Friday, 27 June 2014

Singapore - Day 1 : Arab Street

Assalamualaikum..

Dah setengah tahun, baru nak start travel..huhu..better late than never!..trip pun dekat je..less than 40 minit dah sampai ke Singapura/Singapore/Temasek..pergi 4 hari dari hari Jumaat, 20/6 hingga Isnin, 23/6. Bertepatan pulak dengan the Great Singapore Sale..memang best..

Last pergi Singapore lebih 20 tahun dulu, dalam tahun 1990..rombongan kelas..more on educational trip..pergi HDB..tengok town planning..balik kena buat report, studentlah katakan..

Pertama kali take-off dari KLIA2...stunning and I'm stunned and also impressed..LCCT ke ni? no more LCCT lah, now KLIA2..the spanking new airport-cum-shopping complex..banyaknya retail outlets..
 

First time naik Tiger Airways..puas hati..good service..


Alhamdulillah, dah sampai Singapore Changi Airport...the world's best airport 2014, mengalahkan Incheon International Airport yang dapat no. 2...


but Singapore was developed in less than 50 years (makna yang tersirat)
Sebelum naik MRT, beli Tourist Pass for 3 days dekat Ticket Office..harga $30 dengan stored valued $20 and deposit $10..unlimited rides for MRT, LRT and buses..sangat senang..just touch and go..


Kami booking Hotel Fragrance Ruby di Lorong Geylang 20..selesai check-in dan menunaikan kewajipan, menapak ke stesen MRT Aljunied untuk memulakan musafir kelana ke downtown..tempat pertama yang dituju..Arab Street..jalan-jalan cari makan...turun di Bugis station..



Lunch di Restoran Zam-Zam, makan nasi briyani dan murtabaknya yang famous tu..briyani so-so saja, murtabak..OK..lagi sedap dari yg kat Zam-Zam KL..


Singapore Zam-Zam
highly recommended
Selesai lunch, kami ke Masjid Sultan..trademark kawasan Arab St ni..depan Zam-Zam Restoran saja..


bhg belakang mengadap North Bridge Rd

bhg depan mengadap Muscat St
Masjid Sultan, Muscat Street, Bussorah Street ni termasuk dalam Kampung Glam Heritage Trail..




Dua view Bussorah Street
zaman dahulukala
kedai-kedai di Bussorah Street
Terletak tidak jauh dari sini ialah Istana Kampung Glam atau sekarang dah dijadikan Malay Heritage Centre. Juga dipanggil Rumah Kuning sebab bangunannya yang berwana kuning.



Tak dapat masuk Istana ni sebab sampai di sini dah lebih pukul 5.30 petang. Yang ada pameran Laaobe: Warisan dan Budaya Masyarakat Bawean di Singapura..jom lah tengok apa ada..


macam-macam acara ada
 
salah satu kumpulan muzik dari orang Bawaen
ingatkan ada dalam filem saja Kassim Selamat ni..
yang mana satukah Kassim Selamat?
Tiada hadiah bagi siapa yang dapat meneka dengan betul, sebab...saya pun tak tahu..hehe..

bersambung..

27 comments:

  1. Istana kuning tu menarik juga... Teringin nak ke singapore juga ... Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat masuk istana ni lagi menarik..mcm2 info ttg org Melayu di Singapore..

      Delete
  2. Tempat yg menarik...nmpk best...anak sulong kak sarah bru kerja kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah selalu turun ke S'pore..tempat menarik, terselit sejarah yg menyedihkan..

      Delete
  3. Memang best makan-makan kat Zamzam tu...

    Di Singapura ni memang ramai masyarakat keturunan Bawean atau Boyan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan makanan di ZamZam..memang best...orang Bawean ni dah lama menetap di Singapore...kiranya penduduk awal Temasek..

      Delete
  4. istana kampung gelam warisan sejarah Melayu yg menarik hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyedihkan kak..waris2 cuba pertahankan istana ni.tapi dah jd harta warisan negara..cuma dpt pampasan $2 juta saja seorang..sedangkan harga tanah berbillion-billion dollar...

      Delete
  5. roti canai murtabak singapore sedap kan.. bestnya travel, teringin la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. murtabak Singapore makan di Singapore memang sedap...yg di KL kurang sikit..

      roti canai dipanggil roti pratha...jom travel..lepas rayalah nampaknya...

      Delete
  6. Rata berjalan di KL... masuk s'pore pulak ya...

    ReplyDelete
  7. Banyak kali pergi Spore... tapi blom kesempatan jelajah semua tempat tu... asal pergi jer soping... iskhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gi lagi..soping pun best jg..can't resist the temptation..

      Delete
  8. uniknya singapore masih kekalkan bangunan lama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bangunan2 lama masih banyak dikekalkan, dipelihara dan dicat dgn warna2 yg menarik...

      Delete
  9. Hehee... ya, silalah berjalan-jalan puas2 sebelum masuknya Ramadhan... ;3

    Awesome pics! *thumbs up* :D

    ReplyDelete
  10. wah kesingapore kita ye? zam3 martabak i like...he..he..mcm sedap je sis..
    owh muzium melayu..menarik tu..klau dpt msk bleh jga baca dan knali
    sjarah mlayu di singaopre :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ke Singapore..murtabak dia sedap...try lah kalau ke Singapore..tak sempat masuk dlm Istana Kpg Gelam tu..ya, betul, kalau tak boleh baca sejarah org melayu di sana.

      Delete
  11. Seronoknya jalan2 Singapore....pemandangannya pun cantik....bunda belum pernah sampai lagi...

    Salam Ramadhan dari bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jg..InsyaAllah, akan sampai jg...

      Salam Ramadhan Al-Mubarak utk bunda jg..

      Delete
  12. Jalan-Jalan Singapore ya........ dah lama tak ke Singapore.......

    ReplyDelete
  13. salam. saya pon akan tinggal di hotel fragrance. nk tanya. direction dari station aljuned to hotel ruby. bilik die besar x? jauh x klw berjalan dr stesen mrt to hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...Nak jalan dari Aljunied station ke hotel fragrance ruby tak berapa jauh, kena lintas dua main roads, Sims Avenue dan Geylang Road..

      Direction: keluar Exit A, akan nampak padang kecil + car park + Sims Avenue, lintas Sims Avenue, jln tepi2 kedai ke arah Geylang Road..lintas Geylang Road, jln ke arah kanan akan lalu depan kedai mamak, kedai runcit, Lorong Geylang 20 tepi kedai runcit tu..dekat je dgn Geylang Road..

      Tapi jgn terperanjat..kawasan ni 'red light' area..awal pagi dan malam2..ramai pelacur2 selamba bersidai kat lorong tu..ramai juga yg dok berjualan ubat2 kuat, viagra kat kwsn lapang dkt trafik light..memang sentiasa penuh dgn manusia..kebykan warga asing..culture shock akak..buat donno je, InsyaAllah, selamat..anyway, enjoy your trip to Singapore..

      Delete
    2. Lupa pulak..bilik hotel kecik je..akak ambik twin room..tapi bantal dia best..overall OKlah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!