Sunday 5 January 2014

Kampung, Ahoy! Ahoy!

Assalamualaikum, sambung kembali cerita balik kampung..

Selepas minum pagi di Yat Lai, turun ke lembah untuk ke pasar tani. 'Lembah' ni letaknya ditepi Sungai Perak, dekat dengan jeti bot tambang ke Sayong.  Sayong memang popular dengan labunya..tapi teman tak pernah pergi tempat buat labu sayong ni..mungkin one fine day, kena cari masa untuk ke sana..nama je orang kuala, tempat sendiri pun belum habis cover..malu dong ahh..

Pasar tani setiap pagi Sabtu..

menjual pekasam

menjual apom lenggang
 

beli yang ni - apam daun pisang muda
laksa kuala - guna tepung gandum

Sebelum balik rumah, ronda-ronda Bukit Chandan sambil snap gambar rumah-rumah tradisi..teruja bila tengok dalam entri Uniknya Bukit Chandan Kuala Kangsar. Tapi tak jumpa Baitul Anor dan rumah Pak Meor, lain kali boleh bertandang lagi, InsyaAllah.

rumah merah





-------------------------------------

Sebelah petangnya, turun lagi ke bandar kuala (kena TURUN - sebab kampung atas bukit, bukan Bukit Chandan tapi Bukit Kerajaan). Kali ni menjejaki kedai-kedai lama di lembah, ala-ala Serangoon Road lagi.  

Serangoon Road tu apa? Ianya, nama jalan di Singapore, yang jadi tajuk drama JV Singapore-Australia, ada ditayangkan di Astro HBO. Cerita di zaman 60an.

drama Serangoon Road
Terimalahh..Serangoon Road of Kuala Kangsar..



backlane

kedai getah scrap




ada ni juga - arghh klasik sungguh bandar kuala ni..

Sekian saja cerita kampung kali ni, tapi banyak cerita pasal bandar..entahlah, kampung saya biasa-biasa saja, takde sawah padi, takde rumah-rumah tradisi, yang ada rumah-rumah colonial british dan perkuburan kristian. Thanks for reading..

30 comments:

  1. Wah apam lenggang tu orang yang membuat tu sambil berlenggang ke kita yang memakannya sambil berlenggang. hehehehe Nohas apam daun pisang muda tu nampak sedap laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 kena berlenggang..yg buat & yg makan..hehe..sebenarnya masa dia masak, kena lenggang kuali kecik tu..orang kuala panggil apom.

      apam daun pisang muda tu memang sedap, lembut je, my all time favourite..setiap kali balik, mesti beli, kalau tak, meroyan sampai kl..kalau singgah kuala, jgn lupa beli apam ni..

      Delete
  2. Memang unik bandarnya...dgn bagunan lama. Tak pernah smpai lgi kuala kangsar...klu taiping tu selalu jgk la..sbb kakak tggl kat sna...pekasam tu kak sarah suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuala dan taiping bdr lama..memang unik, byk bangunan lama..dah dekat sgt, taiping-kuala..pekasam tu memang byk jual kt kuala..ikan sungai perak..

      Delete
  3. Apam daun pisang muda tu kakak tak pernah jumpa tau. Menggodalah tengok gaya.
    Kuih tradisi kena dikekalkan patutnya tapi biasa kuih tradisi nak buat kena rajin lebih sikit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual kat kuala kangsar je kot, sbb tak pernah jumpa kat tempat lain..memang menggoda dan tergoda..ya, betul tu, kuih tradisi ni selalunya diwarisi turun-temurun, resipi asli..memang kena rajin lebih..mcm apam ni, kena cari daun pisang muda lak..kalau malas, kukus dalam loyang je..hehe..

      Delete
  4. Anak angkat saya yang duk di KK kata laksa Kuala, paling sedap!.. tapi saya tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try ni, Sweetie, lain dari yg lain..laksa tepung gandum..nak kata paling sedap, very subjective..bergantung kpd selera masing2..tapi my all time favourite juga..

      Delete
  5. he..he..kat perak ni x sah kalau x jmpa jual ikan pkasan..tambah pkasan ;enggong terbaik..
    rindu kat kuala kangsar lama x ronda.. tgok gmbar ni tringat balik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, pekasam lenggong memang terbaik..balik kpg selalu beli pekasam ni je...sebelum balik Gerik, ronda2 kuala dulu..mkn laksa..haha..

      Delete
    2. akak orang gerik ke? saya pun asal sana :P

      Delete
    3. tak, kpg akak di Bkt Kerajaan, on the way to Bkt Chandan...akak suggest Sobri ronda2 pekan kuala dulu seblm balik Gerik..

      Delete
  6. Assalam...
    kalau bunda balik Taiping selalu beli pekasam kat Pekan Minggu Changkat Jering...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..baru first time singgah Pekan Minggu Changkat Jering pd 28 Dis..beli cucur jawa, kuih yg warna coklat..

      pekasam kat perak memang sedap..hehe..siapa lagi nak puji negeri sendiri kans..

      Delete
  7. Byk bngunan2 lama ya kak kat kuala kngsar..sya pun x baes puing lg ni...apam daun pisang tu mmg feveret sy kak..1 mmg x cukup,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuala kangsar bandar lama..sebelum zaman British dah ada...oh ya ke, apam tu, kalau satu memang tak cukup..sangat lembut, melt in the mouth..hehe..

      Delete
  8. Replies
    1. Thanks..come and visit Kuala Kangsar sempena VMY 2014..

      Delete
  9. rumah tradisional yg sangat cantik binaannya....harus dikekalkan sbg warisan utk generasi akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat, harus dikekalkan sbg warisan, takdelah asyik tengok rumah moden je.. cuma masalahnya, maintenance tinggi sebab dibuat drpd kayu dan papan, lama2 dimakan anai2..ada yg terbiar, mungkin takde pewaris..

      Delete
  10. YA RUMAH BATU DULU2 YG BERTIANG CANTIK JADI SEJARAH TINGGALAN LAMA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah dulu2, berseni, memang elok dijadikan warisan, boleh jadi 'living museum'..

      Delete
  11. Perghhh.. memang klasik sungguh.. boleh buat whole movie era 70-80 dekat sini hehehee.. apam pisang tu nampak lain dari yg lain sedapppp tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, shooting movie era 70-80an memang sesuai..tapi byk jg kedai yg dah diubahsuai..apam daun pisang tu memang sedap...kalau dtg KK, boleh try, highly recommended..

      Delete
  12. Salu g tepen mst sy ikut kuala...tp xmsk pekan dia pn..xsgka da kdi2 lma yg sgt klasik!t mst nk g tgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepen dgn kuala memang byk kedai2 lama..dh lalu tu, moh le singgah pekan kuala..

      Delete
  13. Orang dulu2 panggil GETAH SEKERAP... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ya, betul, dah lama tak dengar mcm tu...

      Delete
  14. Wah sedapnya apom lenggang, cantik2 gambar, kuala kangsar memang selalu di sebut oleh bapa pasal mckk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apom lenggang tu mmg sedap..ex-student mckk selalu ada gathering kt sekolah...strong bonding..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!