Nak bercerita tentang air, H2O. Merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT, yang Maha Pencipta, anugerah untuk hamba2Nya.
Air merupakan elemen
penting untuk kulit, tisu dan organ badan. Setiap bahagian badan manusia
bergantung kepada air. Otak – 75%, Darah
– 90%, Otot – 75%, Buah pinggang – 82%, Tulang – 22%.
Fungsi kelenjar dan organ akan merosot sekiranya bekalan air
bersih tidak mencukupi di dalam badan.
Begitulah pentingnya fungsi air untuk badan manusia..SubhanAllah.
Sekiranya air didalam badan tidak mencukupi, sel-sel akan
mengambil air daripada aliran darah yang akan menyebabkan jantung bekerja
dengan lebih keras lagi. Dimasa yang
sama, buah pinggang tidak boleh menapis darah secara efektif. Sekiranya hal ini berlaku, beban kerja buah
pinggang akan diagih-agihkan kepada hati dan organ-organ lain, yang menyebabkan
organ-organ ini pula mengalami stress.
Organ badan pun boleh stress sebab terlebih kerja, ya saudara-saudari..
Hal ini boleh menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit minor seperti sembelit, kulit kering/gatal, jerawat, hidung
berdarah, jangkitan saluran kencing, batuk, bersin, resdung dan sakit kepala.
Orang dewasa boleh kehilangan 2.5 liter air sehari melalui
perpeluhan, pernafasan dan perkumuhan.
Tanda-tanda badan kehilangan 5% dari jumlah bekalan air ialah apabila
kita merasa letih dan ketidakselesaan.
Berapa banyak air patut diminum setiap hari? Ia bergantung
kepada berat badan kita. Secara rawaknya
ialah meminum satu ounce air untuk setiap dua pound berat badan kita. *matilah
nak kira kaedah Imperial ni*
Jangan gundah-gulana, lebih kurang begini formulanya:
(berat badan x 2.2)/2) x 29.57 ml = kadar minimum air yang perlu diminum setiap hari
Pakar nutrisi, para doktor sering
menyarankan kita minum 8 gelas air putih sehari, sudah betullah tu..sekiranya satu gelas = 300
ml, sehari 2.4 liter air..memang bagus untuk kesihatan.
Panduan berguna:
Minum dua gelas air selepas bangun tidur – untuk mengaktifkan
organ-organ badan [Menurut riwayat, Rasulullah SAW minum air yang telah didinginkan
semalaman, Wallahua’lam]
Minum satu gelas air 30 minit sebelum makan – menolong proses
penghadaman
Minum satu gelas air sebelum mandi – boleh menurun tekanan
darah
Minum satu gelas air sebelum tidur – untuk mengelakkan strok
atau serangan jantung
Begitulah manfaat air kepada manusia. Sesungguhnya Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Kita juga berasal dari air yang hina..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAir sebahagian dari kejadian kita. TQ untuk info ini.
Waalaikummussalam..
ReplyDeleteYa, air elemen penting manusia dan juga bumi.
You're welcome, semoga mendapat manafaat.
Suka part panduan berguna tuh. Heee~
ReplyDeleteDulu pernah dgr org ckp xbgs minum air seblom tdur. Huhuhuhuhuhuhu~ now I know! ;)
Sdri NoorVictory,
ReplyDeleteSemoga bermanfaat..