Sambung cerita Penang. Lepas makan nasi 7 benua, perjalanan diteruskan ke Rumah P. Ramlee.
Semua kenal kan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..ke ada yang tak kenai? Yang nak pi ni, rumah kelahiran Allahyarham. Al-fatihah..
Rumah beratap nipah, berlantai papan ini dibina oleh bapa P. Ramlee, Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin pada tahun 1926.
Kayu asal rumah ini adalah daripada rumah di Lorong Yahudi* yang telah dirobohkan kerana kawasan tersebut digunakan untuk pembinaan quarters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang Jalan P. Ramlee)
*Di Pulau Pinang, ada sejarah mengenai penempatan orang Yahudi dan tanah kubur mereka masih ada di Jalan Zainal Abidin (dahulunya Jalan Yahudi). Menurut wikipedia, bangsa Yahudi yang datang ke tanah Melayu pada tahun 1805 berasal dari Baghdad*
P. Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1926
Jom masuk
bahagian anjung
di sini dipamerkan sejarah hidup Allahyarham P. Ramlee
gambar rumah di zaman dulu
kad pengenalan
ruang makan bersambung dengan dapur
dapur
bilik tidur - rumah ni ada satu bilik tidur
di bawah rumah ada basikal & perahu
Bergerak pula ke bangunan sebelah, untuk ke Galeri P. Ramlee.
mesin taip yang digunakan untuk menggubah lagu
peti untuk simpan filem
biola - teringat cerita Antara Dua Darjat
Tiada bayaran dikenakan, masuk adalah percuma.
Till, then, selamat berhujung minggu yang panjang..
Till, then, selamat berhujung minggu yang panjang..
banyak kali dah gi Penang.tp tak ingat langsung nak gi umah p ramlee nih..membesar tengok cite dia ..jd fav... insyaallah next nnt pergi penang blh la singgah sini . :)
ReplyDeleteciter p.ramlee evergreen, tak jemu ditonton..
Deletepernah pegi sekali rombongan sekolah hehe =D
ReplyDeletehehe..pegi sekali pun ok..
DeleteWaah, everything looks well-kept and preserved. Teringin juga nak visit sini someday... sis ada rasa macam sebak tak bila masuk rumah arwah P. Ramlee tu? Saya tengok pics ni saja pun dah ada sedikit rasa pilu :'(
ReplyDeletelepas zaman jepun, bapa saudara p. ramlee baiki rumah ni, bila arkib negara ambik alih, depa pulihara dan improve kwsan sekeliling...perasaan pilu tu tiba-tiba muncul masa tengok gambar2 kt anjung..tengok gambar ibubapa p. ramlee, tengok kad pengenalan....
Deletetak pernah sampai sini lagi
ReplyDeleteada rezeki nak melawat lah rumah P.Ramlee nih
in shaa Allah, akan sampai one fine day..
Deleteamin
Deletemudah-mudahan
amiin..
Deletelama tak p sini.. ada lg kubur bangsa yahudi tu. xsilap tepi jln. kalau naik bas baru nmpk sbb tembok tinggi
ReplyDeletecheck dlm peta, mmg tepi jalan..public boleh masuk kot..tengok banyak jg gambar2 kubur ni dalam internet..
Deletethanks..
ReplyDeleteThanks for sharing.. Nak kena pergi ni nanti
ReplyDeleterecommended..kenangan p.ramlee..
DeletePernah sampai penang tahun 2014. Driver teksi yang saya naik untuk round2 Penang bawak lalu je. Tak singgahpun.
ReplyDeletedah sampai cuma tk masuk..ok lah kan..nampak dari jauh..
DeleteAl fatihah untuk Allahyarham
ReplyDeleteTak pernah sampai sini lagi..
Al fatihah..boleh pi kalau ada di Penang..
Deletemenarik betul bila jalan-jalan macam ini.. dapat mengenali tokoh dengan lebih dekat..
ReplyDeletemenarik jg melawat galeri tokoh2 terkenal kt m'sia ni..
DeleteNostalgianya rumah arwah P.Ramlee. huhu. Dapat bayangkan era 1920 an dulu cmner. huhu,
ReplyDeletenostalgia baca kisah hidup arwah P. Ramlee...
Delete