Friday, 21 June 2013

South Korea : Jeju Island (Finale)

Dari Hallim Park, kami ke Yongmeori Dragon-head coastline On the way, singgah di gerai tepi jalan, untuk membeli Hallabong. Kalau di Korea, hallabong ni hanya terdapat di Jeju. Namanya berasal dari Mount Halla dan ianya pelik sikit, ada bump di bahagian atas, Subhanallah..

Hallabong
sweet, seedless and juicy

Tempat yang nak dituju, Yongmeori ni terletak di selatan Jeju-do. Ianya berlatar belakang Mount Sanbangsan, sebenarnya gunung ni yang stretch ke laut, membentuk seperti kepala naga. Entrance fee KRW2,000. Mari bermesra dengan alam ciptaan Ilahi..di tengahari..

baru permulaan

di pertengahan
Di sini terdapat beberapa haenyo (penyelam wanita) yang berjualan produk laut seperti abalone, siput dan entah apa lagi. Fresh from the sea, ditangkap sendiri..Ramai tourist yang makan fresh mentah-mentah kat situ juga, Ada haenyo yang panggil ajak makan abalone mentah-mentah, siap buat demonstrasi lagi..hee..idok le teman nak cuba.

haenyo sedang berjualan
Ada juga menjual benda yang sedang hot di Malaysia sekarang ni iaitu rumpai laut. Saya dengan my sis dok berkira nak beli ke tidak rumpai laut tu..rasa macam nak beli, bukan senang nak jumpa fresh macam ni, kat Jeju pulak tu, tapi fikir-fikir balik, leceh pula nak simpan, nak bawa naik flight, payah juga sebab rumpai laut ni hanyir baunya..

abalone (kanan), yang kiri tatau apa
Pemandangan memang cantik dengan lapisan batu-batu yang terbentuk secara semula jadi akibat hakisan air laut.

akhirnya - Mount Sanbangsan di kejauhan
Tempat ni memang berbaloi pergi, kecantikan semulajadi, di tepi laut lepas. Di sini juga ada kapal Hamel yang hanyut ke kawasan ini pada tahun 1953. Siapa Hamel? Seorang Dutch yang nak ke Japan tapi terkandas di Pulau Jeju sebab kapal rosak dipukul ribut.

On the way back to the parking lot, ternampak kebun bawang putih ni..luasnya..

kebun bawang putih
Di sini juga terdapat gerai-gerai menjual souvenirs Jeju Island dan yang paling famous ialah coklat Jeju yang pelbagai perisa - hallabong, mandarin, kaktus dan lain-lain. Di sini yang paling murah - KRW10,000 untuk 6 kotak.

Kemudian meneruskan perjalanan ke Jusangjeollidae di Jungmun Daepo Coast. Masa ni rasa happy sikit sebab pergi tempat yang ada dalam itineraries, tapi sedih juga tak dapat pergi Seopjikoji dan Seongsan Ilchubong..huhu..trip lain kali, InsyaAllah..

formed by basaltic lava
Di sini juga terdapat ahjumma menjual hasil laut yang fresh dan disaran makan mentah-mentah (untuk menambah zat besi)..
 
tourists mengerumuni ahjumma ni - nak tengok saja, bukan nak beli
siput sedut

haenyo baru pulang
pokok palma
Sementara menunggu Mr Gim makan tengahari, kami jalan di kawasan di bahagian atas. Lunch untuk taxi driver, kena bayar KRW10,000. Kemudian pergi ke Oedolgae rock.

oedolgae rock
Kemudian ke Cheonjiyeon waterfall. Cheonjiyeon maknanya 'God's pond', tinggi 22 meter and lebar 12 meter.

cheonjiyeon waterfall

itik pulang petang



dolharuebang
Masa balik beli jagung rebus yang colourful ni, sedap manis.

jagung colourful
Dah pukul 4.30 petang, kami pun bergerak ke arah utara, menuju ke Jeju-si.  Mr Gim membawa kami melalui the Mysterious Road. Sebelum ke airport, singgah di Yongduam Rock, the dragon head rock. Masa ni ramai haenyo yang sedang berjualan hasil laut untuk sesi petang pula.

Yongduam Rock

Kemudian ke airport untuk flight pukul 6.20 petang, off to Seoul.  Sampai di Gimpo, naik airport limo ke GH. Berakhirlah perjalanan tak sampai sehari di Jeju-do, sekadar di pinggiran. InsyaAllah, mungkin ke sini lagi dengan perancangan yang lebih teliti, jika ada rezeki..

15 comments:

  1. 1 hari je jeju??? pulun habis habisan ni

    ReplyDelete
  2. bestnyer :3 nak pegi jugak :c

    ReplyDelete
  3. Supermeng,
    Ya, sehari je, pergi mana yg sempat saja..touch n go..

    miss fifi,
    Jeju memang cantik, a must visit place before we die...hehe..

    ReplyDelete
  4. Supermeng,
    Ya, satu hari je. Pergi mana yang sempat saja, touch n go..

    miss fifi,
    Jeju memang cantik, a must visit place before we die..hehe..

    ReplyDelete
  5. Nohas,
    wah best nya pergi jeju..Hari tu plan nak pergi..tapi bila buat kira-kira, terlebih bajet..so terpaksa cancel...memang kene pergi Jeju ni...geram tengok limau tuh.hihihi :)

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat tu...nampak bersih dan nyaman ja...dgn angin tepi laut..hehe bila la dapat kesana..

    ReplyDelete
  7. Amanda,
    Jeju memang best, InsyaAllah, usaha tangga kejayaan..

    Kamsiah,
    Jeju ni diantara pulau tercantik di dunia..InsyaAllah, akan sampai juga di sini..

    ReplyDelete
  8. salah 1 pulau dlm wishlist sy...hrp2 dpt smpi ke sini 1 hari nnt..aminnnn

    ReplyDelete
  9. Batu2 di Jungmun Daepo Cost tu sama macam di Giant Causway, Norhen Ireland..
    menarik tgk orang jual sesiput kat situ..
    So ke ne letak Jeju Island ni dalam list kalau ke kore nnti :-)

    ReplyDelete
  10. Time Traveller Boy,
    Jeju ni kena pergi 3-4 hari, baru berbaloi, boleh pergi keseluruhan pulau..timur, barat, utara, selatan.

    ReplyDelete
  11. cantiknya permandangan kat cni....subhanallah....

    ReplyDelete
  12. penyisir rambut,
    Jeju memang cantik..alam ciptaan Allah SWT..

    ReplyDelete
  13. sgt2 teringin nak ke korea..:)

    ReplyDelete
  14. Asyik Izas,
    Kalau pegi sendiri, tak berapa mahal..reasonable & affordable..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!