Selepas makan, solat dan tidur sekejap, pukul 2.30 petang, keluar menapak ke Myeongdong. Tujuannya nak ambil bas untuk ke Namsan Tower. Malas nak ke stesen cable car, takut ramai orang. Myeongdong penuh dengan manusia. Nampak Uniqlo, masuk sekejap, nak tengok apa yang bestnya Uniqlo ni, takde yang sesuai, keluar balik.
Menyeberang jalan, tunggu bas no. 5 di stesen bas di hadapan Exit 3 Myeongdong station, dekat Prince Hotel. First time naik bas awam, tengok macamana orang Korea buat, masa naik tap T-money pada card reader tepi drebar bas dan kemudian sebelum turun, tap sekali lagi di tempat turun bas. Senang benor..
Bas ni dan semua bas persiaran tidak naik sampai ke kawasan Tower. Kena mendaki pula for a short distance. Walaupun tak jauh, tapi kecuramannya 90 darjah, mengah juga lah.
naik bas no. 05 ni - Namsan Tour |
Aktiviti mendaki bermula |
Sampai sahaja diatas, tiba-tiba ada dua orang wanita menghampiri saya. Seorang dari mereka memperkenalkan mereka dari Jehovah's Witnesses. Alamak, macam ni pun ada kat sini. Layan jugalah, nak tengok apa mereka nak cakap. Sorang saja yang bercakap, yang sorang lagi diam sahaja, observing, mungkin trainee kot. Dia tunjuk pamphlet bertajuk 'How to Find the Road to Paradise', dalam tu ada juga terjemahan beberapa ayat-ayat Al-Quran - Surah Al-Zumar, Al-Anbiya tapi yang banyak ayat-ayat dalam Bible. Dia tahu kita ni Muslim, timbullah dialog macam ni..
JW: "We and Muslim are the same, we believe in one God, not like other Christians"
Saya: "But you don't believe in Muhammad"
JW: "We know Muhamad is respected by all Muslims"
Saya: "Muhamad is our Messenger, we don't just respect him, we believe him"
Entahlah, skill berdakwah pada non-Muslim masih tahap lemah, last-last dia bagi pamphlet tu suruh baca. Saya jawab, 'OK, for general knowledge'. Dalam minda, expect the unexpected..
On the way to Namsan Tower, disambut oleh Haechi, rasa happy..cutenya.
haechi - maskot Seoul city |
Sedikit info mengenai Namsan Park |
Seoul Tower |
padlocks trees |
Celebrate love - more padlocks |
Ada persembahan kebudayaan zaman Joseon, layan sekejap. Mostly pertunjukan martial arts. Joseon ialah dinasti terakhir di South Korea sebelum menjadi republik.
pertunjukan gendang |
Destinasi seterusnya: Sungkyunkwan University, the oldest university in South Korea and also one of its kind in the world. Sebab tengok drama Sungkyunkwan Scandal, nak juga pergi. Sebenarnya, SKKU ada dua kampus, tapi yang ini kampus asal.
Laluan yang diambil: Naik bas No. 5 tadi ke Myeongdong, kemudian ambil Line 4 ke Hyehwa station, keluar Exit 1, jalan ke depan sikit, naik shuttle bus (bus no. 3) ke SKKU. Tambang KRW300 cash, takleh guna T-money, takde card reader.
Kami takde duit kecik, terpaksa burn KRW1,000 untuk dua orang. Tapi driver ni baik hati, siap turun, tukar duit kat kiosk dekat bus stop dan bagi baki KRW400 pada kami. Wahh, terharu sungguh.
Perjalanan ke SKKU tak jauh sangat, sekejap dah sampai. Kami turun di main entrance, nak ambik gambar gate. Pak guard ada, tapi takde le dia tahan, minta tengok student ID ke apa, kami pun releks je, snap-snap gambar, mungkin dia dah biasa kot..
The oldest university |
Main entrance & guard house |
new campus |
berusia 600 tahun |
Banyak bangunan-bangunan lama yang telah dibaikpulih dan dikekalkan.
bangunan lama |
lagi bangunan lama |
Masa tengah snap2 gambar, terserempak dengan dua orang student perempuan Melayu, yang first cuma senyum-senyum je kat kami, kemudian terus jalan laju je turun bukit. Yang kedua bertemu dekat simpang jalan, rupanya exchange student dari negara Brunei.
Tak berlama-lama di sini, naik shuttle bas, balik ke Hyehwa station dan ambil Line 4 ke Dongdaemun. Keluar ikut underground shopping complex, nampak dia tulis gate 2. Nak cari grilled fish lane, jumpa selepas keluar dari Dongdaemun Shopping complex, pusat borong barangan jahitan. Kat sini my sister beli bed cover.
Dongdaemun grilled fish lane |
ahjumma with the grilled fishes |
Kami makan di kedai no. 2, kedai ahjumma diatas. Dia yang tegur, "Malaysia?". Dia yang pilihkan ikan, dia kata orang Malaysia suka makan ikan-ikan tu.
Set hidangan - grilled fish with banchan (side dishes) |
Mula-mula hantar air kosong dan banchan (side dishes) semua sayuran - ada kimchi, taugeh kasar, sayur sawi, kacang bendi, daun salam dan satu lagi sayuran berkuah. Enam jenis semuanya. Grilled fish yang ahjumma pilih ialah blue mackerel dan satu lagi tak tau nama.
Mula-mula tu try makan kimchi, memang takleh nak masuk. Lain-lain banchan dah takut nak try. Lastly, makan nasi dengan ikan bakar saja. Harga untuk dua orang, KRW14,000, maknanya KRW7,000 sorang.
Selepas makan, nak balik GH, rasa malas pula nak menapak ke stesen MRT, kena turun/naik tangga, kami pun berjalan menyusuri Cheonggyecheon Stream ni bersama-sama Seoulites.
Cheonggyecheon - Dongdaemun side |
Itik-itik berenang |
Sampai GH, bersiap-siap untuk perjalanan esok (Day 3) ke Nami Island, Petite France dan the Garden of Morning Calm, semuanya di Gapyeong.
No comments:
Post a Comment
Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!