Tuesday, 3 July 2012

Ole-ole Khas Minang

Assalamu'alaikum, salam sejahtera. 

Belum habis lagi dengan entry Bukit Tinggi. Mari lihat ole-ole khas Minang yang ada di Bukit Tinggi.

 Kerepek/Keropok
 L-R: Kerepek pijit berlado, keropok daun bayam, jejari ubi jala ungu (keledek), kerepek belinjo, keropok jengkol (jering), sagun bakar dan kerepek pijit asli

 Sebenarnya ada macam-macam lagi kerepek/keropok yang dihasilkan menerusi industri kampung.

Keropok jengkol


First time jumpa keropok jengkol atau jering ni, memang tiada di Malaysia. Bau jering yang kuat juga, rasanya OK, cuma boleh dimakan sekali-sekala, kalau tiap-tiap hari, boleh pening kepala..


Sulaman
Sulaman baju dan telekung

  
Bukit Tinggi memang terkenal dengan sulaman yang halus dan menarik.  Sulamannya berbeda dengan sulaman di tanah Jawa. Kebanyakan tourist yang datang kesini memborong hasil sulaman seperti telekung, baju dan tudung.

Ikan tasik Singkarak
Ikan tatau nama - tapi ikan salai
Ikan bilih
Tasik Singkarak terkenal dengan hasil ikan-ikan seperti ikan bilih.  Ikan bilih macam ikan bilis saiz besar di Malaysia tetapi rasanya kurang enak sikit, rasa tawar. Kebanyakan ikan-ikan yang dijual telah disalai untuk tahan lebih lama, masak lomak..sedap kot..


Ini sahaja yang sempat dibawa pulang dari Bukit Tinggi. Yang lain-lain seperti biasa, fridge magnet, key-chains and t-shirts.

7 comments:

  1. ikan salai tu namapk sedapla pulak time pose gini..cane nak masak ikan salai tu ya?

    ReplyDelete
  2. Rina,
    entah le, penjual tu beritahu masak gulai style nasi padang, nampaknya kena trial and error..google dulu..

    ReplyDelete
  3. Keropok jengkol, teringin betul nak rasa. haha.

    terima kasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  4. Rasa kurang sedap sikit, bau jering bikin pening kepala..

    ReplyDelete
  5. xpernah tgk pown keperek jering....nampak cam sedap jew...

    ReplyDelete
  6. HeNRieTTa JoSe,
    ini pun first time tgk, terus beli..hmm..tak berapa sedap sgt.

    ReplyDelete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!