Di Jalan Hutton.
Tapi lain pulak yang dijumpai - Galeri Melayu Pulau Pinang.
Galeri Melayu Pulau Pinang
Menarik ni, jom masuk. Bentuk bangunan lebih kurang Segara Ninda juga. Rumah ni dikenali sebagai 'Rumah Teh Bunga'.
masuk adalah percuma
mencari susur galur orang Melayu di Pulau Pinang
Siapakah yang membuka Pulau Pinang? Francis Light? huh..sejarah harus ditulis semula.
fakta mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh orang Melayu
Haji Mohammad Salleh atau nama sebenarnya Raja Nan Intan ibni al-Marhum Tengku Pateh Sebatang dari Paya Kumboh, Sumatera, ialah peneroka terawal Pulau Pinang setelah mendapat perkenan Sultan Kedah untuk membuka penempatan di Batu Uban sekitar tahun 1730an.
rumah-rumah warisan milik orang Melayu di Pulau Pinang
dokumentasi seni bina rumah Teh Bunga
ruang makan
tangga kayu & grandfather clock
mangkuk tingkat
senarai kuih-muih Melayu Pulau Pinang
Sekejap saja melawat galeri ni, meneruskan perjalanan menyelusuri Jalan Hutton, jumpa restoran Pokok Ketapang. Singgah makan nasi kandaq.
Jalan Hutton ni juga dikenali sebagai 'Malay millionaire row' pada zaman dahulu kala. Sebab apa? sebab di jalan ni banyak terdapat rumah-rumah agam milik orang Islam.
Salah satu nya ialah Jawi Peranakan Mansion ni. Dari jauh dah nampak menariknya senibinanya.
Jawi Peranakan Mansion
Jawi Peranakan Mansion juga merupakan heritage boutique hotel. Upper class, menarik sangat hotelnya. Melihat gambar-gambar dalam website, terus jatuh cinta pandang pertama.
nicely refurbished boutique hotel
"The building is an eclectic mix of the 18th/19th century British
architecture and Muslim design features from the Mughal times
accentuated with Indian ethnic motifs."
Gambar-gambar dari website..www.georgetownheritage.com
plantation shutter window with Adam's wheel arches
Mansion villa
Mansion suite
balcony
Awesome, hasil sentuhan kreatif, Chris Ong, a former Sydney banker turned international hotelier. Harga bilik pun awesome juga, diantara RM450 - RM500.
Di sebelah Jawi Peranakan Mansion, ada dua buah rumah kedai yang lebih kurang sama senibinanya.
proposed extension of Jawi Peranakan Mansion dan juga cafe
cantik rumah ni
Ok, habis sudah sesi meneroka rumah agam Melayu di Georgetown. Ada lagi satu tempat yang menarik tentang Jawi Peranakan iaitu the Jawi House & Gallery di 85, Armenian Street.
Jawi House & Gallery
Jawi Peranakan merujuk kepada keturunan orang-orang Arab, Persian, Pakistan, India-Muslim yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Yang depa selalu panggil anak mami tu. Salah satu budaya mereka ialah boria. Boleh rujuk website www.jawihouse.com
Di hujung Armenian Street ni ada satu lagi rumah agam Melayu, dulunya Muzium Islam Pulau Pinang - Syed Al-Atas Mansion.
"Syed Al-Atas Mansion was built by Syed Mohammad Alatas, an Achenese by descent, who built his mansion along Armenian Street. The mansion, in mid-19th century Indo Malay Straits Eclectic style, was built in 1860, and stands today as one of the few bungalows with Islamic elements from that era"
Menariknya Pulau Pinang dengan sejarahnya..antarabangsa sungguh..dengan Acheh nya, Armenian, Yahudi, Francis Light dan Syarikat India Timur, Qing Dinasti dan Sun Yat Sen..
Cantik rumah2 tu... jangan sampai jadi mangsa pembangunan sudahlah...
ReplyDeleterumah-rumah warisan..ada yg dah dibeli oleh Arkib Negara, ada orang persendirian..tujuan yg sama - untuk dikekalkan dan dipulihara..selagi masih selamat digunakan..
Deleteperghhh
ReplyDeleteterbayang2 photoshoot dekat situ
mesti vintage gila bila tengok dalam gambar
rumah-rumah ni mmg cantik utk buat photoshoot...vintage, heritage..sgt klasik..
Deletetu lah pasal
Deletecantik betul seni2 dulu
Hasil seni zaman dahulukala..
DeleteBANGUNAN LAMA TERSERGAM DGN SEJARAHNYA MSH DIPELIHARA
ReplyDeletesenibina lama yg masih kekal utk tatapan generasi sekarang..
DeleteMalay millionaire row... pergh, gah semacam bunyinya.
ReplyDeleteBoutique hotel, harga biliknya pun gulp... huhuu :'3
chinese millionaire row pun ada jg...JPM ni sgt cantik dia punya interior, finishes..itulah harga dia..fikir dua tiga kali nk booking kt sini..
DeletePergh!! Lawanya bangunan-bangunan tu.. I wish i could go there.. huhuhuhu
ReplyDeletecantik JPM..I wish I could stay there...
DeleteCantiknya Jawi Peranakan Mansion tuh :)
ReplyDeletecantik kan..klasik sangat..
Deletesuka design lama-lama.
ReplyDeleteDesign dulu2 sgt berseni..campuran berbagai jenis influence..
DeleteFirst time dengar nasi dalca :)
ReplyDeleteselain nasi kandar, nasi dalca pun popular kat Penang....tapi tak dapat makan nasi ni..huhu..
Deleteitulah yang diceritakan dalam sejarah kan. Francis light yg membuka pulau pinang
ReplyDeletesbb sejarah kita ditulis oleh orang lain, mcm tu lah jadinya..sedangkan dulu Semenanjung Malaysia dinamakan Tanah Melayu sbb orang Melayu yg dulu tinggal disini, sama jg dgn Kuala Lumpur kan, nama Yap Ah Loy yg naik, tapi nama Sutan Puasa langsung takde dlm sejarah..kesian kan org Melayu..
DeleteBangunan lama yang masih dipelihara. Seni binanya juga cantik.
ReplyDeletemmg cantik senibinanya...dari jauh dah tertarik..
DeleteMesti pergi nie bila ziarah Penang nanti....😊☺️
ReplyDeleterecommended...jgn lupa naik tgkt atas, mcm menarik bila tgk gambar...haritu tk sempat..
DeleteMulti culture sejarah penang ini. Sangat menarik. huhu.
ReplyDeletetak sangka Penang masuk dlm sejarah dunia..jd markaz Sun Yat Sen dan pejuang Acheh..
Deleteterus terang sy anak jati penang pun tak jelajah rumah2 yg ada cuma tgk dr luar. kagum tgk hiasan dalaman yg masih kekal cantik
ReplyDeletemmg suka tengok rumah2 lama macam ni..nmpk sangat klasik. diantara bangunan2 moden..di galeri melayu, ada yg masih kekal dari zaman dulu...yg kat Jawi peranakan mansion, semua hiasan dalaman adalah baru..some of them dibeli di India..
Delete