Monday, 5 February 2018

Penang : The Blue Mansion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu lepas, jalan-jalan 3hari 2malam di pulau mutiara, Pulau Pinang. Sempat mengikuti 'guided tour' di Blue Mansion atau Cheong Fatt Tze Mansion. Rumah agam berwarna biru-indigo di 14, Leith Street, Georgetown, yang dibina pada tahun 1880s.

 pemandangan dari Leith Street

"Legendary in the annals of the history of Penang is the awe inspiring Cheong Fatt Tze Mansion. Dubbed "La Maison Bleu", this flamboyant masterpiece of 38 rooms, 5 courtyards, 7 staircases and 220 windows took a very special man to create. 

While the Mansion's floor plan is essentially Chinese, the overall effect is eclectic and typical of 19th Century Straits Settlements architecture. Gothic louvered windows, Chinese cut & paste porcelain work, Stoke-on-Trent floor tiles, Scottish cast iron works and Art Nouveau stained glass are among the features to be found in this inspired work of art. The aura and "chi" of the man pervades the entire edifice"

 La Maison Bleu

Masa pegi tahun 2012, tak sempat masuk, cuma snap dari luar je. Blue Mansion ni ialah 'boutique hotel', ada masa tertentu saja dibuka untuk pelawat dengan 'guided tour', yang selainnya bolehlah check-in as hotel guest atau dine-in untuk lunch atau dinner. Dah namanya ''boutique hotel", harga agak pricey, 3-course lunch harga RM65++, bilik hotel harga dari RM550 - RM588 semalam.
 
Kami check-in di Hotel Continental di Jalan Penang, the Blue Mansion ni bersebelahan dengan hotel saja. Nak ikut tour pukul 3.30 petang, pukul 3.15 masih lagi di hotel, berlari-lari ke pintu masuk untuk beli tiket sebab dah tersalah pintu. Yeayy..berjaya akhirnya..

 Tiket masuk = RM17.00

Sebelum masuk, duduk di laman, snap-snap gambar luar..


bangunan utama

east wing

 west wing

Most Excellent Project

Jom masuk, ramai pelancong luar negara. Ada pasangan Melayu dari Brunei, depa nak buat pre-wedding photoshoot di sini.

main hall

tour guide
di tepi tu, pasangan dari Brunei dgn jurugambar

reception area

bergerak ke central courtyard (dry courtyard), tempat breakfast untuk tetamu hotel, ada air-well, sangat nyaman cuaca di sini.

banyak penggunaan decorative cast-iron

breakfast area

Bagi sapa-sapa yang pernah ke Rumah Peranakan Penang, ada juga rekabentuk sebegini. Yelahh kan, dah diterangkan yang rumah ni mengikut arkiteksur Strait Settlements, maknanya lebih kurang sama dengan rekaan rumah peranakan.

Mengintai ke east wing dan west wing (wet courtyards), kawasan bilik-bilik hotel. 

Jom naik ke atas, masih lagi di central courtyard, cuma kawasan ini saja dibuka untuk pelawat. Di bahagian ni ialah muzium dan juga Indigo Restoran.

mendengar kisah hidup Cheong Fatt Tze
ada banyak isteri dan gundik, rumah agam ini untuk isteri ke tujuh

 Cheong Fatt Tze


isteri yang ke-tujuh

Indigo Restaurant

three-course lunch @ Indigo Restaurant

the bride-to-be tengah buat pre-wedding video
jurugambar shoot dari bawah

 penerangan mengenai warna ''indigo-blue"

Dah habis lawatan di tingkat atas, turun ke bawah, ke kedai cenderahati. Banyak juga souvenir tentang Blue Mansion - ada buku, poskad, lukisan berbingkai. Tak beli pun, tengok harga lukisan ratus-ratus juga.
 
Buku
  
lukisan berbingkai

Ada juga buku-buku lain tentang tempat-tempat menarik dan sejarah Pulau Pinang. Diantaranya buku ini - mengenai jenis pengangkutan di tahun sebelum perang - 1880s to 1900s.

 ada trams, trolleybus di Penang 

Habis sudah sesi lawatan dalaman rumah agam Blue Mansion, kita keluar bangunan pula..banyak pula lanca di luar bangunan. Memang menarik untuk photoshoot, dengan latarbelakang kaler biru-indigo.




Berdepan dengan Blue Mansion, diseberang jalan, terdapat barisan rumah teres berwarna-warni, yang dulunya ialah tempat tinggal pekerja di rumah agam ini. Tapi macam tidak dipulihara, tidak terjaga.

 rumah teres 2-tingkat
 
Sekian, tamat sudah lawatan ke rumah agam yang berusia lebih dari 100 tahun. Salah satu conservation project yang mendapat banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara dan termasuk diantara ''10  Greatest Mansions in the world'' oleh Lonely Planet 2011.

Masa lawatan ialah 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.30 petang. Check it out bila anda berada di Penang.

#tiga entry berturut-turut tentang conservation, preservation, heritage buildings..hihi..enjoy!!

25 comments:

  1. Cantik. Ai suka dengan historical building. unik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. historical building bila dipulihara mmg menarik...

      Delete
  2. Macam pergi ke zaman dulu...
    Bangunannya masih cantik walau dah lebih seratus tahun. Warna biru tu membuatkan ia bertambah unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna biru-indigo yg menjadi trademark bangunan ni...mmg unik kalernya dgn hiasan seramik di bhg atas dinding..

      Delete
  3. pernah berangan nak duduk boutique hotel ni.. tapi rasa mcm menyeramkan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg kalau check-in kt sini, sambil2 tu boleh tour seluruh rumah..cantik gak bhg guestrooms..

      Delete
  4. Replies
    1. rumah agam yg menarik, penuh dgn sejarah..

      Delete
  5. Dahsyat betul orang skrg buat fre wedding. Sanggup terbang jauh-jauh semata-mata utk bergambar ye.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ...

    hi kak ... wah menarik.

    oh ni lah yang rumah depa dok pergi tu...

    hihihi... dulu sebab ada rumah kat penang, balik penang macma balik kampung.
    balik tak keluar2 rumah dah.

    memang tak explore pun penang tu.
    ni dah tak ada rumah... hmmmm lagilah tak pergi nampaknya.

    walau rumah dalam pulau, tapi nak g georgetown tu jem yang amat.
    tu yang malas. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..

      hi Huda, dah hbs exam??..jln2 time office hour, takde lah jem sgt..bestkan ada rumah kt pulau mutiara..cantik pemandangan tepi laut..

      Delete
  7. uhuuu datang Penang tak habaq kat ceq.. boleh banje mee udang ke ikan bakar ke.. hehe..
    btw malu haih 18 tahun dok Penang x penah pi sini pun hehe.. tula sbenarnya kat Penang ni banyak lagi tempat yang Penangite sendiri tak pernah sampai hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, I'll take the rain check..hihi..pi masa cuti hari wilayah 1/2 - 3/2..ada kawan, seronok jalan2 area Georgetown ni..byk benda menarik..

      Delete
  8. WAH MSH CNTIK RUMH BERSEJARAH..KISAH PEMILIKNYA PUN MENARIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah pemiliknya mmg menarik..rag to rich..rumah ni dah dipulihara, dibaikpulih oleh syarikat British..

      Delete
  9. cantik lah
    banyak pula tu tempat2 menarik kalau nak bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, banyak hotspot utk photoshoot..

      Delete
  10. Seni bina dia memang unik. 100 tahun tu usia dia.

    agaknya pasangan dari brunei tu berkenalan dekat tempat ni kot. jauh sungguh travel untuk pre-wedding photoshoot

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah kot tema pre-wedding photoshoot depa tu...tapi Penang byk tmpt heritage yg menarik..

      Delete
  11. Woahh, masuk senarai 10 Greatest Mansions in the world (Lonely Planet 2011) tu... nice sharing sis! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik mansion ni sbb tu terpilih...pi Penang, bolehlah melawat..

      Delete
  12. lalu tepi bangunan ni mesti pandang tp xada masa nk masuk tengok dlm. menarik rumah peranakan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik..rumah ni lbh kurang sama dgn Penang Peranakan House..cantik..

      Delete
  13. Cantik betul bangunan tu.. Bagus bila dibuat pemuliharaan macam ini kan.. Bolehlah anak cucu cicit kita menengok dan menghargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah dipulihara, nampak cantik...menghargai khazanah lama..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...