Sunday 2 November 2008

Women's Power

Peluang menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Muslimat Hizbullah dan berwacana dengan mereka iaitu Wafa dari media relation of Hizbullah dan Rima, political council member of Hizbullah, sememangnya sangat mengujakan minda.
Menurut sahabat yang menjadi pemandu merangkap 'tourist guide' kepada Wafa and Rima, kedua-dua orang penting Women Association of Hizbullah ini datang ke Malaysia untuk menghadiri satu seminar di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO iaitu International Resident. Sedangkan saya dan kebanyakan sahabat tidak mengetahui langsung tentang seminar tersebut, mereka telah meninggalkan tanahair yang masih belum stabil untuk turut serta berperanan di peringkat antarabangsa.

Menurut sahabat itu lagi, daripada perbualannya dengan Wafa dan Rima, beliau sangat kagum dengan kepekaan mereka tentang hal-hal yang berlaku di seluruh dunia terutama yang melibatkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka berusaha untuk turut serta dan memberi buah fikiran sebagai orang Islam dan juga sebagai salah satu 'super power' yang disegani oleh pihak kawan dan lawan. Menurut mereka 'if you don't grab it, the enemy will definitely make their entry". Musuh-musuh Islam sentiasa merangka-rangka pelbagai cara untuk melemahkan umat Islam dan menjauhkan umat Islam dari ajaran agama.

Bila diberitahu bahawa hotel yang mereka diami terletak di salah satu kawasan elit di Lembah Klang, mereka seakan terpana dan terkeluar dari mulut mereka "If we know that, we won't stay there". Kemewahan duniawi sudah mereka tanggalkan dalam diri dan hati mereka. Bagi mereka, tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal kemewahan dan kelazatan duniawi yang sering melalaikan dan mealpakan diri dari memikirkan masalah-masalah umat Islam sejagat.

Mendengar butir-butir bicara bermotivasi daripada mereka yang berpengalaman dalam 'physical war' dengan Israel Laknatullah, menyuntik semangat agar tidak berasa lemah dalam usaha meningkatkan dakwah Islamiah dalam pelbagai bidang. Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T.

Mendengar secara 'first hand' pengalaman dan aktiviti muslimat Hizbullah di era peperangan dan juga dalam membangun kembali negara Lubnan (terutama selatan Lubnan) selepas beberapa siri peperangan, terbayang di minda segala kesengsaraan, kekalutan, ketakutan dan juga ketabahan rakyat Lubnan yang mempunyai jiran yang kejam iaitu Israel. Namun, lawan tetap lawan walaupun bertempur menggunakan peralatan primitif berbanding peralatan canggih Israel yang dibantu oleh US.

Kini majoriti selatan Lubnan telah hancur dibedil Israel. Kini mereka berusaha membina kembali negara mereka selari dengan pembangunan modal insan. Modal insan yang berjiwa pejuang sedang dibangunkan di Lubnan untuk melahirkan profesional-profesional Muslim yang sanggup mati mempertahankan agama dan negaranya. Melahirkan sekurang-kurangnya satu keluarga, seorang syahid.

Dalam sesi perbincangan, timbul persoalan dari seorang hadirin, "adakah ada perselisihan diantara puak Hizbullah (syiah) dan puak sunni di Lubnan? Adakah satu puak mendakwa mereka lebih baik dari puak yang lain?"

Rima dan Wafa memaklumkan di Lubnan ada 18 sect (mazhab) iaitu sunni, syiah, maronite, khatolik, dll tetapi mereka tetap bersatu dalam menghadapi musuh dan tidak tunduk kepada fitnah-fitnah yang membawa kepada perpecahan yang mana akhirnya menyebabkan musuh-musuh Islam bertepuk tangan.
"As for syiah and sunni, we believe in one Allah, one Kitab and one Rasul. Unity among our people is important to face huge challenges and to move towards victory"

Konklusinya, peranan pemerintah sangat besar dalam usaha mendidik generasi pelapis agar teguh jiwa perjuangannya dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Seeru ala barakatillah...Wallahhua'lam.
p/s: Seorang sahabat berkata "kalau saya jadi mereka berdua, rasanya tak berani keluar dari Lubnan. Entah-entah, nama dah ada dalam senarai Moussad atau CIA". Dan jawapannya, perjuangan Islam bukan untuk mereka yang pengecut dan 'faint-hearted', apatah lagi untuk berdepan dengan musuh-musuh tradisi umat Islam.

10 comments:

  1. Itulah kekuatan sebenar umat Islam..BERSATU..jika umat islam berpecah belah nescaya hancur berderai musuh akan kerjakan kita. Tidak kira apa fahaman sekalipun, seandai wujud Islamic State sudah pasti menggeletar lutut-lutut kaum kuffar. Bahkan ada yang terkucil kerana ketakutan amat sangat.

    Women akan menjadi power jika lelakinya juga power..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Allahuakbar..

    Benarkah pertemuan dengan mereka itu? Sungguh mengujakan dan Rahmah dari Allah, bertemu empat mata dengan mereka yang tidak takutkan mati itu.

    Benar, faint-hearted tidak buat pejuang Islam. Sudah masanya kita mendidik anak-anak kita agar tidak takutkan mati dan impikan syahid.

    ReplyDelete
  3. Sdr ibnurashidi: Na'am. Tonggak kekuatan umat Islam ialah dengan BERSATU atas dasar agama: bersatu teguh, bercerai roboh. Antara faktor keruntuhan Khilafah Othmaniyyah adalah kerana berpecah-belah pemimpin & rakyatnya.

    Lelaki adalah pemimpin wanita, yg bergerak dibarisan hadapan, wanita sebagai sayap kiri perjuangan,saling tolong-menolong..hmmm..may be this saying is true.."behind every great man, there's a great woman"

    ReplyDelete
  4. Alqasam: Salam kembali.
    Majlis itu dianjurkan oleh Lajnah Antarabangsa DMPP pada 30/10/2008. Alhamdulillah, memang diri sgt teruja dgn pertemuan itu.

    Memang benar tarbiyyah Islam bermula dengan ibu bapa untuk menyemai semangat perjuangan: syahid adalah cita-cita tertinggi..

    ReplyDelete
  5. Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.Wanita adalah peniup semangat yang hebat samada dalam perjuangan atau percintaan :)

    ReplyDelete
  6. Pok li:
    Wanita bisa mendamaikan, juga bisa meributkan...wanita solehah penenang jiwa & pendorong semangat perjuangan. Percintaan? Pembantu setia utk mencari cinta Allah..

    ReplyDelete
  7. wanita memainkan peranan sama berat dgn kaum Adam.... cuma sesekali kita terlupa akan keberadaan mereka... atau mereka sendiri lupa akan peranan mereka...

    ReplyDelete
  8. Rush Murad:
    Benar bagai dikata. Syariat telah menggariskan peranan & hak wanita sesuai dgn fitrah kejadiannya, tetapi bila wanita mula menuntut hak kesamarataan, bisa ribut dibuatnya...ada pulak nak jadi imam solat Jumaat..isk..isk..

    ReplyDelete
  9. Teman setuju dengan mereka... Pejuangan menegakkan Islam adalah bukan untuk mereka yang pengecut... Kat Malaysia nie, kalau kita hendak berjihad... berjihad lah untuk menundukkan nafsu kita sendiri terlebih dahulu, then baru kita boleh menjadi umat yang hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..perjuangan menegakkan Islam memerlukan mereka yg berjiwa kental, kerana ramai yg tidak suka Islam itu berkembang..puak sekular, liberal, org kafir apatah lagi mmg akan menentang..jihad di Malaysia, jihad membebaskan umat Islam dari kemiskinan, jihad mempraktikkan ajaran Islam yg syumul..dlm bidang ekonomi, jenayah...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!