Syed Nahar for some of the photos, taken with DSLR..