Friday 27 April 2012

Kompleks perniagaan yang straight ni....................

membosankan juga..sebenarnya..

Cuti baru-baru ni, pergi check out Publika, di Solaris Dutamas.  Sebenarnya dah lama nak gi, nampak dari luar, macam gempak je. Lokasi, dekat Istana Negara yang baru.  Berdepan dengan Duta Tropika, di Taman Sri Hartamas..

Disebabkan kerja di bidang hartanah ni kena selalu update dengan pembinaan2 baru, tak kiralah bangunan pejabat, shopping complex, kawasan perumahan termasuklah highways, kubur, dllSemuanya akan affect nilai aka harga hartanah. Lagipun, banker selalu tanya, klien pun tanya, kena tahu dan ambik tahu..baru boleh story kat klien..

Publika ni sebenarnya cuma kedai-kedai dua tingkat, diatasnya ruang pejabat. Sama design dengan Solaris Mon't Kiara, kira adik-beradik, cuma lokasi saja berbeza. 

Design yang straight line, sebenarnya untuk maksimum visibility to the shoppers..retail psychology..supaya semua kedai-kedai berada di lokasi yang dapat dilihat oleh pengunjung, sama rata semua, tiada yang tersorok, tersembunyi..kena intai-intai, baru jumpa..



tapi ianya sebenarnya boring juga..rasa macam exercise untuk saie saja..jalan straight, patah balik, check hand-out. Setiap division ada kod warna, yang biru seperti diatas, central division, merah untuk east point. Jalan-jalan, jamu mata..ada musang king, ada raja kunyit..

lukisan di dinding
lembu emas mana lak sesat kat sini?
Jangan mengata retail complex ni..




Tapi design macam ni kiranya timeless..contohnya seperti Kompleks PKNS Shah Alam, tak lapuk dek hujan. Lagipun maintenance dan cleaning pun mudah..

Kompleks PKNS Shah Alam
  
Atau suka yang design circular..macam ini..

SACC Mall Shah Alam



Akhir kalam, apa-apalah, asalkan ada pitih..itu yang penting..design macamana pun..disposable income juga numero uno.

4 comments:

  1. rumah pun dsign pelbagai dah skrg ni kan...paling suka rumah tepi bendang tp moden, macam dalam cerita ombak rindu tu....

    ReplyDelete
  2. Ya betul, rumah skrg dah modern design..x tgk cerita ombak rindu..kalau tepi sawah, paling best rumah kayu..

    ReplyDelete
  3. em, rumahnye kayu, tapi moden sgt...siap ada balkoni berbumbung yang sangat luas, muat set sofa dll...:)

    ReplyDelete
  4. rumah kayu modern memang menarik spt chalet..lebih suka tengok cerita Bunohan, memang puashati..lakonan mantap, cinematograpy menarik..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!