Wednesday 7 February 2018

Penang : Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

Assalamualaikum...

The journey begins. 01.02.2018. Cuti hari wilayah.

Perjalanan ke Pulau Pinang dari kampung, lebih kurang sejam lebih. Kali ni bertiga, dengan bonda tercinta. Memilih jambatan kedua untuk menyeberang ke pulau.

 menghampiri pulau

ke kanan kita

Destinasi pertama yang dituju ialah Koo Boo Cafe di Taman Tunas Muda, Bayan Baru, nak makan nasi 7 benua, ada tujuh jenis nasi dalam satu pinggan.

Ikut waze, Alhamdulillah, sampai. Tempatnya takdelah glamer, bukan rumah kedai, bukan di kawasan perniagaan. Macam kawasan kilang sendirian, IKS. Lokasi mengadap Jalan Tun Dr Awang. 

 masa sampai, masih belum dibuka, jam pukul 11.01 pagi

 the one & only in Malaysia

 dah dibuka

 pelanggan pertama

 tujuh jenis nasi
nasi putih, tomato, kacang, lemak pandan, lemuni, minyak dan hujan panas

berderet periuk nasi, nasi bersaiz kuih lompang 

warna-warni 

Nasi-nasi boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dan sayur-sayuran. The verdict, sedap juga, cuma nasi lemuni tu kuat baunya. Harga RM8.00 - RM9.00, bergantung kepada jenis lauk. Kalau tak nak makan nasi sampai 7 jenis, boleh juga order satu jenis.

Recommended, bolehlah cuba bila ke Pulau Pinang.

23 comments:

  1. comel plak tengok nasi2 tu... baru tahu kisah nasi tujuh benua ni... tp jauh sangatlah pulak nak pergi mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik2 je saiznya..takde kt tmpat lain, kena gi penang..huhu..

      Delete
  2. comelnya nasik dia.

    bnyk ke sikit tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just nice, lauk & sayur kena ambik sikit..mkn nasi2 tu pun dh best..hihi..dua kali suap je..

      Delete
  3. kenyang mkn nasi 7 benua cntik berwarna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,kenyang..sambil mkn, teka jenis nasi..hehe..

      Delete
  4. Tq..boleh try, the one & only in Malaysia..

    ReplyDelete
  5. harga nasi 7 jenis ni sama ke dengan harga nasi 1 jenis? menarik ni colorful sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama, kalau order satu jenis nasi, harga lain..RM1.50 rasanya...macam2 kaler..seronok lak nk makan..hihi..

      Delete
  6. Replies
    1. sedap jg, cuma nasi lemuni tu kureng sikit..

      Delete
  7. Menariknya... nak try nak tryyy~ Idea yang comei :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, recommended...idea menarik..boleh cuba mcm2 nasi yg ada di m'sia walaupun dua suap je dah habis..hihi..

      Delete
  8. Wow..kreatifnya. Presentation nasi pun cantik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain dari yg lain...mcm2 kaler, nmpk cantik..

      Delete
  9. nxt time akak datang roger la.. bleh banje ikan bakoor sedap hehe..
    btw Nasi 7 Benua ni ceq pun x sampai2. sebab rumah kat seberang memang bercinta kadang2 nak ke pulau hehe.. unless kalo tetiba telajak sana. best juga jadi first customer.. orang pun tak ramai =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas niat murni Siti, terharu akk..in shaa Allah, next time, tp tak tahu bila lg nk ke Penang..
      duduk di seberang dah dekat.., zuss, zapp, tetiba terlajak ke sana..hihi..tak lama, sekejapan je ramai customer..dtg satu van pelancong..

      Delete
  10. sampai ke sudah tak p mkn2 lg.. hehe. nama pun syurga makanan kena atur kedai mkn tiap2 bln 😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takpa, hangpa dok dekat, bila2 boleh pi...Penang, syurga makanan..tiap2 bulan kena pi try new places..

      Delete
  11. Dah lama teringin sebenarnya.. Cuma tak berkesempatan je lagi nak ke sini.. Menarik betul bila buat hidangan macam ini..

    ReplyDelete
  12. Boleh x pilih 3/4 jenis nasi je.. Harga kira
    mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..depa kira mcm harga nasi campur..mungkin extra sikit sbb bukan nasi putih..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!