Sunday, 9 September 2012

Peringatan Untuk Diri

Assalamu'alaikum semua...kembali berblogging..Salam Eidul Fitri 1433H yang ke-22.

Malam semalam semasa di satu surau sebelum program Ramah Mesra Idul Fitri, terbaca satu artikel yang menarik tertampal di dinding surau,  untuk peringatan diri sendiri, mengambil berkat bulan Ramadhan yang telah berlalu..semoga istiqomah dalam beribadah..


Bismillah..

Pernah tak rasa, bila solat tu, kosong je hati. Baca quran sampai hilang suara dah, tapi tetap rasa empty. Layu je. Hati rasa jauh, diri rasa jauh. Jauh dari Allah. Cuba menyebut-nyebut nama Allah banyak kali, tapi entah kenapa rasa ‘tak sampai’. Cuba zikir-zikir, still, kosong. Sujud dah hilang nikmatnya. Saat kening bertemu sejadah, macam angin lalu je. Bacaan dalam solat, dah puas dihayati tapi entah magic apa tak tahu, tiba-tiba imam dah bagi salam, dah habis dah solatnya. Khusyuk dah tak ada.

jauh. kosong. kering. jauh!

Kemanisan itu hilang. Kemanisan dalam ibadah Itu, hilang. Satu masa dulu, pernah ada, nikmat sangat. Tapi sekarang dah hilang.

Kemudian kita pun cuba fikir, kenapa agak nya ya. sebab busy ke? Atau, sebab tak sihat? Atau, sebab tengah tak ada masalah, al maklumlah kita ni kan bila ada masalah saja baru akan terasa dekat dengan Allah. Atau, sebab apa ya. Bosan? Malas?

Sebenarnya jawapan dia mudah je. hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambil tempat tempat.

analogi. bayangkan satu kertas warna merah. kertas A4 la senang. ok. then, tiba-tiba ada warna kuning tercalit sikit dekat atas dia. mestilah (ukuran) area yang warna merah dah kurang, sebabnya dah di-replace-kan dengan warna kuning, betul kan? lepastu bayangkan warna kuning tu semakin besar dan besaaar dan besaaaarrr, dia makan lah lagi dan lagi ruang warna merah tadi kan?

macam tu lah maksiat dan ibadah. bila kemanisan maksiat mula memakan ruang dalam hati kita, kemanisan ibadah akan kurang.
dia solat. rajin, tak pernah tinggal. rajin pula baca quran, solat sunat. kadang-kadang bangun qiam. tapi pada masa yang sama dia bermaksiat. dia syok layan movie itu, movie ini. yang duk tayang macam-macam adegan yang tak bagus untuk mata. dia juga bergelumang dengan zina. zina hati, zina mata, zina mulut – duk ingat lelaki itu, perempuan ini, tengok gambar-gambar lelaki itu, mesej dengan perempuan ini.

hati dia masih seronok, teruja, bila ditawarkan dengan benda-benda lagha. ha, itulah maknanya, ‘kemanisan’ maksiat tu dah mula menjalar-jalar dekat sudut hati dia. lama-lama, makin dan makin berkurang kemanisan ibadah. solat tak lagi khusyuk. baca quran tak lagi menyerap sampai ke hati. berdoa dah semakin ringkas dan pendek, tak ada lagi merayu-rayu lama-lama, merintih pada Allah.

syaitan ni pandai, dia tak terus suruh manusia ni tinggal ibadah. dia introduce dulu maksiat. bila maksiat dah dapat tempat dekat hati  manusia,  sikit-sikit manusia tu sendiri yang akan menghakis ibadah dari rutin hidup dia. akhir sekali, cukup pakej, MAKSIAT dan KUFUR.
(maksiat: melakukan perkara yang Allah larang, kufur: meninggalkan perkara yang Allah suruh)

solat sepatutnya mencegah kita manusia ni dari kemungkaran. selalu dengar kan? tapi pernah tak rasa pelik, kenapalah aku ni banyak je lagi buat dosa. padahal aku ni dari kecik solat tak pernah tinggal.

dah macam mana solat tu nak memelihara, nak mencegah dari melakukan kemungkaran, kalau ‘manis’ nya solat tu dah tak ada? khuyuk dah tak ada, sujud dah tak begitu sujud (maksud di sini, badan sujud, tapi hati tak betul-betul sujud/tunduk pada pengaturan Allah)
dan macam mana kemanisan ibadah tu nak rasa, kalau kemanisan maksiat tak hilang-hilang?
benda ni circuitous. nampak tak? berkisar atau berputar. maknanya,


habis, sampai ke sudah lah macam tu?

dahsyat kan, penangan maksiat.

hmm. kita perlukan kitaran baru. kitaran yang melawan balik apa yang berlaku. jangan biarkan kemanisan maksiat itu menghakis kemanisan ibadah dalam hidup kita. tak layak, langsung tak layak untuk maksiat berada di dalam hati kita. selayaknya cuma ingatan dan ibadah kepada Allah SWT saja.

yang sebetulnya, kemanisan ibadah itu menghakis kertarikan terhadap benda-benda maksiat. muslim yang tenggelam dalam asyiknya beribadah tak akan mahu pandang sebelah mata pun pada kemanisan palsu maksiat.

muslim itu yang kita perlu jadi.

source: www.ilmi-islam.com

Sunday, 29 July 2012

Bagaikan Bertemu Kekasih


“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.
Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”

Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Friday, 13 July 2012

Jom Bekam

Assalamu'alaikum, salam Jumaat..

Pernah berbekam? Rawatan alternatif ini menjadi pilihan saya sebagai salah satu cara menjaga kesihatan. Selalunya saya berbekam di Taman Melawati, di rumah kedai depan Medan Selera Taman Melawati, di sebelah Pusat Rawatan Kohilal.   

Tuanpunya pusat bekam ini ialah Tuan Haji Ibrahim Mokhsen (seperti gambar dibawah)Jika lalu di Jalan Negara Dua, mesti nampak gambar ini depan kedai.  Tuan Haji ini memang dah lama menjalankan rawatan bekam, kali pertama saya pergi ke sini ialah dalam tahun 1998.  Untuk wanita, isterinya yang dipanggil Ummu yang akan membuat bekam.
Sila ke sini untuk berbekam - orang lama, banyak pengalaman, banyak nasihat
Update
Pusat Bekam Haji Ibrahim Mohsen telah berpindah ke Blok D-G-7, Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Ampang, Selangor (ikut jalan ke Ukay Perdana). Tel: 013 3758087 / 017 2980952 / 012 2105563

Kali ni bertukar angin pula, nak cuba bekam di sini, di AKUBEKAM. Lokasinya di Taman Tun Dr Ismail.



Ada sedikit perbezaan, jika di Taman Melawati, kulit ditoreh menggunakan 'razor blade' tapi disini menggunakan alat cucuk seperti pen yang selalu doktor guna untuk cucuk jari semasa test kencing manis.  

Jika di Melawati, kulit ditoreh sekali sahaja untuk tiga kali sedutan, tapi di sini, tiga kali sedutan, tiga kali kena cucuk (banyak pulak tu), memang pedih, tahan je lah.  Nak buat rawatan mana ada yang seronok-seronok, best-best, kanns..

Ubat untuk dimakan selepas bekam
Rawatan di sini mengikut jam, bergantung kepada penyakit and pesakitBoleh negotiate dengan tukang bekam. Bayarannya pula mengikut minit, satu minit RM2.33, kalau sejam..hmm..seperti resit dibawah *gulp - telan air liur dulu* dah terbiasa dekat Melawati, cuma bayar RM35 sahaja, tiba-tiba kena bayar ratusan ringgit..terkedu seketika..nak sihat, no pain no gain..health is wealth..*ayat-ayat penenang hati*

Bayarannya *gulp - telan air liur dulu*


Ubat-ubat itu bukanlah compulsory kena beli, dicadangkan beli mengikut penyakit bagi memudahkan proses pembekaman selanjutnya..semua ubat-ubat dari herba-herba terpilih, local dan overseas..ubat halau angin dalam badan, ubat melancarkan perjalanan darah (deep circulation) dan ubat bagi tenaga selepas bekam...

So, siapa-siapa yang nak try bekam, bolehlah try di kedua-dua tempat ini..disyorkan sebab sudah lama berada di pasaran..

Yayasan Ta'lim dan pusat reflexology
Disebelah AKUBEKAM ini, ada pusat reflexology dari China, yang ini belum try lagi. Mungkin nanti..InsyaAllah..Diatasnya ada kelas pengajian Darul Ta'lim. Setiap hari ada kelas pengajian percuma untuk orang-orang dewasa..

Animal Hotel
Satu baris dengan AKUBEKAM, ada ini the Puppy Cottage, gambar selingan sebab cute.  Tempat grooming dan juga hotel untuk haiwan-haiwan peliharaan. Mana-mana tuan-tuan haiwan ini nak bercuti lama, takde di rumah, disini tempat transit untuk haiwan-haiwan peliharaan mereka. Yelah, kalau tinggal dirumah, nanti mati kelaparan pulak haiwan-haiwan ni.

Tuesday, 3 July 2012

Ole-ole Khas Minang

Assalamu'alaikum, salam sejahtera. 

Belum habis lagi dengan entry Bukit Tinggi. Mari lihat ole-ole khas Minang yang ada di Bukit Tinggi.

 Kerepek/Keropok
 L-R: Kerepek pijit berlado, keropok daun bayam, jejari ubi jala ungu (keledek), kerepek belinjo, keropok jengkol (jering), sagun bakar dan kerepek pijit asli

 Sebenarnya ada macam-macam lagi kerepek/keropok yang dihasilkan menerusi industri kampung.

Keropok jengkol


First time jumpa keropok jengkol atau jering ni, memang tiada di Malaysia. Bau jering yang kuat juga, rasanya OK, cuma boleh dimakan sekali-sekala, kalau tiap-tiap hari, boleh pening kepala..


Sulaman
Sulaman baju dan telekung

  
Bukit Tinggi memang terkenal dengan sulaman yang halus dan menarik.  Sulamannya berbeda dengan sulaman di tanah Jawa. Kebanyakan tourist yang datang kesini memborong hasil sulaman seperti telekung, baju dan tudung.

Ikan tasik Singkarak
Ikan tatau nama - tapi ikan salai
Ikan bilih
Tasik Singkarak terkenal dengan hasil ikan-ikan seperti ikan bilih.  Ikan bilih macam ikan bilis saiz besar di Malaysia tetapi rasanya kurang enak sikit, rasa tawar. Kebanyakan ikan-ikan yang dijual telah disalai untuk tahan lebih lama, masak lomak..sedap kot..


Ini sahaja yang sempat dibawa pulang dari Bukit Tinggi. Yang lain-lain seperti biasa, fridge magnet, key-chains and t-shirts.

Tuesday, 26 June 2012

Doa Untuk Ibu Bapa

Assalamu'alaikum, salam sejahtera kepada semua, friends and silent readers...

Entry kali ini diambil dari e-mail tahun 2005, untuk tatapan semua dan semoga bermanfaat.
......................................................................................

Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi  mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana
mereka memeliharaku.

Ya  Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya  sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebajikan mereka dengan 
perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat-ganda.

Ya  Allah, 
Bila maghfirah-Mu telah mencapai  mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa'at 
untukku. Tetapi jika  sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang 
dinaungi kemulian-Mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia yang Maha Agung, serta  anugerah yang tidak
berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin, Amin.. Ya Rabbul A'lamin..

Nota : 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada ibu bapa kita. Siapa tahu hidup kita dirundung 
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis  melihat ibu bapanya. Atau kata-katanya sering 
mengguris hati mereka, atau yang  jarang memperdulikan dan mendoakan mereka.

Percayalah bahawa anak yang derhaka balasannya didahulukan didunia ini.

Friday, 22 June 2012

Ke Ranah Minang - Finale

Pukul 4.40 pagi, kedengaran azan subuh bersahut-sahutan di sekitar Bukit Tinggi. Memang terdapat banyak masjid dan musolla di sini. Tepat pukul 7.00 pagi, restoran dibuka untuk sarapan pagi. Food, OK. Nasi gorengnya sangat sedap. Begitu juga dengan soto nasi. 

Nasi goreng yang lazat + keropok udang

Selesai bersarap, sementara menunggu pak supir, sempat lagi membeli-belah di pintu pagar hotel.  Ada peniaga-peniaga datang membawa telekung, baju, jubah dan macam-macam jualan. Lakulah lima pasang telekung, tak sempat nak simpan dalam bilik hotel, pak supir sudah datang, langsung terus bawa naik Kijang. 

Tempat wisata yang pertama ditujui ialah Istana Pagaruyung. Surprisingly, tiada bayaran masuk dikenakan, cuma sesiapa yang sukarela nak bagi donation, ada disediakan bekas di bawah kemah biru. *tersilap statement - ada juga yang free* malu terus tutup muka - pakai topeng..hehe..
 
Di pintu masuk
Istana Pagaruyung







Malangnya tidak dapat masuk ke istana ini kerana kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan kerana beberapa bahagian telah terbakar dipanah petir.  Cuma snap-snap di luar bangunan sahaja, looking very majestic and scenic..

Dari jauh, seorang makcik berdiri di tengah-tengah panas pagi, menjual seberkas buah ciku dan keropok pijik berlado (keropok singkong - ubi kayu).  Auntie F membeli buah ciku 10,000 rupiah satu bekas, ada 15 biji. Murah, katanya berbanding dengan di KL.

Makcik menjual buah ciku dan keropok pijik (singkong berlada)





Diluar pintu pagar, ada makcik menjual buah ciku juga, kali ini boleh pilih, buah besar-besar dan tidak terlalu masak, 15,000 rupiah untuk 10 biji. Teman pun tergoda juga melihat buah2 ciku itu, beli juga beserta dengan keropok pijik berlado dan yang belum goreng.  Nak buat buahtangan, bawa balik Malaysia.  

Perjalanan diteruskan ke Danau Singkarak. Luasnya tasik ini, popular dengan ikan bilih.

Ini kedai-kedai menjual ikan-ikan salai, ikan kering dari Danau Singkarak

Danau Singkarak - luasnya
Tiada apa disini cuma menikmati angin sepoi-sepoi bahasa Minang ditepian tasik dan melihat beberapa anak muda mengail ikan di tasik. Perjalanan diteruskan ke Rumah Gadang - Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Pasir Panjang. *masuk adalah percuma - donation sahaja*

Pak supir meninggalkan kami disini untuk pergi bersolat Jumaat. Puas juga meneroka Rumah Gadang, mendengar penjelasan mengenai Rumah Gadang dan adat-adat Minangkabau.  Banyak gambar-gambar dan buku-buku lama tapi sebab takde mood nak baca, masa yang selebihnya sementara menunggu pak supir datang, dihabiskan dengan bersembang. Perut pun dah berkeroncong, sabar jelah..

Rumah Gadang
 
Pak supir terus pergi ke Rumah Makan Pak Datuk - makan nasi padang lagi.  Setiap resto nasi padang, mesti ada dijual keropok kulit sapi dan keropok singkong atau keropok udang.
 
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek untuk melihat hasil tenunan songket. Tenunan secara tradisional.  15 hari baru siap satu kain. Tapi bukan hasil tenunan yang dibeli, yang dibeli ialah sagun bakar, yang ada dijual di showroom.  Sagun bakar ni, serius sedap..borong sampai tiga peket, baru 10,000 rupiah. Teringat kawan-kawan kat office..

Showroom hasil tenunan
 
Sementara menunggu ahli rombongan yang lain melihat-lihat telekung Japanese Cotton yang sangat gorgeous, kami bertiga ke kedai kecil tak jauh dari showroom.  Sebab masa on the way ke showroom, ternampak ada buah limau dan buah salak dalam bakul atas meja. Kedai kampung, rasa macam dalam drama sinetron pulak..

Auntie F terus beli beberapa biji buah salak dan buah limau, sebab tekak rasa semacam makan nasi padang. Teman beli air Pocari Sweat (mcm 100 plus juga) dan sister beli kuih putu beras pulut hitam..sangat sedap.  Aktiviti sampingan..

Perjalanan diteruskan ke Puncak Lawang, lebihkurang 1,200 meter dari paras laut.  Dari Puncak Lawang, boleh nampak view Danau Maninjau di bawah sana. Beberapa paragliders sedang testing parachutes. Kabus tebal (err..jerebu sebenarnya).

Paragliders sedang testing peralatan mereka 
Danau Maninjau diselaputi jerebu  
 
Ada seorang lelaki, ketua kumpulan/trainer paragliders ni datang membetulkan penanda angin semasa kami tengah lepak-lepak atas rumput, menunggu mereka terbangBersembang sekejap, rupa-rupanya dia pernah tinggal di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Tanya bila nak start terbang, sebentar lagi, sebentar lagi...sampai kesudah tak terbang-terbang juga, keciwa..menunggu punya le lama..

On the way back, singgah membeli kerepek di Pusat Ole-Ole..macam-macam kerepek ada, kerepek jengkol (jering), kerepek belinjo, kerepek ubi jaga ungu, pisang salai bersalut tepung..rambang mata.  Kerepek-kerepek ini adalah hasil industri kampung masing-masing..

Tamatlah wisata di Bukit Tinggi, cuma Keluk 44 yang tak pergi. Malamnya dinner di roadside cafe, Tenda Sanjaya, yang penting makanannya enak...
 
Tenda Sanjaya - roadside cafe yang sedap
 
Hari ke-3, free and easy - khas untuk shopping di Pasar Atas dan Pasar Bawah - tiba-tiba 'blackout' di Pasar Atas, tak berganjak juga - beberapa telekung, langsir, baju sulam, T-shirts, tudung, key-chains..selamat. Ada yang naik kereta kuda pusing keliling kota - bayarannya 50,000 rupiah..

Tengahari balik hotel - tidur kepenatan (rest), kemudian sambung malamnya pulak..mencari lagi fridge magnet, keychain, T-shirts. Seperti biasa di kawasan Jam Gadang, suasana begitu meriah di malam minggu tambahan pula cuti sekolah sudah bermula di Indonesia.

Jam Gadang dan kereta kuda 
The 4-star hotel - The Hills

 Keesokan harinya pukul 5.30 pagi, sudah check-out dan menuju ke airport untuk flight ke KL pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

Tuesday, 19 June 2012

Ke Ranah Minang - Day 1

Assalamu'alaikum, bersuo kembali...

Empat hari den berwisata ke Ranah Minang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Percutian kali ini telah lama dirancang, semenjak September 2011.  Perkara biasa bagi mereka yang merebut tiket-tiket murah Air Asia.

Lebih kurang 9 bulan menunggu, tepat pukul 7.50 pagi Khamis 14 June 2012, flight AK 1371 terbang meninggalkan bumi Malaya menuju ke Bandara Minangkabau di Padang, Indonesia. 45 minit di udara, udah sampai di tanah seberang. Jam di Padang baru pukul 7.45 pagi, kerana mereka lewat satu jam dari Malaysia.

Pak supir-cum-tourist guide kami, Pak Suhendra sudah sedia menunggu di airport dengan Kijangnya. Kami langsung ke Bukit Tinggi, jalanrayanya bukanlah highway, cuma selorong sahaja.  Kalau ada lori, terpaksalah berdikit-dikit, bumper to bumper..layan pemandangan yang menarik..Lembah Anai.

Singgah di Air Terjun Lembah Anai di tepi jalan, kena bayar 3,000 rupiah untuk pergi ke kawasan air terjun ini secara legal.  Ada juga yang parking illegally tepi jalan, panjat pagar tapi kena jerit dengan penjaga parking.  Ikut ajerlah..

Air terjun Lembah Anai
Sampai di Bukit Tinggi, nak check-in hotel, masih awal lagi.  Langsung keTaman Panorama, berdekatan bandar Bukit Tinggi. Kena bayar 3,000 rupiah juga. 

 
Rujukan para wisatan di Taman Panorama
Taman ni biasa sahaja tapi boleh tengok view Ngarai Sianok.  Ngarai Sianok ni ibarat Grand Canyon Sumatra, kesan dari gempa bumi. 

Ngarai Sianok -gambar ehsan Wikipedia












Kemudian ke Lobang Jepang dekat Taman Panorama juga. Nak masuk ke kubu Lobang Jepang ni, kena bayar 5,000 rupiah lagi.

Lobang Jepang

Pintu masuk
Menuju 40m ke bawah tanah
Guide sedang bercerita mengenai Lobang Jepang


































Kami masuk ke kubu pertahanan dibina oleh tentera Jepun pada masa Perang Dunia ke-2. Awal-awal lagi guide diatas ni beritahu bayaran untuk servis dia RM7.00 seorang. Minta dalam Ringgit Malaysia lagi. Takde yang free di Indonesia ni..

Selesai meneroka terowong bawah tanah sambil mendengar kisah dari mamat ni, perut dah berkeroncong. Apalagi, santap the authentic nasi padang di Padang.  Kami singgah di Rumah Makan Simpang RayaKemudian baru check-in di Gallery Hotel.

Gallery Hotel
Selepas berehat dan solat, kami dijemput oleh pak supir untuk aktiviti seterusnya - pre-shopping di Pasar Atas. Ingatkan nak tengok-tengok, survey-survey barang-barang dulu, hmm..ahli-ahli rombongan terus sambar telekung dan baju sulam di kedai isteri pak supir.  Damage done - more than 1juta rupiah..menjana ekonomi saudara muslim..

Pasar Atas
Pasar Wisata
Orang mudo menjual cincin



Aktiviti malam dimulai dengan singgah di spa - House of Beauty untuk sesi urut badan.  Kemudian menjamu selera di Al-Kafi roadside cafe - order mee goreng ayam dan jus alpukat. Terbaik..

Jam Gadang
Jam Gadang - sungguh meriah di waktu malam, ibarat pusat aktiviti di Bukit Tinggi - macam-macam jualan ada...

bersambung