Monday, 11 June 2012

Voile, voila!!

Assalamu'alaikum, salam ceria di malam Isnin..

Puan-puan, saudari-saudari, kakak-kakak, adik-adik..masih ingat lagi tudung bawal? Yang popular zaman dulu-dulu, bawal kelas pertama, kelas kedua. 

Dah takde koleksi tudung bawal dalam almari?? Dah bagi pada orang? Dah jual lelong? Seringgit satu? Macam adik saya jual tudung bawalnya seringgit satu..

Semenjak revolusi tudung awning yang easy-peasy lagi anggun (pakai sarung je di kepala), melanda Malaysia, tudung bawal semakin terpinggir. Leceh..nak kena gosok, susah nak pakai..

Tapi masih ada yang setia..tudung bawal eksklusif..takde sulam-sulam dah macam dulu..Tudung bawal jenama AidiJuma oleh Datin Norjuma..
































Pagi tadi, pertama kali ke KL Festival City, shopping complex di Danau Kota, Setapak untuk mencari tudung bawal AidiJuma sempena sambutan majalah Intrend ke-7.

Pergi pagi-pagi, lepas tu rambang mata masa nak parking kereta sebab banyak yang kosong, mesti nak parking dekat lif..



Kenapa dipanggil bawal ye?? Bawal kan nama ikan? Sebenarnya, menurut artikel dalam majalah Intrend bawah ni..jenis kain untuk tudung ni dipanggil 'voile'. bawal berasal dari loghat kelantan 'bok voile'..maknanye 'mintak Voile'..wallahua'lam..

Intrend  - June 2012
Booth AidiJuma jadi tumpuanModel tudung bawal AJ
Bawal AJ
Pilih-pilih
Tudung AJ yang sempat disambar

Yang ini pun terbeli juga di House of Leather - buy one free one





Tudung bawal ni breathable sebab tu saya setia memakainya. Nak solat pun senang, tak diganggu oleh awning. Cuma bila travel, susah sikit, nak kena iron, kena bawa brooches, cermin mesti ada..oleh itu, kena ada dua jenis tudung..voila!!

Friday, 8 June 2012

Mari Kita Minum Dulu..

Assalamu'alaikum..hari ini ialah hari mengemaskini e-mail. Hampir seribu e-mail, bacanya sekali sahaja.  Mana-mana e-mail yang baik sangat bagus di buat satu entry untuk pengetahuan umum. Semoga bermanfaat.

Nak bercerita tentang air, H2O. Merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT, yang Maha Pencipta, anugerah untuk hamba2Nya.  

Air merupakan elemen penting untuk kulit, tisu dan organ badan. Setiap bahagian badan manusia bergantung kepada air.  Otak – 75%, Darah – 90%, Otot – 75%, Buah pinggang – 82%, Tulang – 22%.


Fungsi kelenjar dan organ akan merosot sekiranya bekalan air bersih tidak mencukupi di dalam badan.  Begitulah pentingnya fungsi air untuk badan manusia..SubhanAllah.

Sekiranya air didalam badan tidak mencukupi, sel-sel akan mengambil air daripada aliran darah yang akan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih keras lagi.  Dimasa yang sama, buah pinggang tidak boleh menapis darah secara efektif.  Sekiranya hal ini berlaku, beban kerja buah pinggang akan diagih-agihkan kepada hati dan organ-organ lain, yang menyebabkan organ-organ ini pula mengalami stress.  Organ badan pun boleh stress sebab terlebih kerja, ya saudara-saudari..

Hal ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit minor seperti  sembelit, kulit kering/gatal, jerawat, hidung berdarah, jangkitan saluran kencing, batuk, bersin,  resdung dan sakit kepala.

Orang dewasa boleh kehilangan 2.5 liter air sehari melalui perpeluhan, pernafasan dan perkumuhan.   Tanda-tanda badan kehilangan 5% dari jumlah bekalan air ialah apabila kita merasa letih dan ketidakselesaan.

Berapa banyak air patut diminum setiap hari? Ia bergantung kepada berat badan kita.  Secara rawaknya ialah meminum satu ounce air untuk setiap dua pound berat badan kita. *matilah nak kira kaedah Imperial ni*

Jangan gundah-gulana, lebih kurang begini formulanya: 

(berat badan x 2.2)/2) x 29.57 ml = kadar minimum air yang perlu diminum setiap hari

Pakar nutrisi, para doktor sering menyarankan kita minum 8 gelas air putih sehari,  sudah betullah tu..sekiranya satu gelas = 300 ml, sehari 2.4 liter air..memang bagus untuk kesihatan.

Panduan berguna:

Minum dua gelas air selepas bangun tidur – untuk mengaktifkan organ-organ badan [Menurut riwayat, Rasulullah SAW minum air yang telah didinginkan semalaman, Wallahua’lam]

Minum satu gelas air 30 minit sebelum makan – menolong proses penghadaman

Minum satu gelas air sebelum mandi – boleh menurun tekanan darah

Minum satu gelas air sebelum tidur – untuk mengelakkan strok atau serangan jantung


Begitulah manfaat air kepada manusia.  Sesungguhnya Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Kita juga berasal dari air yang hina..

Tuesday, 5 June 2012

Food Adventure

Salam semua...dah makan? 

Appara..pukul duabelas malam, dok tanya dah makan ke belum. Sebenarnya tadi baru menonton program Axian's Food Adventure di Asian Food Channel...tajuknya 'Midnight Show'.  

Jason Yeoh @ Axian pergi menjejaki gerai-gerai yang dibuka dari tengah malam hingga ke pagi.. tak sangka ramainya orang menjamu selera di waktu sebegini..empat tempat iaitu Nasi Kandar Beratur di Penang, latex mee di Bentong, asam pedas Munnar di Melaka dan steamed rice roll di Teluk Intan.


 
Program ni memang menarik walaupun dalam Bahasa Cina tapi ada subtitle English. Mula-mula terjumpa program ni di channel AEC, masa tu hos berada di pekan Bentong menjejaki asal-usul 'yong tow fu', terus hooked dengan program ini dan baru-baru ni dapat tahu ada di AFC.

Apa yang menarik, bukan sahaja makanannya tetapi cerita/asal-usul di sebalik makanan tersebut, peniaga pertama dan juga kisah-kisah nostalgia peniaga, pekan/bandar dan juga cara pembuatan makanan tersebut. 

Kebanyakan kedai/gerai makanan diusahakan oleh tiga hingga ke empat generasi dan hos akan menemuramah golongan2 tua bagi mendapatkan asal-usul makanan, ada yang berasal dari negara Cina, ada ada yang telah diubahsuai dari makanan barat oleh tukang masak bangsa Cina yang bekerja dengan bangsawan British pada zaman sebelum merdeka.

Ingatkan cuma memaparkan Chinese food sahaja tetapi bukan rupanya. Makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Kandar, Asam Pedas, Nasi Lemak pun ada disiarkan seperti dalam 'Midnight Show'.

Antara program yang pernah ditonton ialah Kek Durian & Kaya Puff di Kuala Kubu Baru, British Tea di the Olde Smoke House (Bukit Fraser), Ketchup Wanton Mee di Pontian, Biskut Ayam di Bidor, Yong Tow Fu dan Tofu di Bentong.

Tak kurang menarik ialah program 'Slow Life', shooting di Ubud, Bali. Tiga restoran..semuanya diusahakan oleh foreigner yang berkahwin dengan perempuan Bali. Sari Organik - restoran ditengah sawah (mat saleh), Cafe Angkasa (Japanese) dan Nuri Naughty (mat saleh). 


Hos ada juga singgah di mini studio, interview pelukis Pandey, memang sedih tengok studio yang serba kekurangan, mendengar kisah hidupnya, tapi tertarik dengan cita-cita tinggi beliau.

Rancangan yang menarik walaupun kebanyakan makanan yang dipaparkan tidak boleh dimakan oleh Muslim tetapi format program memang the best with insightful knowledge, historical input and untold stories..

Sunday, 3 June 2012

Skyline..skyline

 Edisi moonlighting..sambil bekerja, buat juga kerja lain
Central Business District KL's skyline


Bintang Walk - a view from the top

Tuesday, 29 May 2012

Toilet Yang Ceria

Assalamu'alaikum..salam ceria..

Tengahari tadi saya pergi ke satu jabatan kerajaan atas urusan kerja. Dimana? biarlah rahsia..hehe..Bila melangkah ke lorong untuk ke toilet di tingkat tersebut, alangkah terkejutnya melihat banyak sungguh hiasan, dari lorong sampai ke dalam toilet..hajat hati terencat sebentar, asyik membelek-belek sambil snap-snap gambar *nasib baik takde orang lain*

Inilah kali pertama tengok tandas dihias begitu meriah sekali. Rupa-rupanya ada pertandingan toilet tercantik antara jabatan-jabatan..

Ada pelan lagi..sila teliti sebelum masuk
Yang mana satu pilihan hati, sila buat keputusan 
Bagus, ada doa sebelum masuk tandas di tepi pintu masuk.
Ada juga doa keluar tandas.
Zon Ceria, ceria melangkah ke toilet
Di sudut kiri sinki, rimbunan hijau

Disudut kanan sinki, mak aii..besarnya pasu bunga

Tapi yang paling bagus di dalam toiletnya, bermacam-macam innovasi.  Sambil-sambil tu sempat juga snappy-snappy.. 

Ada lampu keselamatan..jikalau tiba-tiba 'blackout'
Loceng keselamatan..jangan tertekan jika overacting meneran..
penyangkut yang artistik
 
Ada kertas membalut..
siap ada wallpaper border bunga-bunga utk feature wall
semuanya kaler pink..women power


Akhir sekali, anda suka toilet tadi?? sila rate..
Janganlah bersedih, dah dapat award 'Toilet Terbaik'

OK, dah dapat idea untuk toilet interior design?     

Wednesday, 23 May 2012

Langkawi : Agro-wisata

Assalamu'alaikum...selamat malam..
- semoga kita sentiasa memperbanyakkan zikir dan munajat 
kepada Allah SWT di bulan Rejab yang mulia ini -


Minggu lepas telah bermusafir ke Pulau Langkawi, permata Kedah..pulau sumpahan lagenda Mahsuri.  Kali ketiga menjejakkan kaki kesini, setelah kali pertama di tahun 90an, kedua di tahun 2002 dan kini di tahun 2012, terlalu banyak perubahan, too commercialise..10 awesome years.. 

Namun, ada sesuatu di sini yang sudah lama ingin saya lawati iaitu the Buffalo Park di Kampung Nyior Chabang. Jom kita berwisata alam dan haiwan..back to nature..mari tengok apa yang ada di sini..expect the unexpected..

Untuk sampai ke Buffalo Park, terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang hanya boleh dilalui oleh kereta dan motorsikal sahaja, kalau buat rombongan Cik Kiah naik bas, memang tak lepas, jauh juga dari jalan besar..

Mula-mula akan jumpa Buffalo Park ni, ditepi jalan, cantik kawasannya, macam ranch kat oversea. Disini ada kandang kerbau dan kilang kecil membuat keju dan pelbagai produk dari susu kerbau.  Bayaran masuk RM3.00 untuk pelancong tempatan.  

Pintu masuk
Macam-macam aktiviti bersama kerbau
Kerbau pun ada salasilah

Kerbau untuk tunggangan
 
Selamba je adik ni, kami yang tak tahan bau ta*k kerbau, menyucuk-nyucuk hidung, terus lari keluar..tak tahan woo..

Yang ni sedap.. ais krim susu kerbau
Dadih susu kerbau ..RM2.00 sahaja
 
Ladang yang kedua terletak dibelakang Buffalo Park tadi. Friendly Farms yang dikerjakan oleh orang Itali yang berkahwin dengan wanita tempatan.  Masa kami datang, Michael dan isterinya tiada di Malaysia, balik kampung di Itali.


Friendly Farms..memang friendly

Ladang lembu dan kambing
keju mozarella

Proses memotong keju..free tasting

Pagi esok terus buat pizza guna Langkawi Cheese, not bad..international standard, locally made..belilah produk buatan Malaysia.

Wednesday, 16 May 2012

Kisah Lempeng Separuh

Assalamu'alaikum..bertemu kembali..

Q : Apa dibawah tudung saji transparent ni?
A : Lempeng kelapa yang tinggal separuh


Lempeng kelapa yang tinggal separuh ini membuat saya terharu, sedih, syahdu dan bermacam-macam  lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan, tergenang air-mata saya melihatnya..bukan sebab ianya tinggal separuh, tetapi ada lebih BESAR disebaliknya - lambang kasih-sayang seorang ibu yang sentiasa mengingati anaknya ketika mengunyah makanan..

Mak saya memasak lempeng kelapa untuk sarapan pagi dan ketika saya keluar ke pejabat, lempeng tu belum siap dimasak lagi.

Balik dari pejabat dan sampai di rumah pukul 9.30 malam, saya terus makan nasi. Intai-intai juga dalam tudung saji ni, apa kebendanya ni? Pelik benor rupanya..

"Tu tempek nyor pagi tadi.  Tinggai kat kamu sikit. Masak gula merah"  

*tempek nyor=lempeng kelapa

Dushh..tersentap hati saya, tiba-tiba tergenang air-mata..alamak, mak aku simpan sarapan pagi tadi sebab aku tak sempat makan..adehh, terharu...sampai begitu sekali ingatannya, sedangkan aku pun dah lupa.. 

Walaupun dah sejuk dan keras, lempeng kelapa tu, saya makan juga sampai habis, walaupun dah makan nasi dua pinggan...kiranya itu supper saya untuk malam tu..

---------------------------------------------------

Seringkali kita melihat orang-orang perempuan memang handal-handal dalam membungkus lebihan makanan seusai majlis-majlis, mereka ini sentiasa ingat anak-anak dan keluarga di rumah..ada yang memanjangkan sedekah pada jiran-jiran..

Adakah kita sentiasa mengingati ibu-bapa ketika makan makanan-makanan yang enak-enak, lazat-lazat?