Wednesday 16 December 2009

Cerita Tentang Duit

I.
Pagi tadi seseorang telefon bertanya harga rumah banglo di Bukit Jelutong. Bukit Jelutong memang sudah sedia maklum harga rumah-rumahnya memang mahal, tapi berbaloi, tempatnya cantik & nyaman sekali, seperti diceritakan dalam entry saya yang lepas.

Rumah banglo yang nak dibeli berharga RM2.3 juta. Sebenarnya, pembeli tu nak beli cash, tapi dinasihatkan supaya ambil sedikit bank loan utk elak cukai, etc. RM2.3 juta nak beli cash?? Mak aii..banyaknya duit..dah pun bayar RM2.1 juta, nak ambil loan cuma RM200,000/- sahaja. Korek-korek..rupa-rupanya nak beli rumah untuk anaknya dengan perempuan simpanan..kira-kira kekasih gelapnya..mistress gitu. Dia ni non-muslim, tak boleh kahwin lebih dari satu. Nak beli rumah ni sebab bila dia meninggal nanti, dari segi undang-undang tak boleh nak wasiat harta untuk anak-anak kekasih gelapnya..masa hidup ni beri siap2...baik punya bapak. Forward thinking. Tak payah nak berebut-rebut harta pusaka.

Ah..lelaki..sama sahaja. Tapi yang ni lebih baik dari Tiger Woods..agak-agaknyalah..

Moral of the story: Sediakan payung sebelum hujan..


II.
Saya sedang mengeluarkan duit di ATM. ATM cuma ada tiga, yang last sekali Mesin Deposit Tunai. Saya berada di mesin ATM yang ketiga sebelum mesin deposit. Tiba-tiba seorang budak lelaki muda terus mencucuk kad di mesin yang last sekali tu, sebelah kiri saya. Saya pandang muka dia, dia pun pandang saya, selamba. Tiba-tiba saya perasan manusia di sebelah kiri saya dah takde. Saya toleh ke kiri, tiada. Saya toleh ke kanan, rupa-rupanya dah berubah lokasi. Silap rupanya, ingatkan nak bayar kredit kad ke..apa..

Moral of the story: Look before you leap, toleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas..hehe


III.
Saya pernah value rumah banglo yang berbentuk $, dollar sign. Sungguh susah. Sangat pening. Menurut tuanpunya rumah, first owner dulu seorang businessman. Wah, nak duduk pun dalam duit, mana tau dapat aura..the power of attraction..

Moral of the story: You have to spend money, in order to make more money..

19 comments:

  1. Situasi I
    - Pheh!! RM2.1M cash money. Memang kaya gila.
    Kita ajer yang beli kereta dgn rumah pakai bank installment. Tu pun bertahun2 nak abis bayar - Riba

    Situasi II
    - Control macho sampai tak tau mana satu mesin ATM dan mana satu mesin cash deposit. Adakah kejadian ini berlaku di ATM, Wisma M...Jln TAR...hehehehe

    Situasi III
    - Ini baru dikatakan makan, minum, tido, berak, dgn duit...hehehehehe (sorry bahasa kasar - membuang air kecil dan besar sebetulnya)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik dia masih tau nak buat apa dengan duit tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Hijrah,
    1.tu sb Islam dah siapkan sistem faraid..

    II....hehehe macm pernah jadi lak..
    nak kuar duit tp p kat mesin deposit,igt mesin rosak...malu!!

    III.
    duit,duit.duit d mana kau duit? duit mmg berhantu!

    ReplyDelete
  4. @fzy fuzzy,

    Situasi I,
    ada org got 'money to burn', tatau nak buat apa ngan duit, dah terlebih..kita je yg struggle to live, apapun yg penting..happy..

    Situasi II,
    ya betull...hidup mesti confidence..

    Situasi III,
    Feng shui baik, agaknyalah..

    ReplyDelete
  5. @eL,
    Hmm..to think positive of his action, but other woman's happiness is another woman's sorrow..isteri mana tak sedih kalau suami curang, ada anak lak lagi..huhuhu..melatopp..cam kes Tiger Woods..

    ReplyDelete
  6. @ikan emas, Salam Hijrah 1431..

    I.
    Itulah keindahan hukum Islam..tapi anak tak sah taraf ni tak termasuk dlm list..

    II.
    Oh ye ke?? ATM & MDT tu sama je bentuk, jgn terpedaya dgn paras rupa..hehe..

    III.
    Nak cari duit, susah. Nak belanja..hoho..senang skali..memang berhantu, sekejap ada, sekejap takde..

    ReplyDelete
  7. er.. tp xbrapa fhm la yg stuasi kedua tu.. knp tiba2 org knn dan kiri ilang? si budak tu plak?

    er,,kmpius..

    ReplyDelete
  8. 1. Untungnya lelaki Islam yang boleh kawin sampai empat. Tapi ada yang tak pandai jaga macam kawin gelap tu..

    2. No komen

    3. Tandatangan saya macam duit jugak. Tapi tak kaya jugak ha.. ha..

    ReplyDelete
  9. hehe.. lwk je cite 2nd tuh.. gji baru masok kot. ahaks ;p

    ReplyDelete
  10. @puteri,
    jgn konpius dik, senang je maa, org sebelah kiri tu dah silap, nak kluar duit kat mesin deposit, sbb tu gi sebelah kanan lakk..

    ReplyDelete
  11. @Pok Li,
    1. Allah SWT yang Maha Mencipta & Maha Mengetahui sikap hamba2 ciptaanNya.

    3. InsyaAllah, kaya di akhirat..

    ReplyDelete
  12. @noin,
    memang time gaji, laughing all the way to the bank..

    @BudakMisteri,
    Waalaikummussalam, InsyaAllah akan berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  13. ooh..?
    cegitu ghupenye...
    sng je nk phm...
    he.he

    ReplyDelete
  14. duit bukanlah segalanyerr.. tapi segaler2nyerr nak pakey duitt kannns.. ehehe salamm abang alpakri tewww

    ReplyDelete
  15. @puteri,
    dah faham..gud2..jgn tiru aksi tersebut..hehe

    @en_me,
    tu yang pening, ada org kerja siang mlm cari duit..salam kembali, bukan abang tapi la femme..

    ReplyDelete
  16. la femme ghuperrnyerr.. sorilaa nooo.. suara ko garau ghitewww.. wakaka

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, bersyukur dgn nikmat bersuara..

    ReplyDelete
  18. Agreed... We need to spent to get more... The POWER of SEDEKAH...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!