Friday, 11 April 2014

Sayyidul Ayyam : Untuk diri sendiri..

Assalamualaikum..

Yaumul Jumaah Sayyidul Ayyam - 'Hari Jumaat itu penghulu segala hari'

Salam Jumaat yang penuh barakah..sedikit tazkirah dari whatsApp..semoga bermanfaat..

Seorang ketua supervisor yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun di sebuah syarikat pembinaan ingin bersara dan mengemukakan surat permohonannya kepada majikannya.  Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraan beliau tetapi dengan syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah.  

Ketua supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.  Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati ketua supervisor tersebut kerana tidak membina rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Saudaraku seakidah,

Sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada setiap dari kita..sebenarnya kita sekarang sedang membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...Kita beribadah untuk Allah SWT semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sebenarnya membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri...

Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usaha kita..InsyaAllah..

Allah ta'ala berfirman:

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk dirinya sendiri.  Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hamba-Nya" [Fush-shilat: 46]

Untuk sama2 kita renungkan..

22 comments:

  1. Salam Jumaat, dengan izinNya juga ni, sebab biasa saya berniat sangat, tiba terbuat yang lain, memang kita ni hamba, Tapi kalau betul-betul berhasrat sesuatu hingga menjadi sebahagian diri, Tuhan makbulkan, sambil lewa,takkan jadi. Thanks for sharing, kena serious kan, mudahan kita sentiasa diingati selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, kena bersungguh dalam beribadah..

      Delete
  2. Good sharing sis... keikhlasan itu pentingkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhlas dalam beribadah..bersyukur atas nikmatNya..

      Delete
  3. perkongsian yg baik lagi menginsafkan...

    ReplyDelete
  4. Salam nohas, alhamdulillah satu perkongsian ilmu yang begitu menusuk ke kalbu. Kita selalu alpa padahal setiap perbuatan kita adalah bekalan di sana nanti. Terima kasih semuga Allah sentiasa memberkati Nohas dan semua umat Islam di seluruh dunia. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...kita kena mempersiapkan bekalan di alam yg kekal abadi...a place of no return..

      Delete
  5. salam jumaat..setuju keiklasan tu yang paling penting....
    good sharing ya

    ReplyDelete
  6. Salam nohas...terima kasih berkongsi..apa2 pun keikhlasan itu penting...semoga menjadi peringatan supaya kita tidak alpa..

    ReplyDelete
  7. salam ukhwah..salah singgah ziarah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah juga kpd Kak Nah...marhaban..syukran kerana berziarah di sini..

      Delete
  8. Betul buat kerja perlu ada keikhlasan. Menyesal pun tak guna dah sebab itulah hasil dia buat. Samalah dgn kita kalau itulah amalan yg kita buat semasa hidup jgn menyesal bila di padang mahsyar kelak kita lihat segalanya akan terpampang satu-persatu.

    Eh... takut pulak kakak mengenang diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..setiap apa yg kita lakukan di dunia, akan dihisab di akhirat kelak..without miss, setiap anggota badan berbicara..

      Delete
  9. Akibatnya menyesal tak sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyesal di dunia, InsyaAllah, boleh lagi diperbaiki..menyesal di akhirat, tiada akhirnya..

      Delete
  10. perumpamaan yg sangat2 berkesan...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!