"Don't judge a book by its cover".
Memang benar pepatah inggeris ini. Pertama kali baca tajuk buku comel ini, hati langsung tidak tertarik 'Tribute buat Nenda". Hati berkata-kata "ini mesti kisah penulis dengan neneknya". Lantas rasa malas nak beli.
Pada Maal Hijrah 1431, bersua lagi dengan buku ini. Kali ini penjualnya bersungguh-sungguh menyuruh saya beli. "Beli kak, tak rugi, kak. Saya gerenti akak mesti suka buku ni. Kalau akak tak suka, saya boleh pulang balik duit akak". Wow, ayat power. Terus beli. Allah SWT jua yang membolak-balikkan hati, Alhamdulillah.
Subhanallah, bila start baca, terus jatuh cinta. Memang benar taglinenya, buku ini 'bukan sekadar novel'. Ya, bukan sekadar novel, tetapi sebuah memoir perjalanan seorang insan dan diselit dengan buah-buah ilmu untuk muhasabah diri.
Memetik tulisan Prof. Dr Rahman Shaari dari Universiti Malaysia (di kulit belakang buku), karya Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid ini menggunakan Konsep Persuratan Baru (Gagasan Mohd Affandi Hasan). Konsep ini membawa makna persembahan karya yang tidak mengutamakan cerita tetapi menekankan ilmu.
Ilmu yang disampaikan secara bersahaja tetapi menyentuh perasaan. Bisa mengalirkan air mata. Tidak jemu diulang-ulang bacaannya.
"Hati..Disinilah jatuhnya pandangan Rabb. Kilang janaan cinta pada Pencipta Cinta. Yang dengannya Mahabbah itu dijana sedikit demi sedikit sehingga akhirnya dipenuhi dengan Halawah Iman. Lantas ketika itulah hati akan terfaham terhadap hakikat bagi sebuah kehidupan"
Artikel-artikel dalam buku ini diselit juga beberapa kata-kata hikmah Syeikh Ibnu A'thoillah dari Kitab Al-Hikamnya:
1) Jangan merasa gembira di atas perbuatan taat kerana engkau merasakan ia telah dapat dilaksanakan, tetapi gembiralah kerana Allah telah mengurniakan hidayah dan petunjuk sehingga engkau dapat melaksanakan ketaatan itu.
2) Boleh jadi Allah mengurniakan satu nikmat kepadamu tetapi Dia menghalangmu kepadaNya dan boleh jadi dia menghalang satu nikmat kepadamu tetapi mengurniakan taufik dan hidayat kepadaNya.
3) Jangan meninggalkan Zikrullah! Kerana (bukankah) kamu tidak dapat mengingati Allah sepenuhnya walaupun sedang berzikir. (Oleh itu) lalai bagi orang yang langsung tidak berzikir (adalah lebih bahaya) dari mereka yang lalai ketika (tetapi masih dalam) berzikir.
4) Sebaik-baik saat di dalam hidupmu ialah ketika engkau menyedari kekurangan diri dan engkau kembali kepada kerendahan dirimu.
5) (Ketahuilah) Sesiapa yang memujimu (kerana kebaikan yang ada padamu) adalah semata-mata kerana betapa bijaknya Allah menutup aib yang ada padamu. Maka pujilah kamu (yang menerima pujian) kepada Allah yang telah menutup aibmu itu, bukannya kamu mengembalikan pujian tersebut pada mereka yang memujimu dan berterima kasih padamu.
6) Sebaik-baik yang patut kamu mohonkan dari Allah ialah kemampuan untuk melaksanakan ketaatan terhadap apa yang telah Allah perintahkan.
Dapatkan di pasaran, anda pasti tidak akan menyesal..
sudah lama tak baca novel,
ReplyDeletesalamm,
wah?
ReplyDeletemnarik.
hom p pesta bku ahad ni :)
Dah lama saya cari kata-kata hikmah yang no. 1 tu. Curi sikit boleh?
ReplyDeletebtul k.el..sedap kata2 yang pertama..akk ni novel ke buku motivasi?memg best erk..kalo best ingt nk cr kat pesta buku iAllah
ReplyDelete@tunbegia,
ReplyDeleteSuka baca novel karya Habiburahman El Shirazy.
@puteri,
memang menarik, lain dari yg lain. Actually, it is a compilation of his articles in his blog.
Hari Ahad, dah penuh program. Hari Sabtu, InsyaAllah.
@eL,
ReplyDeleteYa, silakan.
Saya pun curi dari buku itu, ada beli tafsir Al-Hikam, tapi baca tak faham. Kena gi berguru..
@Fatahiyyah,
Sebenarnya kompilasi artikel dlm blog penulis, memoir perjalanan hidup, more to perkongsian ilmu..memang menarik - blog: rashidyjamil.blogspot
Tiba-tiba seakan saya mendapat hidayah daripada beberapa petikan yang puan titipkan. Tk
ReplyDeleteoh...
ReplyDeletehari sabtu ada seminar; sob3..
insya-Allah puteri akan cari buku di atas.
tapi, puteri kurang bersetuju dengan
"don't judge a book by its cover"..
hu..
@Pok Li,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga ada manfaat.
@puteri,
Hari Sabtu, rasanya tak dapat gi, kena kerja..
Hmm..kenapa kurang setuju? Itu sebenarnya my first perception on the book, rasa mcm tak best jer..
erm..bukan.
ReplyDeletesbb bg sy..
"a book should be judge by its cover"
mksudnya sy stuju mnilai bku trlbh dhulu brdsrkan pndgn prtama.
ReplyDeletetak stuju dgn ppatah inggeris tu..
Saya ada semua buku tulisan Ustaz Rashidy Jamil ni... Tertarik beli bukunya bila dengar beberapa ceramah agama yg dia sampaikan dlm slot Bicara Ad-Din di masjid negeri. Terutama tentang kisah pendebatannya dengan paderi dan org-org Kristian. Memangnya dia mengkaji bible untuk menundukkan hujah mereka.
ReplyDeleteOrangnya bila berbicara, memang tenang sekali...
@suara,
ReplyDeleteMula-mula beli buku dialog dgn paderi, buku 'tribute' ni rasa mcm tak best saja.
Memang dia layak utk bercakap ttg perbandingan agama, berpengetahuan luas tentang jenis2 bible, isi kandungan bible.