Monday 20 January 2014

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Assalamualaikum..salam Maulidur Rasul 1435H..masih lagi meriah di sana-sini meraikan hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW..selawat dan salam keatas baginda dan ahi keluarga serta para sahabat-sahabat baginda..
----------------------------------------------------
Entry kali ni dah lama, masa cuti Krismas tahun lepas. Secara tak sengaja terjumpa tempat ni semasa ambil gambar kilang-kilang di Kota Damansara.. nak buat report kerja. Memang tak pernah tahu kewujudan muzium ni di KD, kalau yang di bawah Dataran Merdeka, ada baca di blog supermeng malaya..

Chocolate Museum @ Kota Damansara - yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara, begitulah taglinenya. Muzium ini dibawah DR Group Holding Sdn Bhd, terletak di No. 2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan.  Dibuka setiap hari, 10pagi-5petang, masuk adalah percuma - free admission. Sesi lawatan bermula..

pengasas DR Group - Dato' Dahlan Rashid
main entrance
laluan ke gudang
 

Melangkah masuk ke dalam muzium ini, disambut oleh pahlawan coklat dari Sarawak berbaju pua kumbu ni..

don't eat me
Namanya pun muzium, maka banyaklah sejarah dan informasi mengenai coklat di sepanjang lorong menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria. Menurut maklumat yang ada, coklat mula ditemui oleh kaum Aztec di Mexico pada tahun 1500 BC. Sesiapa yang pernah menonton movie Chocolat, ada diceritakan sejarah mengenai asal-usul coklat ni..

the start of the museum
Ada juga demonstrasi pembuatan coklat di Chocolate Kitchen. Yang dibawah ni seni kreatif daripada coklat..nyum, nyum..nampak menyelerakan..




solid chocolate

the Chocolate Kitchen
the Chocolate Kitchen
coklat buatan Malaysia
the Chocolate Galleria....ada patung milkmaid coklat..
Chocolate Galleria ni duty-free outlet, tapi harganya takleh lawan yang kat Langkawi, tapi consider murah dari harga di luar...gila juga tengok coklat-coklat disini..sambar jugalah sekeping dua..

yang ni sedap
On the way balik, akan terjumpa benda-benda kecil ni dalam glass cabinet..sangat cute..

little things
yang dibawah ni bukan dibuat daripada coklat..tapi the authentic labu sayong..cenderahati dari mereka yang pernah membuat lawatan ke muzium ini..



Sekian saja lawatan sambil belajar untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut - sila layari website www.drgroup.com.my

31 comments:

  1. teringin juga nak kesini, tapi en. suami tak ada kesempatan untuk membawa kami......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zana, dah ada kawan nak gi, Sweetie dah offer tu...to both of you, may your sweet journey will bring sweet memories..

      Delete
  2. pernah terbaca tentang muzim coklat ni tp xpernah sampai...coklat ni mmg kegemaran...lucu pulak tengok patung coklat berpakaian pua kumbu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ajak anak akak gi, yang di sini atau yang di bawah Dataran Merdeka..coklat memang kegemaran ramai, tapi sekarang kena kurangkan..hehe..

      Delete
  3. yalah nohas walau sedap kena kurangkan makannya....salam pagi nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pagi, kak..dulu saya memang 'choc addict'..sampai milo pun ratah mcm tu saja,.sekrg ni cari dark chocolate, pahit2 sikit..

      Delete
  4. Really kakak tertinggal. Tak tahu pun ada museum coklat ini. Kalau dekat pastinya tiap hujung bulan kakak sekeluarga akan ke sini sebab kami sekeluarga 'hantu coklat'. Bestnya dapat berkunjung sambil menikmati coklat bervariasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahu ada choc museum di sini, terjumpa..coklat memang kegemaran ramai..ya, byk variasi coklat di sini, yg tak pernah jumpa di luar pun ada..DR Group ni ada byk duty-free outlets seluruh negara..

      Delete
  5. Wahh... menarik nie.. tak sangka kat Msia pun ada muzium coklat yer...
    Boleh la nanti buat rombongan cik kiah ke sini.. :D sure rabaknyaa poket nie... ;(

    ReplyDelete
  6. ada dua..di KD dan di bawah Dataran Merdeka...memang gila tengok coklat banyak2 ni, rasa nak beli semua..

    ReplyDelete
  7. Sesaja kakak masuk lagi tengok coklat walau tak dapat merasa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau tengok je, is free of charge..

      Delete
  8. coklat muzium..menariknya..
    kalu saya p sana mau shoping sakan..agak2 harga coklat kat sana murah x sis..mcm kat langkawi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklatnya takde lah murah mcm kat langkawi, murah sikit dari kat luar..kena tunggu factory sale, baru dpt murah..kena siapkan duit, duit plastik is also accepted..

      Delete
    2. ye ke.. owh btter beli kat langkawi la ya sis..duit plastik..duit apa? tokan ke sis? :)

      Delete
    3. di sini mahal jg lah dari di Langkawi walaupun status duty-free...duit plastik tu kredit kad..

      Delete
  9. Sedap tu coklat...kak sarah masa dkt ikm dulu abg senior gelar coklat nini...x dak kena mengena pun..hehe..muzium coklat pun ada skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat nini..nama timangan...ada dua muzium coklat, kat sini dan di bawah Dataran Merdeka..

      Delete
  10. Menarik ni, boleh bawak anak branak pi tgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik, tapi muziumnya kecik saja...kanak2 yg memeriahkan suasana..

      Delete
  11. Bunda pun pernah dengar....tapi belum pernah sampai lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dua, yg di bawah Dataran Merdeka belum pergi lagi..

      Delete
  12. Rasa2 kalau beli Fridge magnet muzium coklat ni.. buat dari coklat jugak tak hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat dari coklat, tak sempat sampai rumah, kat sini dah habis..hehe..

      Delete
  13. Pernah dgr jugak pasal muzium ni tp xpenah sampai lg la. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi yg di sini atau yg lebih dekat di bawah Dataran Merdeka..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!