Wednesday 27 November 2013

Bersenggang Makan Singgang

Assalamualaikum...

Cerita makan lagi...yelah, setiap hari balik rumah kul 11.00 malam,,kenalah JJCM sekitar office, nak order delivery, mahal bebenor,, hari-hari order, kopak den..huhu..macam nilah selalu, bila nak akhir-akhir tahun..

Malam semalam, ke gerai makanan sihat..ikan singgang. Lokasinya, off Jalan Tuanku Abdul Rahman, ikut lorong Restoran Nasi Kandar Kudu..berkumpulnya gerai-gerai ikan singgang..adalah lebihkurang 10 gerai..banyak pilihan, semua jual gulai singgang..

background pembangunan - KL tower pun ada

Pilihan kami, gerai ni, Selera Ikan Singgang..belasah je, first time makan kat sini..


Ketam singgang pun ada..actually, macam-macam singgang ada dalam menu..


Order singgang ikan kembung dan nasi putih..sementara menunggu, appetiser, keropok goreng cicah cili..

keropok keras

suasana gerai
Seperti biasa, ada penjual yang datang berjualan, yang jual pen haritu pun ada juga. Yang ni jual pelbagai fragrances..


from France
Dan juga pengutip derma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina. Siap ada pengiring, menyanyi sambil petik gitar..



Makanan dah sampai, mari lihat bagaimana rupanya..

tu dia, ikan seekor je,kuah semangkuk bok
siap untuk dimakan, tak order sambal, menu sihatlah konon..

The verdict: Memang sedap, terasa lengkuas + cili padi nya..kuahnya banyak, kalau tak order air pun takpe.  

Ada set - singgang + budu + sambal belacan + ulam-ulaman..

Ni singgang style Kelantan, ada yang panggil pindang. Ada juga yang letak kunyit, jadi kuah warna kuning...harga semangkuk = RM8.00..kalau beli ikan kembung, boleh dapat sekilo..hehe..ketam singgang, tak tahulah pulak berapa harganya...

---------------------------------------------------------------------

Dinner for tonite, Ayamas delivery...tak larat nak jalan and save time too, nak balik awal sikit..boss cakap boleh claim..Alhamdulillah..

sejam baru sampai..rider dari Terengganu, katanya..tak jumpa bangunan...
BBQ chicken and black pepper..

 OKlah, dah makan, sambung buat kerja..

23 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. menu sihat tu..sedap singgang tu..mahal jgk noh..kalau masak sendiri memang dh boleh seperiuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah sekali makan, memang mahal..lauk simple je..

      Delete
  3. singgang...!!!! memang fav lah kami org pantai timur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan style pantai timur...pernah makan dgn Kelantanese friend, makan dgn budu...

      Delete
  4. Mahalnya semangkuk Rm8.00. Sesekali makan singgang panas2 sodap. Siap hirup kuah dia sruppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hirup kuah singgang ni memang best, terasa lengkuas & cili padi nya..

      Delete
  5. oklah tu notie just duduk n makan semuanya tersedia...sesekali kan nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali, makan..tapi kira mahal jg RM8.00 tu, yg boleh dimakan cuma ikan seekor dan bendi saja....

      Delete
  6. saya singgang memang kegemaran. tapi singgang ketam belum pernah makan lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah ketam mesti sedap kan..akak pun tak pernah makan..

      Delete
  7. hahaha...... ni belakang opis saya jew.. tapi sebab balik kerja 4.30 terus balik rumah so takder le nak singgah sini lps kerja. Sejengkal jer pun tapi tak pernah singgah makan. Saya tak pernah makan singgang kat kedai, kalau nak makan singgang saya akan buat sendiri, sebab takut terasa hanyir ikan. Huhuhu singgang memang favourite saya... semua jenis singgang saya suka + budu perghhh berair mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat benor...pkl 4.30, peniaga baru nak buka gerai..hehe..OK jg singgang ni, takde hanyir tapi harganya le yg mahal giler..

      Delete
  8. Singgang dah menggoda selera kakak tapi kalau kakak makan ni mesti nak ada pedas baru selera lebih terbuka. Tak ada sambal kakak potong cili+kicap pun menjadi juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu, kak..kalau ada sambal belacan, lg best makan singgang ni...kalau kat rumah, mahu bertambah-tambah nasi..

      Delete
  9. Singgang ke?? alamak.. sihat sangat la untuk idah.. hehehehe...

    Tak suke singgang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgang memang makanan sihat, rebus je...lauk utk org demam..hehe..

      Delete
  10. wow..memng best mkn tempat mcm ni malam2..
    siapbleh nampak pemandangan kl :)
    nice palace ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm2 mkn kat open air mcm ni, best jg, cuaca sejuk..

      Delete
  11. Sya mmg suka snggang ni..tmbh2 singgng daging..tambah budu sikit kat dlm tu..mmg bertambah nasik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgang daging, akak belum try lagi..ya, mkn dgn budu + cili padi..memang bertambah nasik, pernah mkn dgn kawan2 Kelantan..

      Delete
  12. sekor ikan-rm8..fuhhh nak buka restoren jugak la hehe...bkn guna byk hbahan pun utk masak singgang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak byk bahan buat singgang ni tapi charge sampai RM8.00, boleh kaya mcm ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!