Wednesday 23 May 2012

Langkawi : Agro-wisata

Assalamu'alaikum...selamat malam..
- semoga kita sentiasa memperbanyakkan zikir dan munajat 
kepada Allah SWT di bulan Rejab yang mulia ini -


Minggu lepas telah bermusafir ke Pulau Langkawi, permata Kedah..pulau sumpahan lagenda Mahsuri.  Kali ketiga menjejakkan kaki kesini, setelah kali pertama di tahun 90an, kedua di tahun 2002 dan kini di tahun 2012, terlalu banyak perubahan, too commercialise..10 awesome years.. 

Namun, ada sesuatu di sini yang sudah lama ingin saya lawati iaitu the Buffalo Park di Kampung Nyior Chabang. Jom kita berwisata alam dan haiwan..back to nature..mari tengok apa yang ada di sini..expect the unexpected..

Untuk sampai ke Buffalo Park, terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang hanya boleh dilalui oleh kereta dan motorsikal sahaja, kalau buat rombongan Cik Kiah naik bas, memang tak lepas, jauh juga dari jalan besar..

Mula-mula akan jumpa Buffalo Park ni, ditepi jalan, cantik kawasannya, macam ranch kat oversea. Disini ada kandang kerbau dan kilang kecil membuat keju dan pelbagai produk dari susu kerbau.  Bayaran masuk RM3.00 untuk pelancong tempatan.  

Pintu masuk
Macam-macam aktiviti bersama kerbau
Kerbau pun ada salasilah

Kerbau untuk tunggangan
 
Selamba je adik ni, kami yang tak tahan bau ta*k kerbau, menyucuk-nyucuk hidung, terus lari keluar..tak tahan woo..

Yang ni sedap.. ais krim susu kerbau
Dadih susu kerbau ..RM2.00 sahaja
 
Ladang yang kedua terletak dibelakang Buffalo Park tadi. Friendly Farms yang dikerjakan oleh orang Itali yang berkahwin dengan wanita tempatan.  Masa kami datang, Michael dan isterinya tiada di Malaysia, balik kampung di Itali.


Friendly Farms..memang friendly

Ladang lembu dan kambing
keju mozarella

Proses memotong keju..free tasting

Pagi esok terus buat pizza guna Langkawi Cheese, not bad..international standard, locally made..belilah produk buatan Malaysia.

15 comments:

  1. tertarik! esp tang keju tu....brape ye harga 1kg?

    ReplyDelete
  2. RM30..yg smoked cheese mahal sikit..

    ReplyDelete
  3. OOO...ok2...ada kesempatan nak p jengah jugak la,sambil beli banyak2 cheese...:)

    ReplyDelete
  4. Kangar dah dkt sangat dgn Langkawi, tiap2 minggu pun boleh pergi..hehe..beli byk2, boleh buat business..

    ReplyDelete
  5. bosaunye tanduk kobau tu.. menakutkan.. sekali die terjah terus terpelanting kayu yg menghalang tu.. huhuhuhu ngeri..

    ReplyDelete
  6. Ladybird, yang ni jinak, adik tu pun tak takut..boleh hand feeding lagi..

    ReplyDelete
  7. dulu pernah masuk majalah 3 tempat ni...

    ReplyDelete
  8. betul3....p weekend pn boleh...hehehe

    ReplyDelete
  9. lain kali..kalo p sana.. harus ke situ plak... cam best je nie.. hehe

    ReplyDelete
  10. Sdri Kamsiah, tak sempat tengok masa ditayang di Majalah 3, byk baca dlm blog2 shj..tu yg teringin nak pegi..

    ReplyDelete
  11. atulasca, dah dekat, balik hari pun boleh..

    CikMoonAdnan,
    Pengalaman yg berlainan, tentang buat keju tu, part yg best..

    ReplyDelete
  12. dh lama xnmpak kerbau di tengah bendang. dulu kerbau ni mmg berguna di dlm kerja tani di bendang...la ni dh xde lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekrg dah guna jentera, mesin..kerbau berehat utk ternakan saja..

      Delete
  13. ada lagi ke nombor telefon tmpt ini. hajatnya mahu bt lawatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takde nombor telefon tempat ni, pergi ni pun pakai redah je, adik yg bawa, dia ada dtg sini bawa rombongan budak sekolah...boleh try check kt internet..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!