Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, kembali suda dari negeri di bawah bayu. Walaupun cuaca kurang mengizinkan tetapi Alhamdulillah, matlamat untuk mengeratkan silaturahim di antara staff di Headquarters KL dan Sabah branch, tetap tercapai. Selama ni cuma mendengar suara, sekarang baru benar-benar bersua muka..Ceria bertemu kembali dengan dua orang staff KK yang pernah bekerja di HQ..bertambah gemuk kamu berdua,less stress tinggal di KK..
Trip kali ni sangat relaks sebab semuanya diuruskan oleh boss dan juga Sabah office. Dan yang paling bestnya, keseluruhan trip - flight tickets, accommodation, transportation, entrance fees and foods, di sponsor oleh boss, thank you, Mr CKT. Flight tickets sangat murah..RM136 return, Malaysian Airlines, under Economy Promo Fare Family Benefits..
Trip 4H3M ni bermula hari Jumaat, 6 September hingga hari Isnin, 9 September 2013. Ahli jemaah cuma empat orang saja yang gi flight pukul 12.55 noon. Boss & family dan seorang colleague berasal dari Sabah dah fly awal-awal pukul 9.20 pagi.
Untuk ke KLIA, saya dan dua orang colleague perempuan berpakatan rakyat untuk naik ERL, maklumlah tak pernah naik lagi ERL. Nak merasa naik pengangkutan awam tercanggih di seantero Malaya ni, hehe... Tempat perjumpaan di Terminal Bersepadu Selatan, memandangkan mereka berdua tinggal di kawasan Cheras. Saya pula naik LRT dari Sentul Timur ke Sri Petaling, turun di stesen Bandar Tasik Selatan.
|
Terminal Bersepadu Selatan |
First time ni menjejakkan kaki di TBS. Sementara menunggu yang lain tiba, snap-snap gambar di TBS. Not bad, macam-macam ada..
|
ke ERL |
|
KTM komuter |
|
Bas express ke Selatan Semenanjung |
|
restoran-restoran |
Bila dah cukup corum, beli tiket ke KLIA. Memandangkan naik di TBS, terpaksalah naik yang KLIA Transit. Tambang RM26.50. Pukul 11.15 pagi, baru naik train..berdebar juga takut lambat, tapi ni cuma domestic flight..takde lah risau sangat..lagipun dah buat web check-in, cuma nak check-in bag saja..Alhamdulillah, semuanya selamat..
|
Boeing 737-800 |
Yang best naik MAS ni, ada inflight entertainment dan meals + free flow drinks. Air Asia pun ada, tapi kena bayar, itu biasalah...
Selamat mendarat di KKIA setelah dua jam di udara.
|
Alhamdulillah, sampai jua akhirnya |
|
take your bag |
Officemate orang Sabah, Mel datang menjemput di airport dan terus ke office KK di Warisan Plaza untuk mengambil kunci bilik. Boss muncul bersama anak perempuannya. Setelah berkenal-kenalan dan bercerita-cerita, kami langsung berjalan kaki ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali Pasar Filipina. Tak jauh dari Warisan Plaza. Boss jadi tour guide sebab dia selalu ke Sabah sebab isteri dia orang Sabah.
|
Warisan Plaza - banyak spa, reflexology, massage centre |
|
Pasar Kraftangan @ Filipina Market |
Filipina Market ni memang terkenal dengan perhiasan dari mutiara - segala jenis kerongsang, butang baju melayu, segala jenis rantai tangan, leher dan lain-lain kraftangan Sabah. Memang rambang mata. Bersesak-sesak sebab ramai sungguh pelanggan, kebanyakannya pelancong dari Semenanjung. Saya cuma beli dua kerongsang mutiara kiriman office mate, kurang berminat kerongsang mutiara ni..
|
dalam Filipina Market |
Kemudian ke gerai menjual rumpai laut, kuih cincin dan amplang. On the way, ada gerai-gerai makanan..nampak lobster, udang, ketam, ikan bakar...nyum, nyum..tapi dah nak dinner di tempat lain, terpaksa lupakan saja..ambik gambar, buat kenangan..
|
nyum,nyum.. |
|
suasana di gerai menjual kuih cincin, amplang & rumpai laut |
|
berdiskusi untuk membeli rumpai laut - yang hijau, purple, kuning |
Selesai membeli dengan berkotak-kotak bagai, kembali ke office dan tinggal barang-barang hasil tangkapan hari pertama di office. Kemudian, berkonvoi tiga kereta ke Windbell Seafood Restaurant di Tanjung Aru untuk dinner. Branch Manager sudah tunggu di depan restaurant. Steamboat style dinner..
|
the place |
|
menjamu selera |
Selesai makan, hujan pun turun mencurah-curah...terpaksa cancel untuk ke Perdana Park, nak tengok water musical show..terus check-in di Promenade Apartment, Api-Api Centre..
|
Api-Api Centre |
|
the entrance to the block |
Duduk di studio apartment, gambar bilik lupa nak ambik. Tak menarik sangat lagipun, Perabot, TV jenis lama, tapi Alhamdulillah, dapatlah tempat berteduh, lagipun free, hehe, Lepas mandi, iron baju and try to sleep. Yang dua orang lagi, layan Hindi movie..end of Day 1.
salam..... seronoknya dpt bercuti ke Sabah dan semuanya ditanggung..... mana saya punya kuih cincin dan mutiara???? hehehe.....
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteEnjoy yourself...
zana,
ReplyDeleteW'salam..seronok jg walaupun cuaca hujan..mutiara x beli, kuih cincin adalah..
Abd Razak,
W'salam..enjoy juga tapi byk tempat tak dpt pergi sbb hari hujan..kena repeat ni..
Alhamdullah seronok berpeluang sebegitu ke KK.. bukan senang nak kesana.. maklumlah jauh dari semenanjung..
ReplyDeleteUdang and Lobster tu.. aduhai telan air liur je lah :D murah tak?
for soooooo loooong...hehehehehe..finally.. merasa juga belanja CKT ye.
ReplyDeleteTime Traveller,
ReplyDeletetak pulak tanya harga udang & lobster..
fzy fuzzy,
Alhamdulillah, thn lepas belanja KN & Hafiz, panjat gunung..
sepupu saya ngajar kat sebuah pulau di sabah..lupa apa namanya...tp best tu katanya,depan rumah ada sungai,ada buata...bawah rumah tempat llauan babi hutan..atas bumbung rumah,monyet bergayutan atas pokok..hehe...
ReplyDeletemaaf,saya nk bg sikit cadangan...bkn bermaksud nak mengajar tuan blog,tp kalau boleh offkan,disablekan verification word kat setting comment tu..bkn apa,3,4 kali try error,error ...
Kamsiah,
ReplyDeletemacam kat safari..takut jg mcm tu terutama yg babi hutan..
takpe, memang bercadang nak offkan verification word, tapi takut ada spam..boleh try dulu kot..thanks..
Sangat merindui bumi bawah bayu....orang-orangnya....tempat2nya....suasananya...2tahun suda daku tinggalkan....
ReplyDeleteatulasca,
ReplyDeletetentu banyak kenangan di sana..
ya...manis2 semuanya...:)
ReplyDeletekenangan perjalanan yg diabadikan...menarik tu...
ReplyDeleteparidah,
ReplyDeleteBuat kenangan..selagi internet wujud..