Wednesday, 21 February 2018

Penang : Upside Down Museum dan Gurney Paragon

Assalamualaikum...

Aktiviti hari kedua. Lepas sarapan di hotel, terus mengorak langkah ke Upside Down Museum di Lebuh Kimberley. 

Di George Town ni, ada banyak muzium yang  menarik - PG Gold, Wonderfood, 3D Trick Eye, Time Tunnel, 3D Chocolate Museum, Camera Museum, banyak lagi lah. Dah rancang nak pi beberapa muzium, dah siap tanda dalam peta, tapi terpaksa dibatalkan. Ada bantahan dari ahli jemaah, so cuma dapat pergi yang ni satu saja..sob, sob..

Sampai di Upside Down Museum pukul 9.10 pagi, pengunjung pertama, Alhamdulillah. Bayaran masuk ialah RM16.00 untuk warganegara Malaysia. Kena tunjuk Mykad, takut benor, tak tipu punya.

 Upside Down Museum
rumah kedai 2-tingkat

semakin ramai pengunjung

Kena buka kasut, simpan dalam locker. Jom masuk, kita bertunggang terbalik. Konsep di sini, first come first served. Ramai staff menunggu untuk tolong snap gambar. Kena ikut giliran, siapa lambat, kena tunggu kitaorang habis posing dulu di setiap section. 

Muzium ni mengambil suasana rumah kediaman - ada ruang tamu, bilik tidur orang dewasa, bilik tidur kanak-kanak, dapur, bilik air.

 hantu Nang Nak datang mau masak..hihi..

Seterusnya suasana kedai kopi cina. Macam-macam gaya staff tu suruh posing, semuanya gaya melayang..off gravity..


Tingkat atas suasana kedai di sebatang jalan di Pulau Pinang.

macam-macam gerai ada - gerai buah, gerai sayur, gerai kraftangan
tak cukup dgn photo, ada video lagi - berjalan di siling, baling bola
kemudian masuk bilik senget, dari terbalik jadi senget pulak

Last sekali, ke bahagian cenderamata.

bahagian kedai souvenir..tudia punya posing

feedbacks dari pengunjung

menarik pulak tengok, kemasan kayu

The verdict: Pengalaman menarik, walaupun dah pernah pergi Rumah Terbalik di Sabah, tapi bila interaktif macam ni jadi best pulak. Bila tengok balik gambar-gambar, rasa wow!!..I is melayang..hihi..the video lagi best.

Dah habis melayang-layang, jejak balik ke bumi. Kita ronda shopping complex pulak..ke Gurney Paragon. Sebenarnya tak masuk dalam list, tapi masa balik dari Tanjung Bungah, ternampak bangunan ni, macam menarik. Nak pi check it out, saja je, to kill the curiosity. Naik Grabcar, tambang RM7.00.

bangunan yang warna oren tu yang menarik perhatian

Bangunan chapel dan bangunan sekolah yang dipulihara
mana shopping complex nya? macam bukan je

suka colour code - suka jubin lantai macam ni

corridors

Mula-mula chapel, kemudian sekolah

  Di bahagian belakangnya ialah shopping complex. Bangunan moden.


Gurney Paragon gabungan bangunan heritage dan bangunan moden menempatkan high-end retail outlets dan juga cafes.

Bolehlah, nak jalan-jalan, cuci mata.

24 comments:

  1. Menariknya muzium terbalik dan shopping complex tu..

    ReplyDelete
  2. SERONOKNYA JLN2 KAT PENANG MENARIK MUZIUM YG DILAWATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk benda menarik kt Penang..tak sempat cover..kena pi lagi nmpaknya..hihi..

      Delete
  3. Bahagian dalamnya yg diterbalikkan... tak macam rumah terbalik yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bhg dlm diterbalikkan..bila pose, nmpk cam melayang..

      Delete
  4. Memang best kalau bercuti di Penang. Penuh dengan aktiviti, sampai tak sempat nak cover semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tk sempat nk cover semua, kena gi lg nampaknya..

      Delete
  5. Pernah pergi yang sabah punya.. tapi macam tak best je. Hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg Sabah, takde interaktif macam ni, just tengok cam muzium biasa..

      Delete
  6. Wehoo tunggang-terbalik, topsy-turvy... pening tengok, tapi konsep tarikan macam ni menariklah. Nanti nak kena jenguk juga sekali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pening tengok, semua melekat kat siling...bila tengok feedback, ramai sungguh yg datang melawat..

      Delete
  7. Jarang pergi muzium. Tapi bila tgk tempat2 macam ni..rasa best pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun jarang gi muzium yg simpan benda2 lama, arkib tu..tapi muzium interaktif mcm ni mmg best..

      Delete
  8. menarik tgk nohas selfeeee.. hehe. nina pun tak terjah2 lg. entah bila nk masuk.
    gurney paragon fav shopping atau nk mkn2. hehe. boleh pilih nk ke paragon atau gurney plaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera trick, dah jd melayang..hihi..mula-mula pegi gurney plaza, then jln kaki ke gurney paragon...byk tmpat makan kt dua2 shopping complex ni..

      Delete
    2. tempat mkn byk.. butik2 pun byk. selalu mmg akan stop dpn kedai minyak wangi ahaha etc victoria secret

      Delete
    3. tapi nmpk gurney paragon lebih sunyi dari gurney plaza...suasana kt gurney plaza lg best, seaside view..

      Delete
  9. bestnya..teringin sgt nak msuk sini...tak pernah try lg..hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best..melayang-layang jadinya..hihi..

      Delete
  10. sangat menarik tempat ni kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik..terasa melayang-layang..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!