Saturday 8 November 2014

Japan : Day 8 - Tokyo: Tsukiji Market - Kawaguchiko

Day 8 : Saturday, 20 September 2014 

Ting!! terjaga dari tidur, tengok jam..pukul 3.45 pagi. Bingkas bangun, mandi segala, tunggu pukul 4.00 pagi, solat Subuh dulu. Dah siap semua, turun ke bawah..hati dah dup, dap, dup,dap..dapat ke? ada lagi ke? Tawakkal je..
Jalan Harumi Dori pada pukul 4.15 pagi
Suasana masih gelap lagi tapi kelihatan banyak juga kenderaan di Harumi Dori ni..berjalan kaki ke arah Osakana Fukyu Centre (Fish Information Centre) di Kachidoki Gate. Didepan kami, ada dua orang perempuan sedang berjalan ke arah yang sama..menghampiri Kachidoki gate, pak guard bercakap dengan dua perempuan depan kami tadi..

"Registration is closed orready.." kami pun dengar juga tapi tak nak percaya..katakan itu semua dusta..kemudian guard tu berpaling pada kami, dan berkata benda yang sama..huhu..punah segala harapan..ibarat kaca terhempas ke batu..kemudian datang seorang lelaki Mat Salleh, guard tu inform benda yang sama..jadilah kami berlima, mereka yang kecewa di Kachidoki gate, Tsukiji pada pukul 4.30 pagi waktu Tokyo bersamaan pukul 3.30 pagi waktu Malaysia..tak pernah gi pasar seawal ni kalau di Malaysia..hihi..

Percubaan untuk masuk ke pasar Tsukiji untuk tengok acara melelong ikan tuna (tuna auction) adalah GAGAL. Terlepas acara yang famous di pasar Tsukiji, pendaftaran dah ditutup. Setiap hari cuma 120 orang saja yang dapat masuk..siapa cepat, dia dapat..pendaftaran dibuka pukul 3.30 pagi..masuk adalah percuma..
Moral of the story: kenalah beratur sebelum pukul 3.30 pagi di Kachidoki Gate..hendak seribu daya..huhu..

Tak dapat tengok ikan tuna yang sebesar dugong tergolek atas lantai macam ni..tengok gambar je lah..ikan-ikan tuna ni selalunya dibeli untuk dibuat sushi..

acara melelong ikan tuna di pasar Tsukiji Tokyo (source: website japan-guide.com)
Kami pun berpatah balik..pasrah, redho..tapi nak balik ke hotel, rasa malas pula..kecewa tak habis lagi...

logo yang menarik
Lalu depan pasar kering (outer market)..tiba-tiba teringat nak makan sushi di sini. Nak makan di restoran sushi dalam pasar Tsukiji, selepas pukul 9.00 pagi baru boleh masuk, yang tu dapatlah tengok chef sushi potong ikan tuna, yang sebesar dugong tadi tu. Nak tunggu yang tu, memang tak sempatlah, so makan di sini sajalah. 

Datang ke Jepun, tak makan sushi memang tak sah..kena rasa juga sushi di sini..ramai blogger kata makan sushi di Jepun tak sama macam makan di tempat lain, sebab Jepun tempat asal-usul sushi..betul ke? meh kita try.. 

ada gerai dah beroperasi
makan di kedai ni - dinding plastik ni extension kedai di kaki lima
Singgah makan di kedai sushi ni..tapi kedai ni tak jual sushi yang bersaiz kecik, yang seketul-seketul tu..di sini jual sushi yang dipanggi 'sushi rice bowl'..ok jugalah nak try yang ni..tak pernah makan lagi sushi jenis ni..ok, mari kita tengok apa yang ada..

belut..nampak macam sedap je
Tengok semua raw fish (ikan mentah)..belut tu dimasak..alamak..nak makan ikan mentah, memang payah sikit..orang kedai tu tengok kami kalut tanya 'raw fish' dengan expresi muka yang cuak..dia pun bersuara.."if you want, I can grill it for you"..yeayy..problem solved..bagus chef tu..know how to keep customers..kalau tak, kami dah berpaling arah...pukul 5.00 pagi, nak makan ikan mentah..huhu..kakak saya pilih avocado and salmon rice, saya pilih chef's recommendation..tak sabar..tengok gambar dalam menu macam menarik..

food presentation yang menarik
salmon and avocado rice..mangkuk pun sama mcm dlm menu
Ada miso sup sekali. Jom makan..kira ni breakfastlah kan..atau bersahur ke..hehe..macam makan nasi campur pula, tak macam sushi..sedap sangat..makan pula dengan miso sup yang masam-masam tu, memang terasa segar di pagi hari..lepas tu termakan pula sos wasabi yang tersembunyi dalam rice bowl tu..perghh..menyengat sampai ke kepala..

Dah habis makan..jalan-jalan di pasar luar ni..tengok apa jualan yang ada..
besarnya...ketam, oyster, lobster
Yang menarik di pasar Tsukiji ini ialah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang..dipanggil 'turret trucks'..atau 'motorised cart'..

suasana di pasar luar sebelum siang menjelma
turret truck
laluan ke Harumi Dori
Dah habis ronda di sini, berjalan balik ke hotel, ternampak restoran sushi ni, Sushizanmai..famous kedai ni, tapi takpe, restoran ni kat Malaysia pun ada..



Dah sampai hotel, berehat sebentar, kemudian ambil beg, terus check-out..tak leh nak berlengah-lengah, jauh nak berjalan pagi ni..nak membawa diri ke gunung..keciwa tak dapat tengok ikan tuna..hihi..

Lepas say goodbye to uncle receptionist tu, maka dengan rasminya jadilah kami gelandangan di Tokyo, no room, no worry..JR pass ada..tapi nak campak ke mana beg-beg besar ni, takkan nak bawa ke sana ke sini naik keretapi...OK, semalam dah study subway map Tokyo, kalau boleh nak elak dari simpan beg di Tokyo Station, dah serik berjalan jauh heret beg, so kita simpan saja di Simbashi station.. 

Stesen Simbashi ni berada di laluan Yamanote line, so mudah nak bergerak ke Tokyo station dan ke airport malam nanti,  guna JR pass saja..lagipun walaupun stesen ni besar tapi tak sebesar Tokyo station, much simpler..nak ke stesen Simbashi dari sini, kena naik Metro Ginza line atau Toei Asakusa line tapi kena naik di stesen Higashi-Ginza..kena jalan sikit ke depan,  ke arah Ginza, menyusuri Harumi Dori di hari Sabtu, di waktu pagi, suasana lengang..sangat best..

Sampai di exit 1 Higashi-Ginza, tengok cuma ada tangga saja..takleh jadi, kena juga cari lift..jalan ke depan lagi..ada exit 3..Alhamdulillah, ada signage lift. Exit 3 ni dalam bangunan Kabukiza..teater bangsawan Jepun yang popular tu..bangunan Kabukiza ni cantik..tradisional moden..

bangunan Ginza kabukiza
Alhamdulillah, sangat mudah..keluar je exit ke subway, tengok Toei Asakusa line dah di depan mata..metro Ginza kena jalan lagi..so naik Toei saja..beli tiket di mesin tiket..tambang 180yen..

Toei Asakusa line
user-friendly
Dah sampai di Simbashi station, Alhamdulillah, sangkaan ku benar belaka..coin-locker berada dekat dengan Yamanote line..stesen ni besar juga tapi tak payah berjalan jauh dari satu line ke line yang lain..locker di sini juga guna kod, so kena simpan resit baik-baik..kalau hilang, alamatnya..balik Malaysia sehelai sepinggang..

Jom bergerak pantas..mengejar masa @ mengejar train..itinerary selepas kecewa di pasar Tsukiji ialah ke Lake Kawaguchiko, percubaan untuk melihat Mount Fuji..berjayakah kami..wallahua'lam..pray hard..semoga episod duka tidak berulang kembali..let's get going..naik Yamanote line ke Tokyo station..tengok Chuo main line dah ada di trek..nak naik ke tidak, check dalam Hyperdia, train pukul 7.10 pagi, yang ni train pukul 7.05 pagi..tengok kat digital notice board, train yang pukul 7.10 pagi pun ada juga...seperti biasa kat notice board akan tulis stesen yg last sekali..stesen Takao..ikut 'gut feeling', naik juga train 7.05 pagi, memang confident habis yang train ni akan berhenti di stesen Shinjuku sebab stesen tu ialah stesen utama..

Alhamdulillah, train ni ialah rapid express, takdelah berhenti di semua stesen, jauh juga dari Tokyo ke Shinjuku, panjang diameter dari timur ke barat..hati dah cuak, dapat ke kejar train Limited Azusa pukul 7.30 pagi ke Otsuki..tapi train Jepun ni memang punctual, pukul 7.25 pagi dah sampai di Shinjuku..berlari ke platform 9/10..Alhamdulillah, train Limited Azusa baru tiba, tapi penumpang punyalah ramai beratur nak masuk koc unreserved ni..huhu..train yang datang pun dah penuh dengan penumpang..memang bersesak-sesak nak masuk koc..kena berdiri dekat pintu keretapi..berdiri pun berdiri lah kan..asalkan sampai..sejam juga perjalanan..sebenarnya boleh juga naik train Chuo main line tadi, tapi lambat sampai, kena pula tukar train lain di stesen Takao. Train Limited Express Azusa ni, direct ke stesen Otsuki, berhenti pun di dua tiga stesen saja..dua-dua train ni covered by JR pass..

sesak sampai ke pintu
pergi ke koc sebelah
Lastly, duduk bersila di atas lantai dekat pintu sebelah kiri, pintu ni takde orang keluar masuk..ni baru betul-betul gelandangan..hehe..tapi bertiket JR pass..

Pukul 8.30 pagi, sampai di stesen Otsuki. Dah bersiap siaga depan pintu sebab check dalam Hyperdia, interval time cuma tiga minit saja untuk naik train Fujikyu ke Kawaguchiko. Berhenti saja train, terus lompat turun, dah dengar pekerja Japan Rail tu panggil.."Kawaguchiko..platform 1"..rupa-rupanya train Fujikyu ke stesen Kawaguchiko dah ada di platform 1..berlari kami ke arah pekerja tu, siap tanya 'tiket?' [sebab JR pass tak cover Fujikyu rail]..dia jawab.."pay on the train"..apalagi berlari kami ke arah platfom 1, tak nak lepaskan train ni, kali ni bukan lagi marathon tapi triathlon..berlari membawa beban (backpack), memanjat tangga dan turun tangga (sebab kena cross trek keretapi) dan melompat masuk ke dalam train Fujikyu..fuhh..fuhh..dua tiga penumpang di belakang kami pun berbuat demikian juga..tak lama, lepas tu train pun bergerak. Alhamdulillah..Alhamdulillah..demi masa..tersandar di bangku train..tarik nafas..

dalam Fujikyu train
Semasa nak beli tiket, konduktor ni tanya 'tiket' sambil tangannya macam meminta sesuatu..terpinga-pinga juga kami, kemudian kami tunjuk duit 1,140yen kat dia, kemudian dia cakap, "JR pass"..oohh..rupa-rupanya dia nak tengok tiket train JR, nak pastikan yang kami ni penumpang dari train Limited Azusa tadi, lepas tengok JR pass...baru dia ketip tiket Fujikyu..Alhamdulillah, dah boleh berehat..perjalanan ke stesen Kawaguchiko, kebanyakan countryside Jepun..sawah padi..gunung-ganang..

kubur..suka tengok perkuburan Jepun
Fujikyu Highland
tiga retro train Fujikyu di stesen Kawaguchiko
yang ni pun cute
Pukul 9.30 pagi dah sampai di stesen Kawaguchiko..suka stesen ni..a little bit country..hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di sini..cuaca mendung..hati sudah risau..dapat ke tengok Fuji-san, icon negara matahari terbit ni..ya Allah kasihani lah kami yang datang dari jauh ni..ameen..

stesen Kawaguchiko - bahagian belakang
bahagian depan
Untuk jalan-jalan di Kawaguchiko, decided untuk beli tiket sight-seeing bus yang berharga 1,200yen yang unlimited rides.
sight seeing bus route
Tempat pertama yang kami turun ialah di sini No. 20 Sunnide Resort/ Nagasaki Park Ent.. untuk view Mount Fuji..


Dan view Mount Fuji adalah seperti ini..cuaca yang mendung dan sendu..tapi Alhamdulillah, dapat melihat keindahan ciptaan Allah SWT ini..seeing is believing..Subhanallah..


Bersambung...
-------------------------  

Bersiaran dari KLIA2, ada company trip to Kuching over the weekend, till then, have a good, enjoyable weekend..balik nanti saya BW blog kawan-kawan. 
In shaa Allah..

40 comments:

  1. femes jugak tuna auction tu ye...bestnya dapat tengok gunung Fuji!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'tuna auction' ni cuma ada di pasar Tsukiji saja..sebab tu event ni jadi rebutan para pelancong lagipun ianya free of charge..Alhamdulillah, walaupun cuaca sendu pagi tu, dapat jg tengok Mount Fuji..Subhanallah..

      Delete
  2. sedapnya sushi asli ya...cantiknya fujiyama banyak pula bunga2 indah...selamat berhujung minggu di kuching ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sushi rice bowl - mcm makan nasi campur je...Mount Fuji memang cantik dari this side tapi cuma cuaca saja mendung..

      Delete
  3. Tsukiji Ginza Fish Market is indeed an awesome place! Kat situ ada jual fresh organic strawberries yang di-blend depan mata, jadilah fresh ichigo juice, segelas 500yen, sedap~ Veggies and fruits yang lain pun ada kat kedai yang jual ichigo juice tu, memang segar, colorful, datang terus dari ladang ^^

    Sis, ada jumpa ojisan (pakcik) yang suka cakap kuat2 dan ulang2 ayat bahasa melayu "Terima kasih sama-sama!" tak kat market tu? Dia ada kat depan kedai grilled eel... hehe, tak sempat saya nak bagitau dia sepatutnya cakaplah "Selamat datang", barulah sama maksud "Irrashaimasse"... kat Tokyo Disneyland saya ada sempat bagitau kat sorang japanese staff tu, pastu dia catat dalam note book dia perkataan "Selamat datang" tu same meaning as "Irrashaimase"... heheh, gigih betul dorang ni, rasa terharu pun ada~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde jumpa kedai-kedai tu, mungkin belum dibuka lagi kot sebab time tu, cuma kedai sushi je yang dah beroperasi..bagus ojisan tu, sanggup belajar bahasa Melayu..hehe..tarikan pelancong..

      Delete
  4. Seronok boleh baca pengalaman orang walaupun sendiri tak pernah sampai ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada rezeki akan sampai jua..

      Delete
  5. tuna besar cam tu blh habis ke satu hari mrk jual sushi ... gambar last tu , mahal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu'alam..boleh rasanya..sebab tuna ni supply untuk seluruh Jepun...Alhamdulillah, jumpa spot yg menarik utk snap gambar Mount Fuji..walaupun cuaca agak mendung juga..

      Delete
  6. Berholidy sakan noh...lama x berkunjung di sini....rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, projek mega tahun ni..kalau rindu, buka2 lah blog ni..hehe..

      Delete
  7. Ikan tuna/tongkol tu kalau dapat sekor boleh buat kenduri 100 orang makan. Kon tu kalau bawak balik bagi souviner kat kengkawan pun cantik jugak.... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..ikan tuna tu besar sangat...org Jepun ni layan benda2 cute mcm tu..gembira rasa hati yg menengoknya..

      Delete
  8. Aiseehhh x berjaya nk pegi tgk tuna auction tu. Maybe next time tu... InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lahh..kecewa juga, tahun depan je tinggal, tahun 2016 pasar ni akan pindah ke tempat lain..

      Delete
  9. Salam...
    Ade jugk acara melelong ikan, klu dpt tgk mesti best kan.. xpe, nnti cube lg.. bgn awsl sikit.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..acara yg famous tu, jadi rebutan para pelancong...kena beratur lagi awal sebelum kaunter dibuka..hehe..

      Delete
  10. Sayangnyaaa... dah sampai tak dapat masuk, tapi kalau cuma 120 orang jer tu mmg lah kena tunggu sejam ke dua jam ker lebih awal... lagi satu kalau hati dup dap dup dap tu ada tanda tak baik akan berlaku makna gagal lah nak masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kena beratur sebelum kaunter dibuka..ramai pelancong target nak tengok acara ni...masa tu dah terasa-rasa tak dapat nak masuk..firasat yg benar..

      Delete
  11. Replies
    1. program yang lain dari yang lain..pengalaman yang menarik..

      Delete
  12. teringin shashimi bila tengok ikan tuna tu :) suka tengok pic ada bunga pink tu, kon berhidung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan fresh memang sedap dibuat sushi/shashimi, tapi akak kurang sikit ikan-ikan mentah ni..hehe..icon negara Jepun Mount Fuji..

      Delete
  13. ya allah lawanya gambar gunung fuji.. walaupun cuaca mendung sendu..tapi amazing!!
    sis wah x sangka nak masuk kat tmpat lelongan tuna tu pun ada limit!
    kalau dpat masuk..mesti best dpt tgok mcm mana susana diorg jualikan tuna.. besar2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jumpa port yg menarik utk snap gambar Mount Fuji...acara lelong ikan tuna tu cuma ada dua sesi, satu sesi 60 orang..ada limit sebab taknak ada byk gangguan luar sebab sebenarnya acara ni ialah acara tertutup utk pemborong2 tuna saja

      Delete
  14. Masya-Allah ikan dia punyalah besar dah labih besar dari kita. Kalau dapat seekor mahu sebulan makan tak habis haha... Tak apalah tak dpt masuk pun, Mana sanggup nak tunggu/Q sebelum subuh huh...

    Apa pun kakak suka tengok gambar pemandangn di sana. Cantik-cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..besar2 ikan tuna dlm gambar tu...takde rezeki nak tengok, acara tu start lbh kurang pukul 5.30 pagi, boleh queue ambil no dulu, then boleh balik hotel, solat subuh..tak terfikir nak buat mcm tu..hehe..

      pemandangan di lake kawaguchiko memang cantik..background Mount Fuji..

      Delete
  15. fuh...kira 120 org tu tak tdo mlm ke..already register boleh masuk ke dlam market tu

    last trip tgk view dari Hakone..mmg cantik giler mt fuji..nampak jelas depan mata...tapi rupanya view dari kawaguchiko juga tidak menghampakan..nampak nya perlu menabung lagi utk view autumn dari sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jg..beratur siap2 depan pintu pagar, pukul 3.30pagi baru kaunter registration dibuka...di Hakone boleh naik bot, menyeberang tasik sambil tengok Mount Fuji..gunung ni memang cantik dari mana2 angle..sempurna bentuknya..

      Delete
  16. Cantik nyer view Gunung Fuji... hewww...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..memang cantik dan sempurna sekali ciptaan Allah SWT...

      Delete
  17. Replies
    1. haha..ya betul..hilang stress, kalau ada benda2 cute mcm tu..

      Delete
    2. grilled eel..ada orang cakap belut ni sedap..wallahu'alam..

      Delete
  18. Lamanya x mkn sushi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. try rice bowl sushi ni..lebih suka sushi yg biasa, yg kecik2 tu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!