Sunday 2 January 2011

Aku dan Majalah GLAM..adakah cinta akan berputik?

2011. Malam Tahun Baru.

Dalam keriuhan sorakan “Happy New Year”, percikan bunga api…aku rupanya ralit mengulit majalah GLAM..”Gaya Lebih Anggun Mewah”....asyikkk… semuanya indah-indah belaka mengikut piawaian duniawi..melihat what’s hot in the market…bercempera di dada majalah dari beg tangan..kasut..houte culture..alat solek,..parfums.…berselingkuh dengan who’s who, LOL, fashionista dan sosialis kota berparti sana-sini…

Mata membuntang, nafsu menggebu-gebu…Prada, Emilio Pucci, Miu Miu, Chanel, Christian Loubotin, LV, Jimmy Choo…semuanya ribu riban.. Beg tangan Birkin harga puluhan ribu..

Arghh..perempuan, nafsunya kan ada 9…

Serangan psikologi, mental block dilabuhkan…”dunia, dunia…”

“Ya Allah, biarlah dunia ini berada ditanganku, jangan sekali dihatiku..”

Selamat Tahun Baru.

...................................

Majalah free memang seronok dibaca…walaupun menyampah tengok model-model yang terlampau..hati berbicara juga..”berdosa tengok aurat orang lain”. Titik.

Bagi a plain woman macam saya, terfikir juga dalam benak fikiran apa ilmu yang saya cari dalam majalah seperti ini sedangkan di alam realiti ‘terberkenan’ beg tangan harga RM700++, pun tawaf 10 kali kat Sogo, kot-kot ada yang murah sikit yang seumpama beg tangan pilihan hati..Nak tunggu sale, ada tanda ‘new arrival’..hish susah betull…kemahuan hati tak sama dengan saiz dompet, hehe..

Memang ada ilmu dipelajari, ilmu kehidupan, ilmu psikologi..segmen Korner Mak Datin dan celoteh Datin X, ohh.. rupanya tak semuanya indah-indah belaka…that’s life.

Ilmu psikologi, manusia ini mempunyai ego tersendiri. Yang kaya, ingin memperlihatkan kekayaannya secara material melalui pakaian, kediaman, assessori, gajet, dll. Yang membezakan the have’s and the have’s not. Implicitly, to tell the world, “hey, I’m rich and can afford to have all the good things in life. Don’t you want to be like me?” Hmm…

Ilmu perniagaan: “branding”, “marketing” dan good quality products, seiring sejalan. Know your target market and also your competitors. Siapa yang perlu dijemput untuk product launch, lokasi, gimmicks..teringat kata-kata pakar motivasi kekayaan “melayan ego golongan ini adalah a very good business, they have money to burn..”

Kata orang, ‘you are what you read’ but for me,”read all under the sun” dan biarlah minda yang menyaringnya, menapisnya...bagus ke, OK to follow, nak simpan dalam memori, to use as a conversation starter, for general knowledge only or layak untuk recycle bin, etc. etc..

Not a good start for a new year, huh? Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


10 comments:

  1. Saya suka baca majalah humor. Dulu bertimbun-timbun. Bila kahwin bagi kat rakan sebilik.

    Kini tak berapa rajin baca. Tahun ni nak daftar ahli perpustakaan negara pulak.

    ReplyDelete
  2. SALAM,

    Semoga tahun ni lebih rajin menulis...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Banyak majalah membuka nafsu kita kepada dunia. Jika rasa terbuka baik tutup cepat-cepat agar ia tidak sempat mengusik...

    ReplyDelete
  4. Pok Li,

    Masa muda2 dulu suka juga baca majalah Gila-Gila, masih ada lagi 2 -3 naskhah di kpg, kertas pun dah warna kuning.

    Bila dah tua baca x rasa kelakar le pulak, rasa boring.

    Bagusnya nak jadi ahli perpustakaan negara, saya yg dekat ni pun rasa malas..

    ReplyDelete
  5. ikan emas,
    harap2nya begitulah..


    Abd Razak,
    Ya, nasihat yang baik. Rugi masa baca majalah2 mcm ni, faedahnya entahlah, takde kot..bacaan ringan.

    ReplyDelete
  6. Salam :)
    Hurm..Zaman sekarang memang banyak media cetak yang tak memberangsangkan otak. Lagi -lagi bahan bacaan kanak kanak.

    Start membaca dari kecik buku2 ilmiah..insyaallah. :)

    ReplyDelete
  7. Hanafana,

    Bagus baca buku2 ilmiah, dapat menambah pengetahuan..

    ReplyDelete
  8. jika kemahuan hati tak sama dengan saiz dompet...apa susah! banyak yang bole dapat kat uptown, downtown atau PS boutique.
    hehehehehehehe.....

    ReplyDelete
  9. majalah free?
    me pon suka
    kikikiki..
    yelah..
    kdg2 tu nk beli..
    bacanya sekali je..
    pastu smpan..
    huuu

    smoga dgn brtambahnya usia kita
    bertmbah jualah amal ibadah kita
    ameen
    insya-Allah

    ReplyDelete
  10. fzy fuzzy,

    Ya benar..rupa & kualiti pun lebih kurang sama

    puteri,

    Ameen. Semoga sentiasa istiqomah..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!