Tuesday 9 December 2008

Parlimen P067 DUN N29

Demi menyahut cabaran my dearest friend aka my officemate, fzyfuzzy, entry kali ni is a tribute to my hometown - Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak Darul Ridzuan.


Di sinilah bermulanya, pertemuan dua sungai yang di panggil kuala, sungai kecil Sungai Kangsar dan sungai besar Sungai Perak. Al-kisah, perkataan 'kangsar' berasal dari 'kurang-sar' iaitu kurang satu ke seratus. '

Al-kisahnya, pada zaman dahulukala, seorang anak raja yang rajin telah mengira jumlah sungai dari hulu Sungai Perak dan bila tiba di Sungai Kangsar, jumlah sungai yang ada cuma 99 sungai, kurang satu untuk menggenapkan ke seratus, begitulah riwayatnya.









 
Gambar kiri menunjukkan jeti bot penambang. Bot penambang masih lagi beroperasi untuk membawa penumpang menyeberangi Sungai Perak untuk ke Sayong. Di tepi Sungai Perak ni, terletak taman rekreasi dan padang permainan kanak-kanak. Gambar kanan pula papan peringatan untuk mereka yang terlalai.











Pusat Bandar Kuala Kangsar dengan menara jam sebagai 'focal point

Secara amnya, town planning di Kuala Kangsar adalah secara linear, di mana rumah-rumah kedai di bina secara berderet, berlapis-lapis. Kebanyakannya pre-war shophouses.

Kesesakan luarbiasa di Central Business District of Kuala Kangsar, menjelang Hari Raya Kurban.







 











Pokok getah tertua di Malaysia, berusia 100 tahun pada tahun 1977, sekarang dah berumur sekitar 120 tahun.

Maktab Melayu Kuala Kangsar atau nama glamornya MCKK dengan motonya "Fiat Sapienta Virtus" - Kebijaksanaan Mutu Manusia.












Masjid Ridzuaniah, antara masjid di Malaysia yang mempunyai bilik-bilik penginapan untuk disewa. Disebelahnya ada empat lot kedai untuk menjana dana pengurusan masjid.













Kuala Kangsar bandar diraja, tempat bersemayam paduka tuanku.













Istana Iskandariah



Muzium Diraja Perak/Istana Kenangan/Istana Lembah/Istana Tepas


Istana Kenangan ini dibina pada tahun 1926 tanpa menggunakan sebatang paku. Rekabentuk berkonsepkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian hulu pedang diibaratkan terletaknya bilik peraduan Sultan manakala bahagian sarungnya terletak balai Rongseri istana. Bumbungnya gabungan gaya perabung lima dan perabung pisang sesikat manakala dindingnya adalah anyaman kelarai.













Masjid Ubudiah, Bukit Chandan berkonsepkan "Moorish architectural' dan dihadapannya, Madrasah Idrisiah, sekolah agama wakaf dari Al-Marhum Sultan Idris Shah.


Galeri Sultan Azlan Shah juga di Bukit Chandan
  
 Bersebelahan dengan Bukit Chandan, terletaknya Bukit Kerajaan, tempat di mana kampungku berada. Landmarknya ialah Kuala Kangsar rest house.


Jalan menuju ke puncak bukit


Di sini terletaknya arca keris taming sari seperti gambar dibawah.


Al-kisah, Bukit Kerajaan dulu namanya Bukit Residen kerana disini terletaknya kediaman British Resident iaitu Hugh Clifford. Rumah kediamannya menghadap Sungai Perak, sekarang telah dijadikan Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom.
 
Di Bukit Kerajaan ni terletaknya banglo-banglo lama untuk kediaman upper echelon of government servants seperti kediaman pegawai daerah, ketua polis daerah, pengetua MCKK, YDP MPKK dan lain-lain.

Kolej Islam Darul Ridzuan juga terletak di Bukit Kerajaan, masih belum beroperasi sepenuhnya.









Signboard ke kampungku. Ada pulak orang interframe letak iklan 'massage service', urut oleh lelaki untuk lelaki sahaja ya..







Sekian..semoga kuale terus aman sentosa..

23 comments:

  1. orang kampung pakri nie..
    anak sapa la nie..??

    ReplyDelete
  2. Yesss...berjaya juga provokasi saya utk "orang bukit" mengeluarkan entri tentang kampung halamannya. Tentang sejarah Kang' Sar tu ader juga mendengar dari tuan DO n orang2 tua kat kota lama.
    Keris tu bila masa lak ader kat situ...rupa-rupanya masih banyak lagi kuala kangsar yg saya tak terokai...heheheheheheheh...bukan apa semua sedara mara ramai yg dah tak ader...so balik jarang la sekali.
    Good job kak

    ReplyDelete
  3. waah,hebat jugak tmpt orgbukit ek...xsangka beta,he3...tahniah di atas en3 nih...leh wat dokumentari nih sebenarnyer...

    ReplyDelete
  4. Orang K Kangsar ke? Ini tentu dekat ngan rumah Cikgu Khairudin ni. Bagus dapat tatap gambar tempat bersejarah.

    ReplyDelete
  5. To: fzy fuzzy,

    Arca keris tu dah lama ada kat situ..masa saya kecik2 lg pun dah ader, tmpt bermain & bersenam..

    ReplyDelete
  6. To: BurungBelatuk,

    Thanks..setiap tmpt ada ceritanyer tersendiri..buat dokumentari?? Gud idea..

    ReplyDelete
  7. To: Mongkut,

    Yup, orang Kuala Kangsar. Cikgu Khairuddin, hmmm..sounds familiar..rasa mcm kenal.

    ReplyDelete
  8. ooo..Orangbukit..kampung nama bukit ke?

    Mujur ya iklan service lelaki. Kalo tak, takke haru biru. Mencemar kampungkan.:)

    ReplyDelete
  9. To: Ibnu Rashidi,

    Kampung akak nama Kpg Pakri, terletak di Bukit Kerajaan.

    Agreed with you. Tempat yg strategik utk letak iklan..

    ReplyDelete
  10. bila baca entry ni, mengimbau kenangan lawatan ke rumah seorang teman di Sayong, rumah dia betul2 berhampiran masjid Sayong yg kat tepi sungai tuuu...

    Makan durian dan maggis sampai tak hingat dunia... layanan memang best! Bila agaknya akan ke sana lagi ekkk...

    ReplyDelete
  11. To: Tepak Sireh,

    "Nobody can steal our memories". Datanglah lagi ke KK, cuti-cuti M'sia..paling best masa musim buah & hari keputeraan Sultan Perak..ada panjut sepjg Sg Perak, dekat Sayong..

    ReplyDelete
  12. dah lama la tak singgah kuala la. hehe :)

    ReplyDelete
  13. belum pernah masuk kuala kangsar tp ada sangkutpaut jg dgn orang area sana

    ReplyDelete
  14. to KNizam & paridah,
    datanglah berjalan-jalan di KK, byk tempat menarik..

    ReplyDelete
  15. Bila terpandang pic bot penambang....itulah kenderaan rasmi berulang alik ke sekolah...dah cantik tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah cantik tempat naik bot tu..akak pernah le sekali naik bot penambang tu..

      Delete
  16. Ayuh Kak Paridah...berkunjung ke KK my home town

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong 100%...byk tempat menarik & bersejarah..

      Delete
  17. Banyak tempat menarik... rasanya macam perlu satu plan untuk melawat ke Kuala Kangsar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, byk tempat menarik & bersejarah...sila2, cuti-cuti Malaysia..

      Delete
  18. alaa kecik noo gmbr arca keris taming sari itteww., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri dulu2..try update tapi takleh nak beso kan gambo2 semua...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!