Friday, 23 February 2018

Penang : Segara Ninda

Assalamualaikum..

Masih lagi cerita Penang. Kali ni mengenai rumah agam milik orang Islam/Melayu di George Town. Ramai jutawan-jutawan Islam di Pulau Pinang di kurun 18 dan 19. Mereka ni peniaga-peniaga yang datang dari negara Arab, dari India, berniaga rempah-ratus. Ada juga kerabat diraja Kedah yang jadi Raja Setul (sekarang Satun) di selatan Thailand.

Kita cerita yang dekat hotel dulu. Di Jalan Penang. Lepas check-in, masuk bilik, jenguk kat tingkap, nak tengok view dari bilik. Tetiba pandangan mata tertancap pada rumah berwarna kuning ini.


Dalam hati bergetus "aikk, ada rumah melayu kat tengah-tengah bandar". Bikin hati tertanya-tanya, rumah siapa ni? camner boleh ada di deretan bangunan komersil ni? Di jalan utama kat Penang? entah berapa harga tanah kat situ? ..huhu..banyak sungguh persoalan bermain di minda. Curiosity killed the cat. Jom kita siasat.

Ini ialah Segara Ninda - rumah kediaman dan pusat perniagaan milik Ku Din Ku Meh atau nama sebenarnya Tengku Baharudin Tengku Meh (1848 - 1932).

 rumah agam yang bersambung dengan kedai 2 buah tu

Siapakah Ku Din Ku Meh ni? 

Ku Din Ku Meh telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul pada 1897 dan Raja Setul pada 1902. Beliau telah diberi gelaran  'Phya Phuminath Pakdi' oleh Kerajaan Thai yang bermaksud 'Raja yang Berbakti'. Ku Din sebagai pentadbir yang bijak, pedagang yang berjaya dan seorang pakar bahasa Melayu dan Thai juga terkenal sebagai pengasas Setul Moden. Beliau telah membeli rumah ini pada tahun 1901. Pihak keluarga telah menamakan rumah ini 'Segara Ninda'.

Lamanya..dah lebih seratus tahun usianya. Tapi apakah maksud Segara Ninda? entahlah, mungkin 'bersegeralah datukku/nenekku'. Sessuka hati je translate..hehe.. 
 
Check di internet, owhh..rupanya Segara Ninda ni ialah hotel butik. Harga bilik takdelah mahal sangat.


suasana pagi


Senibina rumah ini ialah campuran elemen Inggeris, Melayu dan India.

Satu lagi butik hotel yang boleh didiami di George Town, Penang.

Segara Ninda
20 Jalan Penang
10000 Pulau Pinang
www.segaraninda.com

Gambar-gambar dari website Segara Ninda

standard double room

 deluxe room

Tapi bila tengok gambar bilik, rasa macam, entahlah. Rasa macam dalam bilik tidur sendiri, atau balik kampung, ke rumah datuk nenek.  

Heritage, yes! Tapi bila travel, kita nak kelainan dari biasa, tak nak 'home away from home'. Hmm..terpulang kepada citarasa masing-masing.

Check it out..

26 comments:

  1. cantik rumahnya..penuh dengan nilai sejarah.. :)

    ReplyDelete
  2. mungkin pelancong luar ingin alami suasana yg kita rasa kat rumah kita kot tu yg sederhana saja klngkapn biliknya kot nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul jg tu..pelancong luar negara mmg suka benda2 heritage ni..

      Delete
  3. Replies
    1. rumah lama yang masih kekal, menongkah arus pemodenan..

      Delete
  4. wahhh nohas nmpknya dh jelajah semua tmpat historical kt penang hehe..
    nina pun xberapa kisah rumah2 agam yg masih utuh di penang. harap2 akan bertahan untuk tatapan generasi muda mcm contoh masjid kapitan keling

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni depan hotel je, sangat eye-catching sbb tetiba ada rumah Melayu kat jalan utama ni..ya, semoga bertahan lebih lama..

      Delete
    2. rasanya rumah ni dh berzaman. harap2 kerajaan negeri tak kacau lah

      Delete
    3. kalau tanah persendirian tak boleh kacau melainkan ada compulsory land acqusition..

      Delete
  5. Eh bestlah, kalo saya ada peluang nginap kt situ tentu tak lepas peluang. Nampak unik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel bangunan heritage mmg unik..ada aura lain bila nginap disini..penuh sejarah..

      Delete
  6. Penang mmg best, nnti balik Tepen nak ajak hubby lajak ke Penang sambung explore yg tak sempat dulu.. Thanx for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari Tepen, dah dekat..di Penang mmg banyak heritage area nak explore..

      Delete
  7. Segara Ninda? Bersegeralah Nenek'nda? Hehehee... menarik. Mesti ada ramai pelancong dari luar negara yang tertarik untuk stay sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kot maknanya mcm tu...tengok ramai jg yg duduk sini..

      Delete
  8. rumah cantik
    tapi ruang bilik dia biasa jer lah kan
    apa2pun best juga tu
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang lain pun menarik jg..oklah nak stay sini..

      Delete
  9. Wow..kalau duduk sini mesti rasa macam rumah..
    Suatu kelainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..satu kelainan, duduk rumah warisan..

      Delete
  10. Konsep dia cantik sangat.. vintage gitu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep vintage..mengekalkan warisan...

      Delete
  11. kiranya di penang sekarang kebanyakan rumah lama-lama ni dah dijadikan hotel gitu la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua, ada yg cuma restoran shj mcm Suffolk House..kos tinggi utk baikpulih bangunan2 lama, kebykan company oversea yg beli mcm Suffolk House, Blue Mansion, Jawi-Peranakan Mansion..

      Delete
  12. setuju. macam bilik sendiri atau bilik kat umah atuk or opah. huhu. cmner pun, ianya tetap menarik sebab dah berusia 100 tahun kan kawasan tu. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tradisional warisan berzaman...susah nak jumpa yg elok dijaga seperti ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...